Rumah

Monday, November 7, 2011

Tawasul Dalam Islam: Satu Pencerahan



(Artikel ini telah diberi kebenaran oleh penulis asal untuk saya siarkan di blog saya. Penulisnya adalah Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (Kembara Sufi) )

Isu tawassul sebenarnya merupakan suatu isu yang berkaitan dengan bagaimana kaedah berdoa, bukan berkaitan dengan aspek aqidah seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah golongan Wahhabi dan orang-orang yang terpengaruh dengan pemikiran mereka, walaupun tidak mengaku Wahhabi.

            Ada yang cuba memberi kesamaran kepada masyarakat awam, dengan mengatakan, tawassul dalam Islam hanya bermakna, kita meminta seseorang yang hidup untuk berdoa kepada Allah s.w.t. untuk kita.

            Makna yang sempit ini bukanlah makna sebenar tawassul dalam Islam, bahkan ia merupakan satu bahagian daripada tawassul dalam Islam. Maka, takrif tawassul tersebut tidak merangkumi seluruh intipate tawassul dalam Islam.

Definisi Tawassul:

            Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa, tawassul dari segi bahasa ialah, mengambil wasilah (perantaraan) bagi mencapai sesuatu yang diingini.

            Tawassul kepada Allah s.w.t. bermaksud: mengambil perantaraan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat pahala dengan mengambil jalan perantaraan dan sebab yang membawa kepadanya.

            Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan carilah wasilah (perantaraan) kepada-Nya. (Al-Ma'idah: 35)

            Jenis-jenis tawassul yang disepakati ulama' tentang keharusannya:

1)Tawassul kepada Allah s.w.t. dengan zat Allah s.w.t.. Ianya berdasarkan firman Allah s.w.t.: "bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127)

2)Tawassul dengan nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "bagi Allah nama-nama yang mulia, maka berdoalah dengannya" (Al-A'raf: 180)

            3)Tawassul dengan amal soleh. Hal ini berdasarkan doa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an "wahai Tuhan kami, sesunnguhnya kami beriman, maka ampunilah kami…" (Ali- Imran: 10)

            Adapun jenis-jenis tawassul yang diperselisihkan oleh para ulama' tentangnya ialah, tentang tawassul kepada Allah s.w.t. dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi a.s., para malaikat dan para solihin.

            Sheikh Syed Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki r.h.l. menegaskan bahawa, para ulama sebelum Ibn Taimiyah sepakat tentang keharusan bertawassul dengan diri Rasulullah s.a.w. dan para solihin, sehinggalah datang Ibn Taimiyah lantas menyalahi pendapat para ulama' sebelumnya.

            Sebenarnya, kebanyakkan para ulama empat mazhab bersepakat tentang keharusan bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang soleh, menurut pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

            Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. mengharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. semata-mata, tidak boleh baginya, bertawassul dengan selain Rasulullah s.a.w.

            Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengandaikan bahawa, golongan yang membenarkan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. sahaja, kerana bagi mereka, hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang telah dijamin sebagai ahli syurga dan diredhai Allah s.w.t., sedangkan orang-orang soleh yang lain belum pasti diredhai Allah s.w.t.

            Menurut beliau, qiyasan ini tidak tepat kerana ianya menghukum tentang sesuatu perkara yang ghaib.

            Hakikatnya, kita bertawassul kepada orang-orang yang soleh kerana husnu-dhon (pra sangka baik) kita terhadap Allah s.w.t. dan para solihin, yang mana, mudah-mudahan Allah s.w.t. meredhai mereka.

            Adapun khilaf baru dalam Islam, tentang tawassul dengan Rasulullah s.a.w., lahir dari Ibn Taimiyah kerana menurutnya, tidak boleh bertawassul dengan si mati sedangkan Rasulullah s.a.w. telahpun wafat. Adapun tawassul yang dibolehkan hanyalah tawassul dengan orang-orang yang masih hidup. Dalil yang beliau gunakan ialah tentang hadis di mana Saidina Umar Al-Khattab bertawassul dengan Al-Abbas setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. dalam meminta hujan kepada Allah s.w.t. Sebelum Ibn Taimiyah, dapat dilihat kesepakatan ulama bahawa, diharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. samada ketika baginda hidup mahupun setelah kewafatan Baginda s.a.w.

Dalil Keharusan bertawasssul dengan Rasulullah s.a.w. sewaktu hidup dan setelah kewafatan Baginda s.a.w.:

            Seorang buta bertemu Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah supaya Allah menyembuhkannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mengajarkannya tentang suatu amalan, agar Allah s.w.t. memperkenankan hajatnya.

            Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ambillah wuduk dan perelokannya, kemudian solat dua rakaat. Setelah itu, berdoalah dengan doa ini: "Wahai Tuhanku, aku berdoa meminta kepada-Mu dengan Nabimu, Nabi rahmat, wahai Muhammad, aku mengadap Tuhan-Ku dengan (perantaraan) mu, dalam meminta hajatku, maka perkenankanlah hajatku…"

            Setelah lelaki buta itu berdoa dengan doa itu, Allah s.w.t. menyembuhkan penyakitnya.

            Hadis ini riwayat Ahmad, An-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Huzaimah.

            Menurut Al-Baihaqi, Al-Haithami, At-Tabari, dan Az-Zahabi, hadis ini hadis sahih.

            Hadis ini menunjukkan secara jelas, tentang kebolehan atau keharusan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan betawassul dengan Rasulullah s.a.w., secara mutlak, tanpa terbatas dengan kehidupan Baginda s.a.w. semata-mata.

            Pendapat yang menolak tawassul setelah kewafatan Baginda s.a.w. tidak tepat kerana hadis ini mutlak, tentang doa bertawassul dengan Rasulullah s.a.w., tidak kira sama ada ketila Baginda s.a.w. hidup ataupun setelah Baginda s.a.w. wafat.

            Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi r.a., Imam At-Tabari turut meriwayatkan bahawa, para sahabat masih menggunakan lafaz doa tawassul tersebut setelah kewafatan Baginda s.a.w. (Mafahim yajib an-tusohhah)

Dalil yang lain: Tawassul Adam dengan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

            Takkala Nabi Adam a.s. melakukan kesilapan, beliau berkata: : "Wahai Allah, dengan hak Muhammad, ampunkanlah aku." Allah s.w.t. berfirman: " Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad, sedangkan aku belum menciptakannya lagi?

            Nabi Adam a.s. menjawab, takkala engkau menciptakan aku dengan tangan-Mu (kekuasaan-Mu), dan meniupkan ke dalamku roh-Mu, aku mengangkatkan kepalaku lantas terlihat di arasy ada tertulis, "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad ialah Rasulullah". Maka, aku tahu, engkau tidak akan meletakkan suatu nama beriringan dengan nama-Mu, melainkan engkau teramat mencintainya."

            Allah s.w.t. berfirman: "benar wahai Adam. Dia (Muhammad) sangat ku cintai, maka, berdoalah dengan haknya, sesungguhnya aku telah mengampunimu. Ketahuilah bahawasanya, kalau tidak kerananya (Rasulullah s.a.w.) nescaya aku tidak menciptamu."

