Rumah

Tuesday, July 31, 2012

Catatan Ilmu 7 Kendi

 

Pagi ini, 12 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2012, agak keletihan pagi ni kerana semalam aku balik rumah agak lewat sekitar 2 pagi kerana membantu guruku yang sampai dari Kelantan untuk merawat isteri seorang jemaah dekat Kajang...Peristiwa merawat seorang akak dirumahnya tadi bermain di mindaku dan fikiran aku jugak agak terganggu dengan kejadian yang aku saksi semasa membantu guruku merawat akak tu..Menurut suaminya sebelum puasa lagi isteri nya sakit dan tidak boleh bangun kerana menghadapi gangguan saraf, puas berubat di hospital, dr mengatakan isterinya tidak sakit apa2 dan termasuk jugak dr pakar gagal mengesan sakit isterinya. Setelah puas berusaha melalui rawatan moden last sekali dr di hospital menyuruh suaminya berusaha menggunakan kaedah rawatan Islam.  

Melalui soal jawab akak tu dengan guruku, dia  menyatakan hampir tiap2 malam dia didatangi 2 orang makhluk lelaki yang pendek, muka hitam dan terlalu hodoh. Tiap2 malam akak tu akan bersetubuh dgn makhluk itu...Proses rawatan tadi berjalan hampir 2 jam dan akak tu sentiasa cuba untuk melarikan fokus guruku semasa sesi rawatan dijalankan. Aku sendiri tidak henti mulut berkumat kamik dengan membaca ayat Qursi 7 penjuru disamping membaca hizib2 seperti hizib Bahr bagi membantu guruku disamping membenteng diriku sendiri dari makhluk halus kerana tubuh aku agak sensetif dengan makhluk halus ni. Setelah menjalani rawatan bersama guruku tadi keadaan akak tu nampak agak lega...

Guru aku bertanya pada akak tu ada mengambil apa2 amalan sewaktu muda..akak tu tunduk lesu dan diam. Berkali-kali guru aku bertanya tetapi akak tu menafikan dia ada belajar-belajar apa ilmu semasa zaman mudanya. Setelah diasak bertubi2 oleh guruku barulah akak tu mengaku dia ada mengamalkan ilmu masa muda dulu iaitu ilmu penaik seri wajah di mana dia akan menarik perhatian setiap lelaki dan memana2 lelaki yang melihat wajahnya akan terpikat dgnNya. Ilmu itu jugak untuk memberi nikmat yang luar biasa seseorang pengamal dalam melakukan hubungan sex bersama lelaki, banyak kes-kes penceraian yang melibatkan pengamal ini berlaku kerana mereka gagal puas dalam hubungan seks bersama suami. Last sekali suami terpaksa menceraikan kerana tidak mampu memuaskan nafsu seks si isteri yang mengamalkan ilmu ini. Akhir sekali syaitan dan Iblis yang mendampingi wanita2 pengamal akan menuntut habuan mereka iatu ingin melakukan hubungan seks dengan wanita pengamal. Pengamal dengan iblis atau syaitan yang mendampinginya akan menjadi seperti suami isteri.

 Mana-mana saja wanita ini pergi dia akan sentiasa menjadi perhatian lelaki kerana ilmu 7 Kendi ini atau Ilmu penaik seri wajah ini. Ghairah lelaki juga akan menjadi melampau2 kalau melihat wajah si pengamal, Itulah serba ringkas tentang ilmu 7 Kendi yang akan faham setelah diterangkan oleh guruku .Begitulah yang berlaku pada kes akak ni, pada usianya sekarang lewat 50an, dia terpaksa menanggung akibat masa lampaunya. Dua orang lelaki pendek yang berwajah hitam dan hodoh yang datang padanya tiap-tiap malam untuk bersetubuh dengan dia adalah iblis dan syaitan yang mendampingi hidupnya selama ini....Guruku menyuruh akak itu perbanyakkan solat sunat taubat, mohon keampunan kepada Allah atas dosa2nya itu.. Suami akak itu mengalir airmata mendgr pengakuan ikhlas isterinya itu yang dinikahinya hampir 30 tahun. Kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa akak tu..(Kembara Sufi)

