Kembara Sufi Blog
Cerita Sebuah Kehidupan,Kembara Sufi
Monday, September 30, 2013
Ulama Habaib Penyambung Dakwa Jalan Nabi
Tanggal bulan September 2013 baru-baru ini dunia Islam dikejutkan dengan kemangkatan Ulamak Ahlul Bait iaitu Al-Marhum Habib Munzir Al-Musawa. Kemangkatan Al-Marhum memberi kesan yang mendalam kepada mereka-mereka yang berada pada Manhaj Tasawuf atau Sufisme kerana al-marhum adalah ikon dalam menyebarkan dakwah tentang mahabbah dalam agama. Islam itu adalah agama kasih sayang. Aku sendiri sebanyak 2 kali pernah berada dalam majlis tausiah al-marhum. Setiap letusan nasihat yang keluar dari bibir al-marhum menusuk di qalbu sehingga airmata akan jatuh tanpa dipaksa. Keperibadian dan akhlak al-marhum sungguh indah. Genap usia 40 tahun al-marhum habib munzir telah pergi mengadap kekasihNya iaitu Tuhan Rabul Jalil dan Nabi Muhamad saw.
Sebelum dipanggil Sang Pencipta, Habib Munzir sempat menulis kisah mengenai mimpi bertemu Rasulullah Nabi Muhammad SAW:
"Saya sangat mencintai Rasulullah SAW, menangis merindukan Rasulullah SAW, dan sering dikunjungi Rasululullah SAW dalam mimpi, Rasul selalu menghibur saya jika saya sedih, suatu waktu saya mimpi bersimpuh dan memeluk lutut beliau dan berkata wahai Rasulullah SAW aku rindu padamu, jangan tinggalkan aku lagi, butakan mataku ini asal bisa jumpa denganMu ataukan matikan aku sekarang, aku tersiksa di dunia ini. Rasulullah SAW menepuk bahu saya dan berkata , "Munzir, tenanglah, sebelum usiamu mencapai 40 tahun kau sudah jumpa denganku
maka saya terbangun,"
Cuma aku agak geram dengan golongan-golongan wahabi yang memfitnah Al-Marhum dengan bermacam-macam fitnah. Ada yang menuduh al-marhum sebagai penyembah kubur, penyebar bidaah dan pelbagai lagi tuduhan puak wahabi mujasimah kepada al-marhum. Kami yang berdiri pada jalan sufi menziarah kubur-kubur para wali dan orang alim bukan untuk menyebah kubur mereka kerana perbuatan itu jelas syirik dan terkeluar daripada landasan akidah Islam. Tujuan para habaib dan guru-guru kami menziarah kubur para wali hanya kerana cinta dan kasih kami kepada para kekasih Allah itu. Harus diingat, setiap roh-roh yang telah meninggal dunia tetap hidup disisi Allah bergantung pada kadar darjat mereka di sisi Allah.
Syeikh Dr Ali Jumaah, Ulamak Besar dari Besar dari Mesir pernah menegaskan bahawa menziarah kubur para wali tidaklah menjatuhkan hukum syirik dan kufur.
Beliau menyebut tiga perkara asasi, “Andainya seseorang itu ingin berbicara tentang Ziarah, ia hendaklah tahu tiga masalah iaitu, pertamanya setiap amalan yang dilihat pada saudara seIslamnya hendaklah menjurus ke arah Tauhid dan Iman.
“Keduanya masalah antara Tawasul dan Wasilah adalah berbeza dengan Syirik. Allah (s.w.t) berfirman: «يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ» (Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah [Wasilah] yang boleh menyampaikan kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan- Al-Maidah ayat 35)”.
Beliau menerangkan maksud ayat ini sambil menegaskan bahawa Taqarrub kepada Allah dengan wasilah yang ditetapkan oleh Syara’, mengagungkan tanda kebesaran Allah dan apa sahaja yang Allah besarkan seperti tempat-tempat, waktu-waktu, individu-individu dan harta-harta adalah dibolehkan. Umat Islam mendekati Allah dengan berdoa di sisi makam Nabi (s.a.w) dan mencintai baginda.
Mengenai perbezaan pendapat tentang wasilah mendekatkan diri kepada Allah, ‘Ali Jum’ah berkata, “Kemungkinan ada pihak tidak sependapat terhadap Tawassul dengan kubur para Solehin, atau sujud di atas kubur, atau juga Tawaf di sekelilingnya sebagai Wasilah Taqarrub kepada Allah, namun mereka tidak boleh tukarkan orang dan tempat yang tidak sama pandangan dengan mereka ini dari daerah Wasilah ke daerah Syirik”.
Tentang masalah ke-tiga, Mufti Mesir berkata, “Terdapat perbezaan di antara penyebab dan Wasilah, dengan kepercayaan apa yang dikatakan sebagai Tuhan dan pemberi kesan. Contohnya umat Islam menganggap nabi Isa al-Masih adalah penyebab untuk menghidupkan orang mati, namun orang Kristian menganggap baginda sebagai tuhan dan pemberi kesan”.