            Hadis riwayat Al-Hakim, As-Suyuti dan Al-Baihaqi. Menurut Al-Hakim dan As-Suyuti, hadis ini hadis sahih. Menurut Al-Baihaqi, hadis ini tidak paslu. Hadis ini juga turut disahihkan oleh Al-Qostolani, Az-Zarqoni dan As-Subki.

            Hadis ini juga ada jalan yang lain, melalui riwayat Ibn Abbas, dengan lafaz, kalau bukan kerananya (Muhammad), nescaya Aku tidak menciptakan Adam, Syurga dan Neraka." dan diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Jauzi dan Ibn Kathir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (jilid 1, m/s 180)

            Walaupun ada sebahagian ulama yang mendakwa hadis ini hadis palsu, namun menurut ulama' muhaqqiqin, makna hadis tersebut tetap sahih, seperti yang dijelaskan oleh Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki dalam bukunya, Mafahim yajib An Tusohhah.

Dalil tentang keharusan bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.

            Majoriti ulama Islam juga mengharuskan bertawassul kepada para solihin dan para wali Allah, selain daripada bertawasul dengan Rasulullah s.a.w.

            Hal ini seperti yang dijelaskan di dalam hadis sahih Al-Bukhari r.a., di mana, Saidina Umar pernah berdoa meminta hujan kepada Allah s.w.t. dengan menyebut "Wahai Tuhan kami, kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan) Nabimu, maka Engkau menurunkan hujan, kini, kami bertawassul dengan bapa saudara Nabimu (Al-Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami".

            Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, keharusan berdoa dengan orang-orang soleh selain daripada bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.. Adapun Ibn Taimiyah menggunakan hadis ini untuk membela pendapat beliau bahawa, tawassul kepada Rasulullah s.a.w. tidak dibolehkan selepas kewafatan Baginda s.a.w. kerana Saidina Umar tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. lagi setelah ketiadaan Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut.

            Kefahaman Ibn Taimiyah mengenai hadis tersebut disanggah oleh ramai para ulama yang muktabar. Hal ini kerana, telah terbukti di dalam hadis yang lain, di mana para sahabat masih lagi bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w., seperti yang dinukilkan oleh Shiekh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki.

            Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki lagi, Saidina Umar r.a. tidak bertawassul kepada Allah dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta hujan dalam hadis tersebut untuk menjelaskan bahawa, kita boleh bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.

            Saidina Umar tida bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dalam perkara meminta hujan kerana hujan merupakan rahmat dan keperluan bagi yang masih hidup, bukan bagi yang telah tiada. Maka, Saidina Umar bertawassul dengan Al-Abbas kerana Al-Abbas masih lagi hidup, dan beliau (Al-Abbas) berhajat juga kepada air pada musim kemarau tersebut. Jadi kefahaman Saidina Umar r.a. dalam situasi tersebut, menyebabkan beliau bertawassul kepada Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas di sisi Allah s.w.t. kerana pada ketika itu, Saidina Al-Abbaslah memerlukan air dari hujan, berbanding dengan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat pada ketika itu, yang tidak berhajat kepada hujan. Maka, beliau meminta belas kasihan Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas yang juga masih hidup dan memerlukan hujan pada ketika itu.

            Maka, Saidina Umar r.a. bertawassul dengan Saidina Al-Abbas di hadapan Allah s.w.t. untuk menagih simpati Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan, dan memberi minum umat Islam yang masih hidup termasuklah kekasih Allah dan Rasulullah s.a.w., Al-Abbas, bukan kerana tidak boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w.



            Dalil yang lain tentang keharusan bertawassul dengan orang-orang soleh, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a., tentang doa sewaktu keluar dari rumah menuju solat, iaitu "Wahai Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, dengan hak orang-orang yang berjalan (di atas jalan) menujumu, dengan hak orang yang berjalan ini… maka jauhilah kami dari azab neraka…" (Hadis riwayat Ibn Majah)  Al-Hafiz Abu Hasan mengatakan, hadis ini, hadis hasan.


            Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa, berdoa kepada Allah dengan perantaraan Rasulullah s.a.w., para solihin dan sebagainya, dibenarkan di dalam Islam. Ini kerana, tawassul tidak ada kaitan dengan aqidah, kerana, setiap orang yang bertawassul, hanya menyakini, hanya Allah s.w.t. lah yang mampu memberi manfaat dan kemudaratan kepada mereka. Tawassul cuma suatua kaedah, diantara pelbagai kaedah-kaedah dalam berdoa kepada Allah s.w.t.

Rahsia kaum sufi dalam persepsi Tawassul

            Ada juga di kalangan masyarakat awam yang terkeliru dengan dakwaan Wahhabi, yang mengatakan bahawa, tawassul kepada Allah dengan para masyaikh seperti yang dilakukan oleh golongan sufi adalah syirik.

            Sebenarnya, berdasarkan dalil-dalil yang dijelaskan sebelum ini, menunjukkan kepada kita bahawa, tawassul merupakan ajaran Islam. Tawassul bukanlah bererti menyembah selain daripada Allah s.w.t., tetapi tawassul merupakan salah satu kaedah berdoa kepada Allah s.w.t., dan salah satu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.

            Para sufi yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah memahami makna tawassul dan rahsia disebalik tawasssul. Ia bukanlah bermakna, kita berdoa kepada selain Allah s.w.t., kerana tawassul dalam Islam hanya sekadar menggunakan kedudukan seseorang di sisi Allah, dalam berdoa kepada Allah s.w.t.

            Persoalannya, mengapakah kita perlu menggunakan kedudukan orang lain antara kita dengan Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t. menegaskan bahawa, tiada sempadan antara kita dengan Tuhan?

            Tawassul bukanlah sempadan antara kita dengan Tuhan. Tawassul bukanlah perantaraan dalam pengabdian kita kepada Tuhan. Tawassul sekadar kaedah berdoa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., kepada Allah s.w.t., dengan menjadikan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t., supaya Allah s.w.t. menerima hajat kita.

            Tetapi, tanpa tawassul juga, tidak menafikan bahawa Allah s.w.t. mampu menunaikan hajat kita. Malah, tawassul juga tidak mewajibkan Tuhan menunaikan hajat kita. Samada kita bertawassul dengan seseorang atau tidak, doa kita tetap sampai kepada Allah s.w.t. selagi kita ikhlas dalam berdoa, dan terserah kepada Allah s.w.t. untuk menunaikan hajat kita atau tidak.

            Adapun di sisi para sufi, tawassul merupakan suatu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Kita berdoa, misalnya, "wahai Tuhanku, dengan kedudukan Sheikhku di sisi-Mu, ampunkanlah aku."

            Mengapa para sufi menganggap tawassul ialah adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Ini kerana, para sufi merasakan diri mereka sangat hina dan kerdil di hadapan Allah s.w.t., dan mereka teramat malu untuk mengadap Allah s.w.t. dengan dosa mereka yang menggunung, kemudian meminta pula daripada Tuhan untuk menunaikan hajat kita, sedangkan kita empunya dosa yang menggunung di hadapan Allah s.w.t.