Sunday, July 15, 2012

Catatan Terbaru 2012






 Salam hormat dan salam kesejahteraan kepada semua pembaca blog aku. Aku rasa dah hampir 7 bulan, aku tak posting apa-apa kat blog aku ni almaklumkanlah bro aku memang sangat-sangat sibuk dengan kerjaya aku yang selalu memerlukan aku untuk keluar kawasan. Tiba-tiba pagi ni terdetik hati aku untuk update blog aku. Sepanjang 7 bulan 2012, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku tapi tidaklah seteruk ujian yang Allah berikan pada aku dalam 2011 dan 2010. Aku kembali berhubung dengan rohayu setelah hampir 2 tahun aku putus hubungan dengan dia. Takperlah, tak salah kang untuk berkwn..hehehhe..dan harap aku ingin menjadi kawan terbaik untuk rohayu...soal hidayah itu hak Allah, kita manusia tidak berkuasa apa-apa untuk memberi atau menarik hidayah itu daripada sesiapa. Insya Allah, sebagai kawan aku ingin menjadi kawan terbaik untuk hidupnya...Aku akan pasti ada setiap saat dan detik jika dia perlukan pertolongan aku....Soal kesihatan??...Alhamdulilah aku semakin pulih, semakin ceria dalam hidup...itulah anugerah Allah yang paling hebat bagi aku iaitu ketenangan..Manusia boleh cari duit tapi manusia tidak boleh cari ketenangan atau sakinah kerana sakinah adalah anugerah Allah.....

Kita tinggalkan dulu kisah tu, apa yang aku nak perkatakan pada hari ini tentang peristiwa gempar yang telah melanda negara dalam seminggu dua baru ini di mana seorang lelaki mengaku sebagai Imam Mahdi cuba mengamuk di Komplek Kerajaan Persekutuan, JPM Putrajaya. Aku bukan nak ulas tentang lelaki itu tetapi aku nak ulas tentang Sindrom ramainya manusia mengaku sebagai Imam Mahdi dan seingatkan aku Allahyarham Ust Ashaari pengasas Al-Arqam juga pernah mengaku sebagai imam mahdi dan melalui pengamatan aku dalam blog2 lain termasuk Fb wujud satu kelompok yang ingin bergelar tentera panji-panji hitam. Aku tepuk kepala jugak kenapa duk sibuk fikir pasal nak cari Imam Mahdi atau tentera panji-panji hitam?? apa yang penting sekarang baiki dulu iman dan amal kita dulu agar berada atas jalan Islam dan Jalan Redha Allah dan Rasulnya bukan duk sibuk cari imam mahdi dan tentera panji-panji hitam. Kalau kamu tu betul akidah, iman, tauhid dan takwa kamu takyah duk sibuk cari kerana pasti Allah akan memilih kamu berada bersama Imam Mahdi dan tentera-tenteranya apabila tiba masa yang dijanjikan oleh Allah nanti. 



  Ini bahananya silap berguru atau berguru hanya melalui pembacaan buku-buku atau artikel sahaja, last sekali Iblis dan Syaitan yang jadi guru golongan ini. Memang tak dinafikan terdapat dalil-dalil dari Hadith Rasullullah s.a.w tentang kelahiran imam mahdi pada dunia akhir zaman ini yang akan menegakkan Islam dan keadilan setelah sekian lama islam di zalimi dan ditindas oleh tentera kafir. Jumhur Ulamak muktabar juga tidak mempunyai khilaf dalam bab kelahiran Imam Mahdi ini berdasarkan kenyataan mereka seperti di bawah:

1AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam kitabnya Feqhul Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat adalah semuanya benar menurut hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam Mahdi.

 2. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menjelaskan, “Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin manusia itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang diriwayatkan dan Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang ditunggu­-tunggu oleh golongan Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi itu telah dilahirkan kemudian akan muncul pula dan satu gua di Samira’ di dalam negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada kebenarannya.”