Tambahan beliau lagi, “Oleh itu jikalau dilihat seorang muslim memohon nasib untung rugi kepada individu yang bukan Tuhan, hendaklah kita menganggap orang Islam ini berpendapat bahawa individu itu hanyalah sebab baik dan buruk, bukan Tuhan. Ini disebabkan umat Islam tahu dan beri’tiqad bahawa manfaat dan kebinasaan, keduanya berada di tangan Tuhan. Ia berada di kalangan makhluk memberikan baik dan buruk dengan izin Allah”.
Mufti besar Mesir ini menegaskan, “Ziarah Ahlul Bait Nabi (s.a.w) adalah amalan yang paling dekat, mempunyai lebih besar kemungkinan serta harapan diterima Allah. Nabi (s.a.w) telah mewasiatkan kepada umatnya tentang Ahlul Bait baginda dan Ziarah kubur. Baginda bersabda ‘Berziarahlah ke kubur, ia mengingatkan kematian’. Ziarah kubur yang lebih baik dari semua kubur ialah ziarah makam Rasulullah (s.a.w) di mana ziarah itu akan menyebabkan kecintaan dan kedekatan kepada Allah (s.w.t)
Bagaimanapun aku dah letih nak berhujah dengan golongan wahabi ni...lantak merekalah...banyak fitnah2 mereka terhadap tawasul dan sebagainya. Semoga Allah merahmati al-marhum habib munzir dan semoga roh Al-marhum damai di sana bersama para solehin...Amin Allahumma Amin
Tuesday, July 31, 2012
Catatan Ilmu 7 Kendi
Pagi ini, 12 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2012, agak keletihan pagi ni kerana semalam aku balik rumah agak lewat sekitar 2 pagi kerana membantu guruku yang sampai dari Kelantan untuk merawat isteri seorang jemaah dekat Kajang...Peristiwa merawat seorang akak dirumahnya
tadi bermain di mindaku dan fikiran aku jugak agak terganggu dengan kejadian yang aku saksi semasa membantu guruku merawat akak tu..Menurut suaminya sebelum puasa lagi isteri
nya sakit dan tidak boleh bangun kerana menghadapi gangguan saraf, puas berubat di hospital, dr
mengatakan isterinya tidak sakit apa2 dan termasuk jugak dr pakar gagal
mengesan sakit isterinya. Setelah puas berusaha melalui rawatan moden last sekali dr di hospital menyuruh suaminya berusaha menggunakan kaedah rawatan Islam.
Melalui soal jawab akak tu dengan guruku, dia menyatakan
hampir tiap2 malam dia didatangi 2 orang makhluk lelaki yang pendek,
muka hitam dan terlalu hodoh. Tiap2 malam akak tu akan bersetubuh dgn
makhluk itu...Proses rawatan tadi berjalan hampir 2 jam dan akak tu sentiasa cuba untuk melarikan fokus guruku semasa sesi rawatan dijalankan. Aku sendiri tidak henti mulut berkumat kamik dengan membaca ayat Qursi 7 penjuru disamping membaca hizib2 seperti hizib Bahr bagi membantu guruku disamping membenteng diriku sendiri dari makhluk halus kerana tubuh aku agak sensetif dengan makhluk halus ni. Setelah menjalani rawatan bersama guruku tadi keadaan akak
tu nampak agak lega...
Guru aku bertanya pada akak tu ada mengambil apa2 amalan sewaktu muda..akak tu tunduk lesu dan diam. Berkali-kali guru aku bertanya tetapi akak tu menafikan dia ada belajar-belajar apa ilmu semasa zaman mudanya. Setelah diasak bertubi2 oleh guruku barulah akak tu mengaku dia ada mengamalkan ilmu masa muda dulu iaitu ilmu penaik seri wajah di mana dia akan menarik perhatian setiap lelaki dan memana2 lelaki yang melihat wajahnya akan terpikat dgnNya. Ilmu itu jugak untuk memberi nikmat yang luar biasa seseorang pengamal dalam melakukan hubungan sex bersama lelaki, banyak kes-kes penceraian yang melibatkan pengamal ini berlaku kerana mereka gagal puas dalam hubungan seks bersama suami. Last sekali suami terpaksa menceraikan kerana tidak mampu memuaskan nafsu seks si isteri yang mengamalkan ilmu ini. Akhir sekali syaitan dan Iblis yang mendampingi wanita2 pengamal akan menuntut habuan mereka iatu ingin melakukan hubungan seks dengan wanita pengamal. Pengamal dengan iblis atau syaitan yang mendampinginya akan menjadi seperti suami isteri.
Guru aku bertanya pada akak tu ada mengambil apa2 amalan sewaktu muda..akak tu tunduk lesu dan diam. Berkali-kali guru aku bertanya tetapi akak tu menafikan dia ada belajar-belajar apa ilmu semasa zaman mudanya. Setelah diasak bertubi2 oleh guruku barulah akak tu mengaku dia ada mengamalkan ilmu masa muda dulu iaitu ilmu penaik seri wajah di mana dia akan menarik perhatian setiap lelaki dan memana2 lelaki yang melihat wajahnya akan terpikat dgnNya. Ilmu itu jugak untuk memberi nikmat yang luar biasa seseorang pengamal dalam melakukan hubungan sex bersama lelaki, banyak kes-kes penceraian yang melibatkan pengamal ini berlaku kerana mereka gagal puas dalam hubungan seks bersama suami. Last sekali suami terpaksa menceraikan kerana tidak mampu memuaskan nafsu seks si isteri yang mengamalkan ilmu ini. Akhir sekali syaitan dan Iblis yang mendampingi wanita2 pengamal akan menuntut habuan mereka iatu ingin melakukan hubungan seks dengan wanita pengamal. Pengamal dengan iblis atau syaitan yang mendampinginya akan menjadi seperti suami isteri.