            Maka, para sufi merasa tidak layak untuk mengharapkan agar Allah s.w.t. menunaikan hajat mereka, sedangkan mereka juga yakin Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Namun, rasa rendah diri mereka di hadapan Allah s.w.t. membuatkan mereka bertawassul dengan orang-orang yang mempunyai kedudukan di sisi Allah, menurut prasangka mereka.

            Seolah-olah, lafaz doa mereka di hadapan Allah s.w.t., Ya Allah, aku begitu hina di hadapan-Mu. Aku tidak layak untuk menghadap-Mu dengan tubuh badan yang diselaputi maksiat dan dosa ini. Namun, Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tetapi Engkau juga Maha Adil. Jika Engkau membenci aku sekalipun dengan kemaksiatanku, maka ampunilah dosaku dengan hak para guruku yang berkedudukan di sisi-Mu. Ampunilah aku kerana aku juga umat kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Aku juga anak murid kepada Sheikh Fulan bin Fulan yang aku rasakan mempunyai kedudukan di sisimu. Maka, ampunilah aku dengan kedudukan mereka di sisi-Mu."

            Lihatlah, inilah makna sebenar tawassul dalam berdoa, iaitu beradab kepada Allah s.w.t. Siapalah kita untuk merasa besar dan hebat di sisi Allah s.w.t.  Jika seseorang itu merasa kerdil di hadapan seorang raja sekalipun, dia akan mencari seseorang yang mempunyai kedudukan yang dekat di sisi raja tersebut, sebagai perantaraan untuk bertemu raja tersebut melalui orang tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan orang yang merasa kerdil di hadapan Allah s.w.t., salahkah dia mengunakan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.?

            Maka, tawasssul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t., kerana merasa diri kita kerdil dan hina di sisi Allah s.w.t. Bukankah Allah s.w.t. memberitahu kepada kita tentang betapa hinanya kita di hadapan Allah s.w.t. dengan firman-Nya "kamu semua fuqoro' (faqir) di hadapan Allah"?

            Bagi para sufi juga, mereka berdoa kepada Allah s.w.t. juga bukanlah kerana mereka inginkan sesuatu hajat, atau minta kepada Allah s.w.t. sesuatu hajat, tetapi mereka berdoa kerana Allah s.w.t. yang menyuruh mereka berdoa, dan menjadikan doa itu ialah salah satu simbol ibadah kepada Allah s.w.t. Jika tidak, nescaya mereka tidak berdoa kepada Allah s.w.t. kerana mereka faham dan yakini bahawa, Allah s.w.t. Maha Mengetahui hajat kita walaupun kita tidak memberitahu kepada-Nya dengan doa tersebut. Jadi, doa itu sendiri bagi para sufi, ialah untuk menunjukkan rasa rendah diri kita kepada Allah s.w.t., kerana meminta-minta merupakan suatu sifat yang hina, maka berdoa dan meminta di hadapan Allah s.w.t. merupakan adab dan simbol rendah diri kita di depan Allah s.w.t. Mereka tidak berdoa kerana menginginkan sesuatu, tetapi mereka berdoa juga untuk merendahkan diri mereka kepada Allah s.w.t., kerana mereka yakin Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang hajat kita, tanpa perlu kita memberitahunya.

            Maka, kefahaman para sufi dalam masalah doa dan tawassul merupakan mutiara yang terang dan jelas tentang aqidah mereka yang utuh dan mantap kepada Allah s.w.t.

            Jadi, tawassul kepada Allah s.w.t. dalam pengertian ini, bukanlah suatu perkara yang syirik ataupun boleh membawa kepada syirik. Golongan yang cuba mengharamkan tawassul yang merupakan ajaran Islam, semata-mata kerana takut umat Islam akan menyembah selain daripada Allah s.w.t. dan melakukan syirik dengan menyembah para wali dan berdoa kepada selain Allah s.w.t., merupakan suatu usaha yang batil dan melampui. Ini kerana, perjuangan mereka berdasarkan su'uk adhon (buruk sangka) terhadap umat Islam yang bertawassul.

            Mereka cuba membuang tawassul yang merupakan adab dalam berdoa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., semata-mata kerana takut umat Islam jatuh ke jurang syirik, adalah tidak berasas sama sekali.

            Rasulullah s.a.w. sediri tidak takut umat Baginda s.a.w. kembali syirik dan menyembah selain daripada Allah s.w.t., kerana perkara tersebut tidak akan berlaku dalam umat Islam.

            Renungilah hadis ini:

            Seorang sahabat bernama Syaddad bin Aus bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "apa yang menyebabkan aku lihat pada mukamu (iaitu kemuraman)?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "aku memikirkan tentang perkara yang paling aku takut, yang akan berlaku pada umatku, setelah ketiadaanku". Syaddad bertanya: " Apakah yang akan berlaku?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syirik dan syahwat yang tersembunyi". Syaddad bertanya lagi: " Wahai Rasulullah, adakah umat kamu akan kembali mempersekutukan Allah setelah ketiadaanmu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syaddad…mereka tidak akan menyembah matahari, bukan, berhala dan batu,  tetapi (yang aku takut ialah) mereka riya' dalam amalan mereka" Syaddad bertanya lagi, "adakah riya' itu syirik?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "ya". Syaddad bertanya lagi: "apa pula syahwat yang tersembunyi itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "seseorang berpuasa pada waktu paginya, kemudian, apabila timbul keinginan syahwat kepada dunia, dia aka membuka puasanya".  (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim, dan hadis ini sahih dari sudut sanadnya).

            Oleh itu, tawassul bukanlah pintu kepada syirik jika kita memahami tawassul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t. Ini kerana, syirik tidak akan kembali ke dalam jiwa umat Islam, kerana perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Rasulullah .s.a.w. Apa yang ditakuti hanyalah syirik kecil, iaitu penyakit riya' dalam beribadah, di kalangan umat Islam.

            Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita untuk ikhlas dalam pengabdian kita kepada-Nya. Isu tawassul ini merupakan suatu isu yang tidak perlu menjadi titik perpecahan umat Islam, kerana ianya masalah khilafiyah, dan tidak ada kaitan dengan aqidah. Ikutilah pendapat majoriti ulama' Islam yang membenarkan tawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan para solihin kerana hujah mereka amat kuat daripada Sunnah.

            Semoga Allah membantu kita semua dalam menghirup secebis keredhaan dan rahmat-Nya.

Al-Faqir ila Allah…

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Al-Azhar…Mesir…

Sumber:

Mafahim yajib an Tusohhah (Shiekh Al-Arif billah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki)
Fusul fi Al-Aqidah baina As-Salaf wa Al-Khalaf (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
As-Salafiyah Al-Mu'asoroh, munaqosyat wa rudud ( Sheikh Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman)
As-Salafiyah (Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti)
La dharo'I' li hadmi al-athar an-nabawiyah (Dr. Umar Abdullah Kamil dll

Thursday, November 3, 2011

Sebuah Catatan Penderitaan





Keadaan kesihatan aku agak tidak baik sejak akhir-akhir ini. Aku pun tak tahu kenapa. 3 klinik kerajaan aku dah pergi buat pemeriksaan kesihatan tapi doktor yang memeriksa aku kata aku tidak sakit apa-apa. Aku kembali teruk semalam waktu aku nak balik dari pejabat. Tiba-tiba datang perasaan gelisah yang sangat. Aku rasa macam roh aku meronta-ronta nak tercabut keluar dari jasad aku untuk terbang mencari seseorang. Otak aku seperti tidak berfungsi dan bagai ada sebilah pisau yang tajam ditikam pada umbun-umbun kepala aku. Betapa seksa dan azab yang aku tanggung pada masa tu Allah jua yang tahu.