 3. Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam Fathul Bari (syarah sahih Al-Bukhari), “Telah berkata Abul Hussein Al-Aburie di dalam kitabnya Manaqib As-Syafie,” Telah menjadi khabar mutawatir bahawa Al-Mahdi itu lahir dari kalangan umat ini.”

4.  Tersebut di dalam Sahih Muslim Masykul juzu’ kelapan m.s 185 hadits Rasulullah SAW,
 Di akhir umatku kelak ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan harta tanpa mengira-ngira.”
 Imam At-Tarmizi dan Abu Daud menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan mereka telah sepakat berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih.

 5.  Dalam kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid m.s 42,
“Dan bahawasanya turun Nabi Isa ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air."

6.  Ibnu Hajjar Al-Haitami menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li Syarah Al-“Arbaiin : “Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman memusnahkan salib dan membunuh babi sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh Dajjal, ia turun ketika solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi”. 

 7. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits Rasulullah SAW yang diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada  Hari Akhirat,
Adalah diingatkan, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan zahinnya Mahdi, keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai kepada martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.”

8.  Syeikh Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.
“(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...”

 9.  Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu’ 4 m.s 211 menyebut,
“Sesungguhnya hadits-hadits yang menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi, Imam Ahmad dan lain-lain.”
 Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu daripada keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin bin Ali sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).

 10. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,
“Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi di atas 4 qaul, dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan kejahatan, maka Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.”

Jelas dan nyata kepada kita sendiri bahawa dikalangan Ulamak-ulamak Muktabar tidak bercanggah tentang kemunculan Imam Mahdi berdasarkan hadith-hadith Nabi cuma siapa dan bila tarikh kemunculannya, bahkan di negeri mana akan muncul?. Setakat ini, tiada siapa yang berani memberi jawapan dengan tepat dan cukup bukti, walaupun sejarah telah menyaksikan ramai orang yang mendakwa dirinya Mahdi, tetapi semuanya dipertikaikan.

Justeru itu takyahlah ko orang duk pening2 kepala nak cari Imam Mahdi kat mana apa yang penting bagi kita sekarang faham apa itu Islam, apabila faham apa itu Islam berusaha untuk menjadi penganut yang mentaati setiap perintah-perintah Allah yang digariskan dalam Islam. Perbetulkan sungguh2 akidah dan keyakinan kita kepada kebesaran dan keagungan Allah s.w.t dan berusaha menjadi seorang mukmin dan mukminat yang sejati selari yang dianjurkan oleh Al-Quran dan Hadith itu yang lebih penting. Soal bila munculnya Imam Mahdi dan Tentera Panji-Panji Hitam serah kepada Allah s.w.t dan apabila sampai masanya kita berdoa pada Allah s.w.t untuk bersama mereka sebelum bumi ini hancur dgn berlakunya kiamat. Ok habis kisah tu.



Seterusnya kisah aku diberi kelebihan untuk mengubat orang terkena gangguan makhluk halus . Asalnya aku mengambil amalan tarikat seperti zikir-zikir yang mashur yang diwarisi daripada para ulamak-ulamak tasawuf..setelah aku beramal dgn amalan tu aku dapat rasa satu kelainan dalam zikir dan aku rasa nikmat yang amat sangat waktu berzikir dan ini mungkin anugerah Allah kepada aku. Atas pengalaman aku yang mengalami gangguan Jin bertahun-tahun dan atas amalan tarikat aku sendiri aku dipinjamkan sedikit kelebihan oleh Allah s.w.t untuk dapat mengubati orang yang terkena gangguan dan dapat mengesan kewujudan makhluk halus pada seseorang. 

Tapi aku tak pernah menonjolkan diri aku ke arah itu, aku hanya menolong apabila seseorang itu benar-benar meminta  pertolongan. Aku kalau boleh nak mengelak daripada mengubati orang kerana guruku pernah berpesan agar mengelak daripada mengubati orang kerana matlamat tarikat dan tasawuf adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk mencari kelebihan dunia. Itulah serba sedikit soratan hidup aku terbaru..kita jumpa lagi di lain penulisan..wassalam