Mana-mana saja wanita ini pergi dia akan sentiasa menjadi perhatian lelaki kerana ilmu 7 Kendi ini atau Ilmu penaik seri wajah ini. Ghairah lelaki juga akan menjadi melampau2 kalau melihat wajah si pengamal, Itulah serba ringkas tentang ilmu 7 Kendi yang akan faham setelah diterangkan oleh guruku .Begitulah yang berlaku pada kes akak ni, pada usianya sekarang
lewat 50an, dia terpaksa menanggung akibat masa lampaunya. Dua orang lelaki pendek yang berwajah hitam dan hodoh yang datang padanya tiap-tiap malam untuk bersetubuh dengan dia adalah iblis dan syaitan yang mendampingi hidupnya selama ini....Guruku menyuruh akak itu
perbanyakkan solat sunat taubat, mohon keampunan kepada Allah atas
dosa2nya itu.. Suami akak itu mengalir airmata mendgr pengakuan ikhlas
isterinya itu yang dinikahinya hampir 30 tahun. Kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa akak tu..(Kembara Sufi)
Sunday, July 15, 2012
Catatan Terbaru 2012
Salam hormat dan salam kesejahteraan kepada semua pembaca blog aku. Aku rasa dah hampir 7 bulan, aku tak posting apa-apa kat blog aku ni almaklumkanlah bro aku memang sangat-sangat sibuk dengan kerjaya aku yang selalu memerlukan aku untuk keluar kawasan. Tiba-tiba pagi ni terdetik hati aku untuk update blog aku. Sepanjang 7 bulan 2012, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku tapi tidaklah seteruk ujian yang Allah berikan pada aku dalam 2011 dan 2010. Aku kembali berhubung dengan rohayu setelah hampir 2 tahun aku putus hubungan dengan dia. Takperlah, tak salah kang untuk berkwn..hehehhe..dan harap aku ingin menjadi kawan terbaik untuk rohayu...soal hidayah itu hak Allah, kita manusia tidak berkuasa apa-apa untuk memberi atau menarik hidayah itu daripada sesiapa. Insya Allah, sebagai kawan aku ingin menjadi kawan terbaik untuk hidupnya...Aku akan pasti ada setiap saat dan detik jika dia perlukan pertolongan aku....Soal kesihatan??...Alhamdulilah aku semakin pulih, semakin ceria dalam hidup...itulah anugerah Allah yang paling hebat bagi aku iaitu ketenangan..Manusia boleh cari duit tapi manusia tidak boleh cari ketenangan atau sakinah kerana sakinah adalah anugerah Allah.....
Kita tinggalkan dulu kisah tu, apa yang aku nak perkatakan pada hari ini tentang peristiwa gempar yang telah melanda negara dalam seminggu dua baru ini di mana seorang lelaki mengaku sebagai Imam Mahdi cuba mengamuk di Komplek Kerajaan Persekutuan, JPM Putrajaya. Aku bukan nak ulas tentang lelaki itu tetapi aku nak ulas tentang Sindrom ramainya manusia mengaku sebagai Imam Mahdi dan seingatkan aku Allahyarham Ust Ashaari pengasas Al-Arqam juga pernah mengaku sebagai imam mahdi dan melalui pengamatan aku dalam blog2 lain termasuk Fb wujud satu kelompok yang ingin bergelar tentera panji-panji hitam. Aku tepuk kepala jugak kenapa duk sibuk fikir pasal nak cari Imam Mahdi atau tentera panji-panji hitam?? apa yang penting sekarang baiki dulu iman dan amal kita dulu agar berada atas jalan Islam dan Jalan Redha Allah dan Rasulnya bukan duk sibuk cari imam mahdi dan tentera panji-panji hitam. Kalau kamu tu betul akidah, iman, tauhid dan takwa kamu takyah duk sibuk cari kerana pasti Allah akan memilih kamu berada bersama Imam Mahdi dan tentera-tenteranya apabila tiba masa yang dijanjikan oleh Allah nanti.
Ini bahananya silap berguru atau berguru hanya melalui pembacaan buku-buku atau artikel sahaja, last sekali Iblis dan Syaitan yang jadi guru golongan ini. Memang tak dinafikan terdapat dalil-dalil dari Hadith Rasullullah s.a.w tentang kelahiran imam mahdi pada dunia akhir zaman ini yang akan menegakkan Islam dan keadilan setelah sekian lama islam di zalimi dan ditindas oleh tentera kafir. Jumhur Ulamak muktabar juga tidak mempunyai khilaf dalam bab kelahiran Imam Mahdi ini berdasarkan kenyataan mereka seperti di bawah:
1. AI-Imam Abu Hanifah menjelaskan di dalam
kitabnya Feqhul Akbar bahawa segala tanda-tanda hari qiamat
adalah semuanya benar menurut hadits-hadits Rasulullah SAW dan salah satu di
antara tanda-tandanya ialah kemunculan Imam Mahdi.
2. Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsir
Ibnu Katsir
menjelaskan, “Menurut pendapat yang jelas bahawa di antara Imam yang memimpin
manusia itu ialah Al-Mahdi yang telah diberitahu oleh hadits-hadits yang
diriwayatkan dan Rasulullah SAW yang menyebut perkara itu. Bukannya yang
ditunggu-tunggu oleh golongan Rafidhah, di mana menurut dakwaan mereka Mahdi
itu telah dilahirkan kemudian akan muncul pula dan satu gua di Samira’ di dalam
negeri Iraq. Pendapat ini tidak ada kebenarannya.”
3. Ibnu Hajar AI-Asqalani menyebut di dalam
Fathul Bari (syarah sahih Al-Bukhari), “Telah berkata Abul Hussein
Al-Aburie di dalam kitabnya Manaqib As-Syafie,” Telah menjadi khabar mutawatir
bahawa Al-Mahdi itu lahir dari kalangan umat ini.”
4. Tersebut di dalam Sahih Muslim Masykul juzu’ kelapan m.s 185 hadits Rasulullah SAW,
Di akhir umatku kelak ada seorang khalifah yang membahagi-bahagikan
harta tanpa mengira-ngira.”
Imam At-Tarmizi
dan Abu Daud menyebut yang dimaksudkan seorang khalifah itu ialah Al-Mahdi. Dan
mereka telah sepakat berkata bahawa hadits-hadits ini adalah hassan dan sahih.
5. Dalam kitab Tuhfah AI-A’laie Fi UImu Tauhid m.s 42,
“Dan bahawasanya turun Nabi Isa
ketika Dajal mengepung Mahdi serta pengikut-pengikutnya dalam kota Baitul
Maqdis. Maka turun Nabi Isa AS daripada langit atas menara sebelah timur masjid
Syam dan pergi ke Baitul Maqdis maka ia membunuh Dajal dengan lembing dan Dajal
hancur dengan semata-mata melihat Nabi Isa seperti hancur garam di dalarn air."
6. Ibnu Hajjar Al-Haitami
menyebut di dalam kitabnya Fathul Mubin Li Syarah Al-“Arbaiin :
“Bahawa Nabi Isa AS tuurn diakhir zaman memusnahkan salib dan membunuh babi
sebgaimana tersebut dalam hadith sahih dan ia membunuh Dajjal, ia turun ketika
solat Subuh dan berjemaah di belakang Al-Mahdi”.
7. Tersebut di dalam kitab Mastika Hadits
Rasulullah SAW yang diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia dalam bab Beriman Kepada Hari Akhirat,
“Adalah diingatkan, bahawa hadits-hadits berkenaan dengan zahinnya Mahdi,
keluar Dajal, dan turunnya Nabi Isa AS adalah hadits-hadits yang sampai kepada
martabat hadits mutawatir, demikianlah ditegaskan oleh ulama hadits.”
8. Syeikh
Daud bin Syeikh Abdullah Al-Pattani
menyebut di dalam kitabnya Darus Tsamin m.s 69.
“(Dan ketiganya) daripada tanda qiamat yang akan datang
daripada beberapa tanda yang besar seperti keluar Mahdi...”
9. Ibnu Taimiyah
di dalam kitabnya Al-Minhajul Sunnah An-Nabawiyah juzu’ 4
m.s 211 menyebut,
“Sesungguhnya hadits-hadits yang
menyebut zahirnya Imam Mahdi adalah terdiri drp hadits-hadits sahih yang telah
diriwayatkan oleh A1-Imam Abu Daud, Turmizi, Imam Ahmad dan lain-lain.”
Kemudian Ibni Taimiyah menyebut pula bahawa Al-Mahdi itu
daripada keturunan Sayidina Hassan bin Ali dan bukannya daripada Sayidina Hussin
bin Ali sebagairnana yang disebutkan oleh Sayidina Ali r.a (riwayat Abu Daud).
10. Dalam kitab Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad
Dha’if
karangan Ibni Qaiyim Al-Jauziyah,
“Orang-orang Islam telah bersalah faham pada perkara Al-Mahdi di atas 4 qaul,
dan kebanyakan hadits-hadits itu menunjukkan bahawa Al-Mahdi itu seorang lelaki
dari ahli bait Rasulullah SAW dan keturunan Sayidina Hassan bin Ali yang keluar
pada akhir zaman kelak. Bahawa dunia ini sedang penuh dengan kezaliman dan
kejahatan, maka Al-Mahdi itu memenuhkan bumi dengan keadilan dan kebajikan.”
Jelas dan nyata kepada kita sendiri bahawa dikalangan Ulamak-ulamak Muktabar tidak bercanggah tentang kemunculan Imam Mahdi berdasarkan hadith-hadith Nabi cuma siapa dan bila tarikh
kemunculannya, bahkan di negeri mana akan muncul?. Setakat ini, tiada
siapa yang berani memberi jawapan dengan tepat dan cukup bukti, walaupun
sejarah telah menyaksikan ramai orang yang mendakwa dirinya Mahdi,
tetapi semuanya dipertikaikan.