 Aku mengalir air mata tanpa disedari dan aku sedar ini adalah ujian Allah yang terpaksa aku tanggung selamat hampir 5 tahun ini. Last sekali otak aku jadi jem dan seluruh saraf aku seperti tidak berfungsi. Adakah kematian akan menjemput aku di saat  aku keseorang sambil memandu. Kilauan cahaya mentari petang lebuhraya Mahameru mengkaburkan pemandangan mata aku. Hiruk pikuk kesesakan lalulintas lebuhraya Mahameru sudah aku tak pedulikan. Aku memperlahankan kereta aku ke tepi susur masuk ke geleri perdana. Aku pejamkan mata aku dan air mata aku mengalir. Seluruh anggota tubuh aku terlalu lemah.

Kepala aku sakit berdenyut dan ingatan pada sebuah objek datang bagaikan menggila dalam otak aku. Aku cuba melawan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran tapi Objek itu bagaikan menggila menerpa dalam otak aku. Aku pasrah sekiranya ajal aku telah tiba pada waktu tu.  Setelah aku cuba menenangkan fikiran aku dan berulang2 membaca ayat qursi, 3 qul, surah al-hasyr dan beberapa zikir dari Ratib Al-Hadad, aku mendapat sedikit kekuatan untuk memandu sehingga ke rumah. Alhamdulilah selesai solat Magrib, aku membaca surah al-jin dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar melindungi aku dari kejahatan dan bahaya setiap makhluk ciptaanNya. 

 Aku gagahi jugak untuk berjemaah Isyak di Masjid. Selesai solat insyak di Masjid semalam, aku menghubungi guru-guru aku di beberapa buah Pondok Pengajian Agama di Kelantan.  Tok Guru Ayah Mat anak kepada Almarhum Tok Guru Hj Daud Bukit Abbal akan buat Majlis Tahlil dan Taklim Hadat Iblis bersama anak-anak muridnya khusus untuk membantu aku bagi menghadapi serangan ini kata sahabat aku Ustaz Basir Pondok Moden Kandis.

Balik dari Masjid aku rasa tubuh aku lemah sangat dan tak semena seluruh tubuh aku meremang keseraman yang melampau. Last aku kena mcm ni masa 1 syawal ari tu. Aku kembali pulih selepas berubat dengan beberapa orang tok guru pondok di kelantan. Aku terkejut apabila ust basir kata ini semua angkara seseorang yg pernah rapat dengan aku satu ketika dulu dan orang itu ingin aku jadi gila atau mati. Lemah seluruh saraf aku apabila aku dgr kata-kata ust basir setelah mereka selesai membuat majlis Taklim dan Tahlil Hadat Iblis untuk membantu aku.  Kadang2 aku juga jadi buntu dan bengong betul atau tidak kenyataan tu. Tapi kalau betul, apa dosa aku pada orang itu sehingga sejauh itu dia tergamak  bertindak pada aku. Air mata aku mengalir deras, sambil aku menadah tangan berdoa " Ya Allah, andai ini takdirmu untuk hidup aku, aku terima dengan Redha Ya Allah". 

Aku letih sangat malam tu, bulu romo aku meremang keseraman seolah-olah ada makhluk lain sedang ada dengan aku. Kepala aku berpusing2 seperti kena ganja.  Aku tak keluar kemana-mana malam tu. Aku habiskan malam tu dengan melakukan solat hajat pohon pada Allah agar dilindungi aku daripada segala kejahatan-kejahatan dan bahaya setiap makhluk ciptaanNya seperi Ibilis, Syaitan, Jin dan Manusia. Berulang2 kali aku mengulangi bacaan zikir Ratib Hadad, surah Yassin dan Surah Al-Jin. Kepala aku semakin sakit yang amat sangat dan aku tak mampu berdiri seolah urat saraf aku telah dikunci.

 Aku hanya mampu melawan benda ni dengan zikir-zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dijadikan ayat-ayat Ruqyah dalam perubatan Islam. Sekali lagi aku terima panggilan dari Ustaz Iqram yang merupakan pembantu kepada Syeikh Abdul Aziz Al-Fathani yng merupakan ulama tasawuf tersohor dari Thailand. Ustaz Iqram menasihati aku agar hati2 malam itu kerana aku dalam keadaan amat merbahaya dan mintak agar aku jangan putus hubungan dengan Allah kerana ada orang cuba menggunakan ilmu hitam untuk mengambil Roh aku agar aku jadi gila dan kalau boleh ingin aku mati.


Segala puji bagi Allah, aku yakin makhluk tidak ada hak untuk mengambil nyawa makhluk yang lain kecuali dengan izin Allah. Semua dengan izin Allah. Aku yakin Allah yang maha hebat dan maha berkuasa di atas segala2nya. Alhamdulilah menjelang pukul 4 pagi gangguan halus itu semakin hilang setelah aku membaca ayatul qursi dengan memagar diri aku 6 penjuru dengan ayatu qursi  di samping memagar rumah aku dengan kalimah-kalimah Bismillah 5 dan Bismillah 6. Aku amat keletihan setelah beberapa jam bertarung mempertahankan diri aku dari serangan halus itu. Aku ambil wudhuk selepas itu dan bersolat tahjud dan di akhiri dgn solat sunat taubah. Aku menangis semahu2nya dalam sujud yang terakhir mengadu kepada pemilik dunia ini, .. ALLAH AZZAWAJALLA....aku pohon pada Allah agar diberi kekuatan pada aku untuk menghadapi ujian ini. Aku hampir gila dan hampir sasau dengan ujian ini tapi aku tetap yakin ujian ini hanya untuk menghapus dosa-dosa aku yang terlalu.



Tapi siapa yang pernah rapat dengan aku yang tergamak buat ini semua???/ kenapa sampai tahap ini dia ingin lihat aku jadi gila ?? Rohayu??? walaupun ada di kalangan rakan-rakan mengagak mungkin semua ini berpunca dari rohayu.  Tak mungkin malah aku tidak akan percaya Rohayu akan tergamak buat aku sampai tahap macam ni kerana aku tidak pernah berbuat jahat pada dia sepanjang aku mengenali dia malah aku sentiasa memberi sokongan kepada hidupnya. Aku juga tidak pernah mengambil kesempatan pada dirinya walaupun dia seorang GRO pada waktu tu. Aku menghormati dia sebagai wanita yang bermaruah. Memang aku memutuskan hubungan dengan dia secara mengejut kerana itu jalan yang terbaik untuk hidup aku..Cukuplah hampir 4 tahun hidup aku penuh dengan sengsara sepanjang berkawan dengan dia dan aku tak mahu jumpa dia lagi , aku ingin tinggalkan segala kisah2 buruk tentang hidup dia yang selalu singgah di telinga aku. Last aku jumpa dia ari tu masa aku bercuti di kampung halamanya di Utara tanahair,  itu pun setelah didesak oleh dia berulang kali untuk aku datang ke sana.

 Aku telah bertekad itu adalah yang terakhir aku menemui dia dan aku seboleh2nya tidak mahu mencetus apa-apa pergaduhan dengan dia sewaktu aku bercuti menemui dia dahulu dan aku ingin mengakhiri hubungan persahabatan dngn rohayu dengan cara baik agar tidak ada dendam antara kami. Alhamdulilah aku mengakhiri percutian itu dengan baik dan aku berulang2 kali mengucapkan terima kasih kepada rohayu dan juga keluarganya kerana melayani aku sebagai tetamu dengan sebaik mungkin.  Aku telah memaafkan dia dan aku telah halalkan segala2nya.

Keadaan aku semakin baik walaupun keletihan itu masih ada. Aku tolak ketepi soal siapa dan mengapa orang itu mengenakan ilmu hitam ini pada aku, aku hanya menganggap ini semua ujian dari Allah untuk mengangkat darjah aku ketahap yang lebih tinggi di sisinya......Hari ini aku hanya ingin hidup di atas jalan keredhaan Allah dan Rasul........(Kembara Sufi)








Tuesday, September 20, 2011

Sejarah Iblis yang bernama Azazil


Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.
Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.

Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.

Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
Israa [63] Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. (Kembara Sufi)

Monday, September 19, 2011

Sebuah Imbasan Kehidupan


Sohih, member aku sekor ni dah gila dan dah disamput iblis. Aku mengurut dada dan beristigfar banyak apabila aku dapat tahu mamat ini ingin gunakan ilmu hitam untuk pastikan kekasihnya hidup merana untuk selama-lamanya . Masya Allah memang dah jadi Iblis mamat ni kalau sampai ke tahap tu dia fikir. Mesti kau orang tak lupa kisah mamat yang pernah aku tulis  dalam post blog aku ni dulu  yang tajuk "Sebuah Bingkasan  Kartasis".

Rujuk balik kisah tu baru kau paham kisah dalam post baru aku tulis  ni...heheh...ok sambung balik cerita. Mamat bengong ni memang sejak dari dia zaman muda-muda lagi memang minat dengan bomoh-bomoh ilmu hitam ni. Aku berkawan dengan mamat ni nak kata lama tu tak jugak kira barulah jugak.

Ok, aku  imbas semula kisah mamat ni. Dah ramai gadis-gadis tak kira bini orang atau anak dara yang menjadi mangsa nafsu rakus iblisnya..Sampai sanggup meredah hutan belantara untuk mencari tok batin yang  power yang boleh buat  ilmu Pengasih dan Penunduk ni. Last sekali dia pergi ke Siam untuk mendapatkan minyak pengasih yang dipuja oleh Tok Sami Siam. Kau orang pikirlah sendiri nak jatuh hukum apa pada mamat ni...Kalau rujuk Quran dan Hadith atau tanya mana ulamak, kompen mamat ni dah syirik dan kufur pada Allah. Ramai dah anak gadis orang yg jadi hampir gila dan sewel sebab mamat ni.  Akhirnya buku bertemu ruaslah apabila  ditakdirkan oleh Allah s.w.t, mamat sekor ni jatuh cinta dgn seorang wanita yang bukan kosong jugak ilmunya  di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.



Minah ni pulak bukan calang-calang beb memang ketegori minah otailah .Tak otai mcm mana bro kalau  dari umur awal 20 an lagi keja kelab malam dan sekarang umur minah tu pun dah hampir dekat 40 tahun, otai lah tu beb. Memang bukan jenis kosonglah minah ni..Hahhahahha..memang gila. Pernah satu hari tu mak bapak minah ni datang KL dan ajaklah  mamat tu datang umah untuk diperkenalkan pada kedua mak bapak  dia. Tapi yang aku terkejut dengan selamba mamat ni tidur sebilik dengan minah tu tanpa pedulikan mak ayah minah tu ada sekali . Yahudi pung terkejut kalau dengar kisah ni.

Dipendek kan ceritalah....Kenapa aku kata minah tu bukan jenis kosong??..Sebab mamat sekor  ni pung hampir sewel jugak aku tengok akibat pukulan minah tu..Kalau tengok bukannya lawa pun minah  tu. Lawa lagi hantu Mak lampir aku rasa tapi mamat ni memang angau semacam..Setahu aku jugak mamat ni pun menggunakan ilmu hitam jugak pada minah  tu tapi yang peliknya minah  tu ok n stedy jer aku tengok, mamat bengong ni pulak yang dah macam sasau dan tak betul  aku tengok sampai sanggup abaikan keluarga.  Al-kisahnya si minah  ni dah mula berani bermain curang di belakang mamat ni. Apabila mamat ni keluar rumah, minah ni bawak balik jantan lain masuk. Last sekali mamat ni dapat tahu tentang minah  ni main curang belakang dia. Mengamuk sakanlah mamat ni.

kira nasiblah, kalau dulu kau yang tanggung dia memanglah dia tak berani nak curang belakang kau bro tapi sekarang kau dah tak boleh nak bagi kemewahan kat minah tu macam dulu,  sekarang sendiri mau ingatlah ...Mamat ni macam tak puas hatilah sebab dia dah banyak berkorban untuk minah  tu....


aku pernah ckp jugak kat mamat ni "udahlah, kalau ang rasa dia dah buat ang sakit hati putus jerlah..putus dengan baik dan redha dengan apa jua perkara yang berlaku. Mungkin semua ini ada hikmah pada lu bro"

 alamak kau orang nak tahu mamat bengong ni cakap apa?? "Aku masih sayang lagi kat dia tapi akan tak boleh terima apa yang dia buat dekat aku setelah aku banyak berkorban untuk dia,  aku takkan puas hati selagi  dia tak merana dan  aku juga akan pastikan takkan ada mana-mana jantan yang boleh mendampingi dia"..

.hahahhahahha.. mampussssssssssss...nasib kau lah labu..aku geram bukan apa..si bodoh ni nak main ilmu hitam sampai nak suruh hidup orang lain merana..Ya Allah...aku berani ckp mamat ni tak bau syurgalah jawabnya kalau dia teruskan jugak buat  benda mengarut ni kat minah  tu..Neraka Jahanamlah jawabnya.

Ya Allah, apa lagi yang aku mampu kata aku hanya tunduk ke bumi dan berdoa dalam hati kepada Allah agar diturunkan petunjuk dan hidayah kepada mamat ni.. Aku teringat dalam satu hadit yang bermaksud " Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, ia berkata: ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda,burung dan lain-lain),yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
(HR. Al-Bazzaar,dengan sanad jayyid).



Rasulullah s.a.w telah melarang tegas umatnya mendatangi para peramal, dukun dan bomoh . Melarang bertanya serta membenarkan apa yang mereka katakan. Kerana hal itu mengandung kemungkaran dan bahaya besar, juga akibat buruk yang sangat besar kecelakaannya pula. Sebab golongan yang melakukan sihir atau bomoh adalah orang-orang yang melakukan dusta dan dosa yang amat besar.