Justeru itu takyahlah ko orang duk pening2 kepala nak cari Imam Mahdi kat mana apa yang penting bagi kita sekarang faham apa itu Islam, apabila faham apa itu Islam berusaha untuk menjadi penganut yang mentaati setiap perintah-perintah Allah yang digariskan dalam Islam. Perbetulkan sungguh2 akidah dan keyakinan kita kepada kebesaran dan keagungan Allah s.w.t dan berusaha menjadi seorang mukmin dan mukminat yang sejati selari yang dianjurkan oleh Al-Quran dan Hadith itu yang lebih penting. Soal bila munculnya Imam Mahdi dan Tentera Panji-Panji Hitam serah kepada Allah s.w.t dan apabila sampai masanya kita berdoa pada Allah s.w.t untuk bersama mereka sebelum bumi ini hancur dgn berlakunya kiamat. Ok habis kisah tu.
Seterusnya kisah aku diberi kelebihan untuk mengubat orang terkena gangguan makhluk halus . Asalnya aku mengambil amalan tarikat seperti zikir-zikir yang mashur yang diwarisi daripada para ulamak-ulamak tasawuf..setelah aku beramal dgn amalan tu aku dapat rasa satu kelainan dalam zikir dan aku rasa nikmat yang amat sangat waktu berzikir dan ini mungkin anugerah Allah kepada aku. Atas pengalaman aku yang mengalami gangguan Jin bertahun-tahun dan atas amalan tarikat aku sendiri aku dipinjamkan sedikit kelebihan oleh Allah s.w.t untuk dapat mengubati orang yang terkena gangguan dan dapat mengesan kewujudan makhluk halus pada seseorang.
Tapi aku tak pernah menonjolkan diri aku ke arah itu, aku hanya menolong apabila seseorang itu benar-benar meminta pertolongan. Aku kalau boleh nak mengelak daripada mengubati orang kerana guruku pernah berpesan agar mengelak daripada mengubati orang kerana matlamat tarikat dan tasawuf adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk mencari kelebihan dunia. Itulah serba sedikit soratan hidup aku terbaru..kita jumpa lagi di lain penulisan..wassalam
Tuesday, December 13, 2011
Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal (1903 – 1976) dan Sanad Tarekat Ahmadiah
Syeikh tarekat Ahmadiyah Idrisiah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa / Sidi Muhammad al-Azhari / Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat / Gong Kemudu.
Nama penuh ahli sufi ini ialah Haji Daud Shamsuddin b. Hj. Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad b. Haji Ismail. Manakala bapanya, Hj. Omar b. Hj. Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya ialah Hj. Awang Limbat, Tok Kenali, Tok Seredik, Maulana Tok Khurasan dan lain-lain. Beliau pernah belajar di Mekah dengan beberapa guru seperti Syeikh Mohd. Ali al-Maliki dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah dan lain-lain.
Setelah kembali dari Mekah pada awal tahun1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula pondok peninggalan bapa mertuanya, Hj. Awang Limbat.
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular.
Untuk kemudahan para muridnya, beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956) dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Beliau telah meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976. Antara muridnya yang terkenal ialah Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam), Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi dan Drs Abdul Rahman Hj Ahmad.
Menurut Guru kami, sewaktu Tuan Guru Haji Daud meninggal telah berlaku satu peristiwa yang pelik iaitu kedatangan manusia yang sangat luarbiasa ramainya malah tidak diketahui dari mana datangnya sehingga memaksa pihak berkuasa mengawal keadaan dan lalulintas.
Malah pengurusan dan penghantaran jenazah beliau dari rumah ke tempat pengebumiannya sangat cepat kerana orang ramai meng’pas‘-’pas‘kan jenazah beliau dari kediamannya hingga ke tanah perkubururan dimana beliau dikebumikan..
Al-Fatihah untuk Tuan Guru.
Silsilah Tareqat Ahmadiah Idrisiah Ustaz Zakaria Awang Al-Ahmadi
1) Sayyidina Muhammad bin Abdullah s.a.w
2) Sayyidi Imam Ali Karramallahu Wajhah.
3) Sayyidi Al Kurkhi. Hasan bin Ali.
4) Sayyidi Al Hasan Al Basri.
5) Sayyidi Habib Al Ajami.
6) Sayyidi Daud bin Nasir at Toie.
7) Sayyidi Maaruf bin Fairuz
8) Sayyidi Sirri bin Al Mughlas as Siqti.
9) Sayyidi Abul Qasim Junaid Al Baghdadi.
10) Sayyidi Abu Bakar bin Jahdar Asy Syibli.
11) Sayyidi Abu Al Fadhl at Tamimi.
12) Sayyidi Abu Al Farj at Tortusi.
13) Sayyidi Abu Ali Al Hasan bin Yusof.
14) Sayyidi Said Al Mubarak.
15) Sayyidi Abdul Qadir Al Jailani.
16) Sayyidi Abdur Rahman Al Madani.
17) Sayyidi Abdul Salam Mashish.
18) Sayyidi Abul Hasan as Syazili.