Apa kesudahan kisah mamat ini biarlah Allah yang tentukan..Dia pasti akan menerima pembalasan yang setimpal oleh Allah s.w.t atas perbuatan keji dan terkutuknya itu. Jadilah pengajaran dan pedoman kisah mamat ini agar kita sentiasa berusaha untuk berada atas landasan imam dan takwa kepada Allah s.w.t. Apabila nafsu bermaharaja lela dalam diri manusia, bersorak gembiralah para iblis dan syaitan laknattullah kerana berjaya memesongkan cucu Adam dari landasan agama dan akan bertambahlah pengikut iblis dan syaitan untuk menemani mereka di Neraka Jahanam.

"Ya Allah, Tuhan yang Maha Membolak Balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas jalan agamamu Ya Allah..Janganlah Engkau gelincirkan hati kamu dari landasan agamamu setelah hadir petunjuk dariMu..Ya Allah Kami takut pada azab dan seksaan api Nerakamu Ya Allah.. Amen Ya Rabb"....(Kembara Sufi)





Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan




Alhamdulilah bersyukur pada Allah s.w.t kita masih di pertemukan dengan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkahan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Saya mengungkap kata-kata hikmah daripada  Bediuzzaman Said Nursi  yang bermaksud

" Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya".

Jelas kepada kita bahawa bulan Ramadhan itu sentiasa dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. Ramdhan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiran tetapi hanya mereka yang fasik dan munafik sahaja akan berkeluh kesah dengan kehadiran bulan Ramadhan.

Berpuasa memberi  peluang yang terbaik  kepada  orang-orang yang  beriman dan yang benar-benar takutkan Allah untuk mendekatkan diri pada-Nya dengan melibat gandakan amal ibadahnya sepanjang bulan ini.  Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah.

Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqamah dalam  mencari keredhaan Allah akan sentiasa berusaha meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini.

Akhir kata saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri dan saudara semua agar kita tidak mempersia-siakan kehadiran Ramadhan yang hadir ini kerana belum tentu lagi kita akan bersua dengan Ramadhan yang akan datang.

 Rebutlah segala tawaran yang Allah sediakan untuk kita sepanjang bulan Ramadhan ini agar kita keluar daripada bulan Ramadhan sebagai mukmim yang sejati. Marhaban Ya Ramdhan, selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. (Kembara Sufi)

Tuesday, July 12, 2011

Kudapan Pagi



Sekejap tadi lepas minum dengan kawan kat area cheras aku singgah sekejap kejap kat bank nak cucuk duit. Adalah sekumpulan remaja Melayu  lelaki dan perempuan yang aku anggarkan dalam lingkungan 16 atau 17 tahun duk melepak tepi bank. Aku tengok jam sekitar pukul 1 Pagi sekarang. Ish budak-budak ni tak sekolah ke esok, mak bapak dia orang tak marah ke duk melepak jantan betina pukul 1 pagi ni. Macam-macam terdetik dalam hati aku.  Apabila aku perati lama-lama aku terkejut beruk ada botol arak di sebelah budak popuan tu. Isap rokok pulak mcm asap keretaapi.

Mampus...umur belasan tahun dah pandai isap rokok dan minum arak aku tak tahu nak jadi apa dengan budak-budak ni. Aku pikir balik kemana hala tuju dia orang nanti???. Entahlah nak tegurkan tak pasa-pasal dia orang jawab mak bapak kita orang pung tak pernah ambik kisah waklu abg nak tegur...Itulah realti remaja pada hari ini...Kang aku pulak yang naik angin bagi penampar..ishh..ishh..takperlah, lantak dia oranglah...

Mcm mana ni nak buat untuk mengatasi masalah ini...yang remaja dengan masalah sosial remaja tapi ko orang jangan lupa baca balik kisah Sebuah Bingkisan Kartasis yang aku tulis tu, RETUA pun dengan masalah sosial dia. Jadi di mana puncanya masalah ini semua. Aku pernah tengok depan mata aku bagaimana seorang pakcik tua yang aku yakin umur 70 tahun bak kata pepatah jawa " Kubur kata mari , rumah kata pergi" masih nak cari maksiat kat luar. Pegang gelas pung terketar-ketar. Jadi aku tinggalkan persoalan ni untuk ko orang pikir di mana puncanya sedang setiap orang mengimpikan rumahku syurgaku dalam perkahwinan atau dalam hidup berkeluarga. Kadang-kadang dia orang bukan tak tahu agama pung rasa-rasa pengetahuan agama dia orang kalah ko orang..hehheh...takperlah fikir-fikirkanlah.wassalam....

Sunday, July 10, 2011

Penawar Terbaik bagi menawarkan sihir@Ilmu hitam



Sihir atau ilmu hitam satu perkara yang amat ditakuti oleh semua manusia kerana sekali kita terkena ilmu sihir atau ilmu hitam maknanya kita akan mengalami penderitaan yang sukar dilafazkan dengan perkataan. Tahukah kita perbuatan sihir ini boleh membuat seseorang itu akan menderita dari segi emosi dan mentalnya kerana sihir ini selalunya akan menyerang otak mangsa dan akan menyebabkan mangsa berada didalam keadaan yang tidak waras dan kadang-kadang tidak dapat mengawal diri mereka. Kadang-kadang pelbagai kaedah rawatan yang diusahakan sama ada dari Ustaz atau tok bomoh tetapi hakikatnya sihir ini amat payah untuk sembuh kecuali dengan izin Allah s..w.t.

Ada yang telah habis beribu wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan rawatan angkara sihir atau ilmu hitam. Sihir ini pula tergolong daripada pelbagai jenis. Pengalaman saya sendiri yang telah merentasi pelbagai negerti untuk cuba mendapatkan rawatan dengan pengamal rawatan Islam tidak pernah menemui jalan penyelesaian. Sampai sekarang pun saya masih mengalami gangguan-gangguan mistik walaupun tidaklah seteruk sewaktu mula-mula saya terkenal dulu.

Seorang pengamal perubatan Islam pernah memberitahu saya bahawa seseorang yang terkenal sihir harus memperkuatkan kerohaniannya dengan amal ibadah kerana perawat hanya dapat membantu antara 10 hingga 15% sahaja dalam merawat pesakit sihir selebihnya pesakit itu sendiri harus berusaha untuk merawat dirinya sendiri denga cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t kerana kejahatan sihir ini berlaku dengan izin Allah.

Tahukah anda ubat yang paling mudah dan paling mujarab dalam menyembuhkan penyakit sihir ini hakikatnya terletak pada usaha diri kita sendiri serta pertolongan terus dari Allah SWT tanpa ada perantara seperti bomoh, ustaz, Jin Islam, atau apa-apa perantara yang lain. Bukan menafikan khidmat ustaz atau pengamal perubatan tradisional yang lain tetapi saya sudah banyak kali berubat hampir 50 perawat atau pengamal perubatan tradisional yang telah saya ketemui namun sakitnya hanya hilang sekejap tetapi ianya datang kembali.


Namun berkat dari usaha saya dan dengan pertolongan dari Allah SWT saya menemui amalan atau ilmu yang sangat mujarab bagi merawat penyakit yang saya hadapi selama hampir 4 tahun ini.