19) Sayyidi Abu Al Abbas Al Mursi.
20) Sayyidi Ahmad bin Atho’ilah as Iskandar.
21) Sayyidi Daud bin Bakhili.
22) Sayyidi Muhammad Bahru Sofa.
23) Sayyidi Ali bin Muhammad bin Wafa.
24) Sayyidi Yahya Al Qadiri.
25) Sayyidi Ahmad bin Aqabah Al Hadrami.
26) Sayyidi Ahmad bin Zaruq.
27) Sayyidi Ahmad bin Yusof Al Ghilani.
28) Sayyidi Ali bin Abdullah al Ghilani.
29) Sayyidi Abul Qasim Al Ghazi.
30) Sayyidi Ahmad bin Ali Al Haj Ad Dar’ei.
31) Sayyidi Muhammad bin Nasir.
32) Sayyidi Al Izzi Al Ghishtali.
33) Sayyidi Umar bin Muhammad Al Hawari.
34) Sayyidi Abdul Aziz bin Mas’ud Ad Dabbagh.
35) Sayyidi Abdul Wahab at Tazi.
2) Sayyidi Imam Ali Karramallahu Wajhah.
3) Sayyidi Al Kurkhi. Hasan bin Ali.
4) Sayyidi Al Hasan Al Basri.
5) Sayyidi Habib Al Ajami.
6) Sayyidi Daud bin Nasir at Toie.
7) Sayyidi Maaruf bin Fairuz
8) Sayyidi Sirri bin Al Mughlas as Siqti.
9) Sayyidi Abul Qasim Junaid Al Baghdadi.
10) Sayyidi Abu Bakar bin Jahdar Asy Syibli.
11) Sayyidi Abu Al Fadhl at Tamimi.
12) Sayyidi Abu Al Farj at Tortusi.
13) Sayyidi Abu Ali Al Hasan bin Yusof.
14) Sayyidi Said Al Mubarak.
15) Sayyidi Abdul Qadir Al Jailani.
16) Sayyidi Abdur Rahman Al Madani.
17) Sayyidi Abdul Salam Mashish.
18) Sayyidi Abul Hasan as Syazili.
19) Sayyidi Abu Al Abbas Al Mursi.
20) Sayyidi Ahmad bin Atho’ilah as Iskandar.
21) Sayyidi Daud bin Bakhili.
22) Sayyidi Muhammad Bahru Sofa.
23) Sayyidi Ali bin Muhammad bin Wafa.
24) Sayyidi Yahya Al Qadiri.
25) Sayyidi Ahmad bin Aqabah Al Hadrami.
26) Sayyidi Ahmad bin Zaruq.
27) Sayyidi Ahmad bin Yusof Al Ghilani.
28) Sayyidi Ali bin Abdullah al Ghilani.
29) Sayyidi Abul Qasim Al Ghazi.
30) Sayyidi Ahmad bin Ali Al Haj Ad Dar’ei.
31) Sayyidi Muhammad bin Nasir.
32) Sayyidi Al Izzi Al Ghishtali.
33) Sayyidi Umar bin Muhammad Al Hawari.
34) Sayyidi Abdul Aziz bin Mas’ud Ad Dabbagh.
35) Sayyidi Abdul Wahab at Tazi.
36) Sayyidi Qutub an Nafis Ahmad bin Idris Al Hasani.
37) Sayyidi. Ibrahim Rashid
38) Sayyidi .Muhammad Dandarawi
39) Sayyidi Muhammad AlAzahari
37) Sayyidi. Ibrahim Rashid
38) Sayyidi .Muhammad Dandarawi
39) Sayyidi Muhammad AlAzahari
40) Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.
41) Ustaz Zakaria Awang
Sufi Agung Al-Hallaj
Antara Drama Ilahi dan Tragedi Penyingkapan Rahasia
Abad ketiga hijriyah merupakan abad yang paling monumental dalam sejarah teologi dan tasawuf. Lantaran, pada abad itu cahaya Sufi benar-benar bersinar terang. Para Sufi seperti Siri as-Saqathy, Al-Harits al-Muhasiby, Ma’ruf al-Karkhy, Abul Qasim al-Junaid al-Baghdady, Sahl bin Abdullah at-Tustary, Ibrahim al-Khawwash, Al-Husain bin Manshur al-Hallaj, Abu Bakr asy-Syibly dan ratusan Sufi lainya.
Di tengah pergolakan intelektual, filsafat, politik dan peradaban Islam ketika itu, tiba-tiba muncul sosok agung yang dinilai sangat kontroversial oleh kalangan fuqaha’, politikal dan kalangan Islam formal ketika itu. Bahkan sebagian kaum Sufi pun ada yang kontra. Yaitu sosok Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj. Sosok yang kelak berpengaruh dalam peradaban teosofi Islam, sekaligus menjadi watak misteri dalam sejarah Tasawuf Islam.
Nama lengkapnya adalah al-Husain bin Mansur, terkenal dengan dipanggil dengan Abul Mughits, berasal dari penduduk Baidha’ Persia, lalu berkembang dewasa di Wasith dan Iraq. Menurut catatan As-Sulamy, Al-Hallaj pernah berguru pada Al-Junaid al-Baghdady, Abul Husain an-Nury, Amr al-Makky, Abu Bakr al-Fuwathy dan guru-guru lainnya. Walau pun ia ditolak oleh sejumlah Sufi, namun ia diterima oleh para Sufi besar lainnya seperti Abul Abbad bin Atha’, Abu Abdullah Muhammad Khafif, Abul Qasim Al-Junaid, Ibrahim Nashru Abadzy. Mereka memuji dan membenarkan Al-Hallaj, bahkan mereka banyak mengisahkan dan memasukkannya sebagai golongan ahli hakikat. Bahkan Muhammad bin Khafif berkomentar, “Al-Husain bin Manshur adalah seorang a’lim Rabbany.”
Pada akhir hayatnya yang dramatis, Al-Hallaj dibunuh oleh penguasa zalim ketika itu, di dekat gerbang Ath-Thaq, pada hari Selasa di bulan Zul Qa’dah tahun 309 H.
Kelak pada perkembangannya, teori-teori Tasawuf yang diungkapkan oleh Al-Hallaj, berkembang lebih jauh, seperti yang dilakukan oleh Ibnu Araby, Al-Jiily, Ibnu Athaillah as-Sakandary, bahkan gurunya sendiri Al-Junaid punya Risalah (semacam Surat-surat Sufi) yang pandangan utuhnya sangat mirip dengan Al-Hallaj. Sayang Risalah tersebut tidak tersebar luas, sehingga, misalnya mazhab Sufi Al-Junaid tidak difahami secara komprehensif pula. Menurut Prof Dr. KH Said Aqiel Sirraj, “Kalau orang membaca Rasailul Junaid, pasti orang akan faham tentang pandangan Al-Hallaj.”
Pandangan Al-Hallaj banyak dikafirkan oleh para Fuqaha’ yang biasanya hanya bicara soal halal dan haram. Sementara beberapa kalangan juga menilai, kesalahan Al-Hallaj, karena ia telah membuka rahsia Tuhan, yang seharusnya ditutupi. Kalimatnya yang sangat terkenal hingga saat ini, adalah “Ana al-Haq”, yang berarti, “Akulah Allah”.
Tentu, pandangan demikian menjadi heboh. Apalagi jika ungkapan tersebut dipahami secara sepintas belaka, atau bahkan tidak dipahami sama sekali.
Para teologi, khususnya Ibnu Taymiyah tentu mengkafirkan Al-Hallaj, dan termasuk juga mengkafirkan Ibnu Araby, dengan tuduhan keduanya adalah penganut Wahdatul Wujud atau pantheisme.
Padahal dalam seluruh pandangan Al-Hallaj tak satu pun kata atau kalimat yang menggunakan Wahdatul Wujud (kesatuan wujud antara hamba dengan Khaliq). Wahdatul Wujud atau yang disebut pantheisme hanyalah penafsiran keliru secara filosufis atas wacana-wacana Al-Hallaj. Bahkan yang lebih benar adalah Wahdatusy Syuhud (Kesatuan Penyaksian). Sebab yang manunggal itu adalah penyaksiannya, bukan DzatNya dengan dzat makhluk.Para pengkritik yang kontra Al-Hallaj, menurut Kiai Abdul Ghafur, Sufi kontemporer dewasa ini, melihat hakikat hanya dari luar saja. Sedangkan Al-Hallaj melihatnya dari dalam.
Sebagaimana Al-Ghazali melihat sebuah bangunan dari dalam dan dari luar, lalu menjelaskan isi dan bentuk bangunan itu kepada publik, sementara Ibnu Rusydi melihat bangunan hanya bentuk luarnya saja, dan menjelaskannya kepada umum pula. Tentu jauh berbeda kesimpulan Al-Ghazali dan Ibnu Rusydi.
Setidak-tidaknya ada tiga kelompok besar dari kalangan Ulama, baik fuqaha’ mahupun Sufi terhadap pandangan-pandangan Al-Hallaj ini. Mereka ada yang langsung kontra dan mengkafirkan dan ada pula yang secara umum tidak memberi apa-apa komen, dan ada yang langsung menerima dan mendukungnya.
Menurut penelitian Dr. Abdul Qadir Mahmud, dalam bukunya Al-Falsafatush Shufiyah fil Islam, mengatakan:
1. Mereka yang mngkafirkannya, antara lain adalah para Fuqaha’ formalis, dan kalangan mazhab zahiriyah, seperti Ibnu dawud dan Ibnu Hazm. Sedangkan dari kalangan Syi’ah Imamiyah antara lain Ibnu Babaweih al-Qummy, ath-Thusy dan al-Hilly. Dari kalangan mazhab Maliki antara lain Ath-Tharthusy, Iyyadh, Ibnu Khaldun. Dari kalangan mazhab Hanbaly antara lain Ibnu Taymiyah. Dan kalangan Syafi’iyah antara lain Al-Juwainy dan ad-Dzahaby.
Sementara itu dari kalangan Mutakallimin yang mengkafirkan: Al-Jubba’i dan al-Qazwiny (Mu’tazilah); Nashiruddin ath-Thusy dan pengukutnya (Imamiyah); Al-Baqillany (Asy’ariyah); Ibnu Kamal dan al-Qaaly (Maturidiyah).