Berikut amalan yang saya lakukan, sememangnya amalan ini yang biasa dilakukan apabila setiap kali selesai kita bersolat seharian cuma bezanya di sini kita tambahkan keyakinan sepenuhnya kita kepada Allah SWT serta lakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan istiqomah.

Amalkanlah secara istiqomah dan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang sebenar-benarnya menyembuhkan penyakit kita.

1. Pertama sekali kita perlu yakin bahawa penyakit ini datangnya dari Allah SWT sebagai ujian dari-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya’: ayat 35)

2. Kosongkan fikiran anda walaupun anda sememangnya mengetahui bahawa sakit anda adalah kerana dianiayai atau disihir oleh si folan bin si folan, kosongkan fikiran anda dan anggap ia satu ujian dari Allah swt dan manusia itu sebagai penyebabnya sahaja. Buangkan semua syak wasangka sesama manusia atau sesama mahkluk tentang penyakit yang dihidapi itu.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: “Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan”, dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat”. (Hadith Riwayat Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a)

3. Ingatlah dan yakinlah bahawa sakit yang kita alami ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta untuk meningkatkan darjat seseorang mukmin itu. Nabi s.a.w pernah bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya.” (Hadith Riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a)

3. Peliharalah solat 5 waktu anda dan solat tepat pada waktunya, jika boleh solat berjamaah di masjid. Jika tidak mengizinkan maka solat lah tepat pada waktunya. Kerana ketahuilah banyak fadilat solat 5 waktu tepat pada waktunya yang tidak kita ketahui lagi di antaranya ialah serangan makhluk halus ini pada seseorang manusia sering berlaku pada perubahan waktu seperti dari waktu pagi ke tengahari (waktu Zuhor), perubahan waktu tengahari ke petang (waktu Asar), perubahan waktu dari petang ke senja (waktu maghrib) dan waktu maghrib paling banyak atau biasa sekali serangan ke atas manusia. Jadi jika kita sentiasa solat pada waktunya Insyallah dengan izin Allah kita terselamat dari serangan ini.

4. Amalkan wirid di bawah selepas tiap kali menunaikan solat fardhu :
  • Beristighfar (3 X)
  • Membaca surah al-Fatihah (1X)
  • Membaca surah al-Ikhlas (3x) atau (1x)
  • Membaca surah al-Falaq (1x)
  • Membaca surah an-Nas (1x)
  • Membaca ayatul kursy (dengan 7 wakaf - 7 kali tempat berhenti)
  • Zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allah hu Akbar 33x)
  • Berdoa
5. Amalkan solat hajat (2 rakaat) atau lebih pada tiap-tiap kali sebelum tidur atau selepas solat Isyak atau Maghrib dan amalkan pada tiap-tiap hari. Banyak cara mengerjakan solat hajat ini salah satu caranya ialah rakaat pertama baca al-Fatihah (1x) dan surah al-Kafirun (3x) manakala rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah (1x) dan surah al-Ikhlas (3x), semasa sujud terakhir bermohonlah di dalam hati (jangan lafazkan) semoga disembuhkan penyakit. Amalkan solat hajat ini secara berterusan sehingga sembuh penyakit.


Mohonlah / berdoalah sepenuh keyakinan anda kepada Allah SWT agar disembuhkan segala penyakit atau gangguan yang anda hadapi. Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat Muslim) .

6. Jika mampu amalkan solat sunat witir sekurang-kurangnya (3 rakaat) sebelum tidur. Dan amalkan Surah al-mathurat setiap kali lepas solat maghrib atau isyak.

Semoga dengan amalan ini saya doakan agar penyakit anda akan sembuh dengan pertolongan terus dari Allah SWT. Alhamdulillah saya juga pernah mengalami sakit sebegini dan saya mengamalkannya memang kesannya sungguh menakjubkan. Yang pentingnya keyakinan kita bahawa Allah SWT lah tempat kita bergatung dan hanya Allah SWT sahajalah yang dapat menyembuhkan segala jenis penyakit yang kita hadapi selama ini.
Apa yang harus diingitkan elaklah dari mendapat rawatan  yang terpesong daripada kaedah perubatan Islam kerana dikhuatiri kita akan jatuh hukum mengsyirikan Allah s.w.t kerana saya masih teringat kata-kata Al-Fadzil Ustaz Dato' Haji Ismail Kamus yang menyatakan mati dalam beriman Kepada Allah itu lebih baik daripada hidup dengan menyekutukan Allah s.w.t

Wednesday, July 6, 2011

Catatan Sebuah Diari Kehidupan




Ada sorang kawan aku tanya aku semenjak bila aku bergiat aktif  dalam penulisan blog ni. Aku jawablah baru sebulan jer aku mula belajar-belajar jadi penulis blog ni bukan apa sekadar mengisi masa yang terluang sebab aku memang minat menulis semenjak belajar universiti lagi dan kalau tak silap aku adalah 2 atau 3 cerpen aku pernah keluar dalam akhbar masa belajar kat universiti dulu tapi tu dah lama benar dah tu. Ada yang suruh aku menulis hal-hal politik tapi aku kurang berminat untuk menulis hal-hal politik dalam blog aku ni.

Tujuan aku buat blog hanyalah satu untuk aku menulis tentang kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan kesedaran kepada orang lain terhadap apa jua kisah yang pernah aku tempuhi sepanjang kehidupan aku  atau kisah orang-orang disekeliling aku kerana aku sendiri pung bukannya baik sangat dulu cuma hari ini aku ada kesedaran untuk kembali berada atas landasan agama di mana aku peranah tersasar suatu ketika dulu dari landasan itu. Alhamdulilah hari ini aku kembali mengenal tuhan, kembali mengenal apa itu dosa dan pahala dan kembali mengenal diri sebagai hamba tuhan yang sebenarnya.

Dan boleh dikatakan semua cerita-cerita dalam blog aku ini ada kaitan dengan hidup aku kerana bagi aku, manusia yang baik ialah manusia di mana orang lain boleh mengambil iktibar pedoman daripada hidupnya.

Aku berkawan dengan semua lapisan masyarakat, ada yang ustaz, ada yang kaki maksiat, ada yang kaki pukul, ada yang jadi mat dadah, ada yang jadi kutu berhak kat KL dan itu semua adalah pengalaman hidup aku yang cukup mahal dan tak boleh dijual beli dgn wang ringgit.  Aku masih teringat kata-kata seorang kawn aku pada aku yang mengakui aku telah khatam dalam Universiti Kehidupan.

Sebab itu blog aku dinamakan kembara sufi kerana ia merupakan sebuah catatan kembara  kehidupan manusia yang  ingin mencari redha tuhannya.   Aku menulis blog bukan untuk apa-apa tapi niat aku hanya satu untuk menjadikan ia sebagai medium dakwah kerana aku ingin berkongsi segala-galanya cerita yang boleh menimbulkan keinsafan kepada manusia agar kembali kepada jalan agama dan kembali sujud kepada pemilik dunia ini dengan hati yang benar-benar ikhlas tanpa ada sifat-sifat munafik dalam diri.

Adeii..jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi dah ni...aku rasa cukup setakat ini dulu catatan diari kehidupan aku hari ni. Insya Allah kita bersua lagi...semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam bermujahadah untuk mencari redhanya. wasssalam (Kembara Sufi)






Tuesday, July 5, 2011

Sebuah Bingkisan Kartasis


Malam ni aku lepak minum dengan seorang kawan lama yang memang lama  aku tak jumpa. Tak silap aku dekat 2 tahun lebihlah aku tak jumpa dia. Masa mula-mula aku mengenali dia dulu aku memang respek gila babaslah dengan member aku sorang ni. Perwatakan dia, gaya dia memang menampakkan ketokohan dia sebagai seorang ketua di pejabat, maklumlah sebagai seorang yang berjawatan besar sebagai  GM di sebuah syarikat korporat terkenal tanah air sememangnya dia  harus menampilkan sifat karismanya  sebagai seorang bos atau ketua tapi bukan karisma kapoor yek..hehhehe..buat lawak jer. Tapi malam ni aku memang terkejut beruk dengan penampilan mamat ni yang dulunya memang seorang yang berpenampilan hebat tapi malam ni menggambarkan  seolah-olah   hidupnya tidak terurus selama ini  dengan penampilan yang selekeh dan serabai aku tengok.

Aku sebenarnya serba salah jugak nak tulis kisah aku minum dengan member aku malam ni dalam blog aku yelah sebab mungkin bingkisan kartasis aku malam ni ada kaitan dengan kisah Aku dan GRO yang merupakan post paling top dalam blog aku ini. Tapi niat aku satu agar penulisan aku malam ni dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua terutama yang sudah berkahwin dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. Kerana Al-Quran itu sendiri dipenuhi dengan sejarah-sejarah yang harus kita pegang sebagai pedoman dan panduan .

Allah SWT berfirman, “Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Rabb semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang diantara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.” (Asy Syu’araa: 195)

Asalnya dia mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia dengan dikurniakan anak-anak yang comel dan isteri yang baik. Suatu kehidupan yang cukup yang sempurna bagi insan. Semua telah berubah dalam sekelip mata apabila dia mula terjebak dengan hiburan malam yang pada mulanya sekadar untuk menemani kwn.Lama kelamaan mamat ni jadi ketagih dengan hiburan malam di sekitar Kuala Lumpur ni. Daripada seorang suami yang bertanggungjawab segala2nya telah berubah apabila dia terjerat dengan cinta wanita kupu-kupu malam. Perkenalan dengan seorang wanita kupu-kupu malam atau nama yang lebih popular GRO di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur telah menjalinkan satu hubungan yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah s.w.t.

Daripada kawan biasa terjalin hubungan sebagai kekasih gelap. Siang malam mamat ni duk bertenggek di kelab tempat GRO ni bekerja. Pernah satu malam tu  sampai bermandi embun jantan lah duk tunggu GRO tu balik kerja. Isteri dan anak-anak terabai yelah dah hari-hari hidup yang dilalui hanya untuk menagih cinta dari GRO tu. Last sekali dia berjaya jugaklah dapat berkwn dengan GRO ni. Entahlah nak kata bercinta pung kira bolehlah dan kununnya dialah lelaki yang paling bertuah dalam dunia ni kerana dapat memikat GRO tu tapi dia tak sedar yang belakang dia GRO tu dah pasang berpuluh balak. Dia tu entah jantan yang keberapa.

Kenapa aku katakan hubungan mereka dikutuk dan dilaknat oleh Allah s.w.t dan dikutuk juga oleh seluruh makhluk langit dan bumi kerana mereka akhirnya bersekedudukan tanpa nikah dan zina tu kira rutin harian merekalah  bak kata orang putih seks luar nikah ni kira sebagai sarapan pagi dan makan malamlah..hehheh..hancusss...last sekali dia pernah bagi tahu aku yang dia nak kahwin dengan GRO tu dan cuba nak suruh GRO tu berhenti kerja.. Alhamdulilah kalau betul niat dia mcm tu seperti yang aku kata dalam kisah Aku dan GRO tulah besar ganjaran pahalanya di sisi Allah s.w.t kalau dapat membimbing wanita seperti ini kejalan yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t tapi realitinya aku tengok bukan dia yang bimbing GRO tu tapi GRO tu yang membimbing dia...huhuhuhu.. Nasib kaulah labu. lepas tu aku terputus hubungan dengan mamat ni cuma dgr2 cerita dari kwn2 jerlah kisah dia.

Setelah hampir dua tahun berlalu dan aku ingatkan dia dah kahwin dengan GRO tu dan mungkin GRO tu sudah insaf dan telah  memilih hidup sebagai seorang wanita Islam yang benar-benar mentaati perintah agama tapi Masya Allah, popuan tu still kerja sebagai GRO dan dia yang semakin parah aku tengok sehingga sanggup berhenti kerjalah semata-mata inginkan masa yang lebih lama dengan GRO...Masya Allah, aku tak tahu nak kata apa. Apbila aku tengok keadaan dia malam ni aku tahu dia menanggung azab dan bebanan mental dan emosi yang kritikal. Entahlah aku hanya mampu mendoakan semoga Allah beri kesedaran pada kawan aku ni.

Kalau cerita bab kahwin dengan wanita yang berkerjaya dalam keja-keja maksiat ni aku hanya respek sorang jer pada kawan aku ni yang boleh dikatakan aku panggil abang jugaklah. Bini pertama bekas GRO, Bini Kedua bekas gadis rumah urut dan Bini ketiga  bekas pelacur tapi Allah memberi kekuatan kepada dia untuk mendidik ketiga2 bini dia ni dan Alhamdulilah aku pernah terjumpa kwn aku ni dgn ketiga-tiga bini dia. Ketiga bertudung labuh dan sorang buka taman asuhan, sorang jadi pembuat kek dan sorang guru mengaji Al-Quran. Subhanallah, memang benar hidayah itu milik mutlak Allah s.w.t. Selagi Allah tidak mencampak hidayah pada seseorang yang tersesat dalam hidup,  tak payahlah kita duk nak  bercerita perihal syurga nerakalah tak gunanya..Tapi kalau Allah campakkan hidayahnya pada seseorang hambanya yang tersesat, hambanya itu boleh kembalik ke jalanNya sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kepadanya.


Demi Allah bingkisan ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa kerana selagi kita hidup, kita akan sentiasa terdedah dengan ancaman berbentuk godaan dan tipu daya  daripada Iblis dan Syaitan untuk kita terus melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kerana iblis pernah bersumpah “Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku pasti  benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus “ (Al-A’raf : 16). 

 Kita harus bersiap sedia dengan Iman dan Takwa kita untuk berhadapan dengan tipu daya iblis ini. Bingkisan ini sekadar pengajaran dan pedoman untuk kita agar sentiasa berwaspada dengan pintu-pintu kemaksiatan yang iblis dan syaitan  menjadikannya suatu kelazatan dan kenikmatan walhal pintu-pintu maksiat itu adalah pintu kehancuran dan kecelakaan untuk kita sebagai hamba Allah......(Kembara Sufi)

Sunday, July 3, 2011

Yahudi tidak akan kalah selagi Subuh tidak seperti Jumaat



Melihat  kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak peduluilangsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap kerana ia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.

Iman dan jihad

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah sepertibuih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

Ibadat sunat

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.




Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu seluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.