Dari kalangan Sufi antara lain, Amr al-Makky dan kalangan Salaf, diantaranya juga para Sufi mutakhir, selain Ahmad ar-Rifai’y dan Abdul Karim al-Jily, keduanya tidak berkomentar.
2. Mereka yang mendukung pandangan Al-Hallaj, dari kalangan Fuqaha’ antara lain: At-Tusytary dan Al-Amily (Imamiyah); Ad-Dilnajawy (Malikiyah); Ibnu Maqil dan an-Nabulisy (Hambaliyah),; Al-Maqdisy, Al-Yafi’y, Asy-Sya’rany dan Al-Bahtimy (Syafi’iyah). Dari kalangan Mutakallimin, Ibnu Khafif, Al-Ghazaly dan Ar-Razy (kalangan Asy’ary) serta kalangan Mutakallim Salaf.
Dari kalangan Filosuf pendukungnya adalah Ibnu Thufail. Sedangkan dari kalangan Sufi antara lain asSuhrawardy al-Maqtul, Ibnu Atha’ asSulamy dan Al-Kalabadzy.
3. Kelompok yang tidak berkomentar, dari kalangan Fuqaha’ antara lain: Ibnu Bahlul (Hambaliyah), Ibnu Suraij, Ibnu Hajar dan As-Suyuthy (Syafi’iyah).
Dari kalangan Sufi antara lain, Al-Hushry, Al-Hujwiry, Abu Sa’id al-Harawy, Al-Jilany, Al-Baqly, Al-Aththar, Ibnu Araby, Jalaluddin ar-Ruumy, Ahmad Ar-Rifa’y, dan Al-Jiily.
Kontroversi Al-Hallaj, sebenarnya terletak dari sejumlah ungkapan-ungkapannya yang sangat rahasia dan dalam, yang tidak boleh ditangkap secara substansial oleh mereka, khususnya para Fuqaha’ (ahli syariat). Sehingga Al-Hallaj dituduh anti syari’at, lalu ia harus disalib. Padahal tujuan utama Al-Hallaj adalah bicara soal hakikat kehambaan dan Ketuhanan secara lebih terperinci.
Tudingan bahwa Al-Hallaj penganut Wahdatul Wujud semata juga karena tidak memahami wahana puncak-puncak ruhani Al-Hallaj sebagaimana dialami oleh para Sufi. Banyak sekali wacana Tasawuf yang mirip dengan Al-Hallaj. Dan Al-Hallaj tidak pernah mengaku bahwa dirinya adalah Allah sebagaimana pengakuan Fir’aun dirinya adalah Tuhan. Dalam sejumlah wacananya, Al-Hallaj sentiasa menyatakan dirinya adalah seorang hamba yang hina dan fakir.
Apa yang ditampakkan oleh Al-Hallaj adalah situasi dimana wahana ruhaninya menjadi dominan, sehingga kesadarannya hilang, sebagaimana mereka yang sedang jatuh cinta di puncaknya, atau mereka yang sedang terkejut dalam waktu yang lama.
Jadi Al-Hallaj tetap berpijak pada pandangan Al-Fana’, Fana’ul Fana’ dan al-Baqa’, sebagaimana dalam wacana-wacana Sufi lainnya.
Al-Hallaj juga tidak pernah mengajak ummat untuk melakukan tindakan Hulul. Sebab apa yang dikatakan semuanya merupakan Penyaksian kepada Allah atau sebagai etik murni dari seorang Sufi yang sangat dalam.
Sejarawan Al-Baghdady mengisahkan tragedi kematian dan pegadilannya
:
“Ketika mereka hendak membunuh Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj, para Fuqaha’ dan Ulama dihadirkan, sementara Al-Hallaj diseret di hadapan Sultan. Para dewan perundangan juga dihadirkan di sebelah barat, tepatnya di hari Selasa, bulan Dzul Qa’dah Minggu kedua, TAHUN 309H. Ia dicambuk sekitar seribu kali cambukkan, lalu kedua kakinya dipotong, menyusul kedua tangannya, lalu lehernya ditebas. Lalu tubuhnya dibakar dengan api.
Kepalanya yang dipenggal itu diangkat, ditunjukkan kepada umum dalam kandang besi, sementara kedua tangan dan kakinya diletakkan di sisi kepalanya. Ketika Al-Hallaj mendekati saat-saat penyaliban, ia membisikkan kata-kata, “Wahai yang menolong kefanaan padaku…tolonglah diriku dalam kefanaan….Tuhanku, Engkau mengasihi orang yang menyakitiMu, maka bagaimana engkau tidak mengasihi orang yang lara dalam DiriMu…Cukuplah yang satu menunggalkan yang satu bagiNya….”.
Sebelum meninggal dengan hukuman tragis itu, Al-Hallaj mengalami hidup dari satu tahanan ke tahanan lainnya, akibat iri dan kedengkian para Fuqaha’ dan para Ulama yang merasa tersaingi oleh pengaruh Al-Hallaj yang mulai meluas. Bisa jadi penguasa sangat terpengaruh pula oleh bahaya masa Al-Hallaj. Kalau ia Al-Hallaj harus dihukum mati dengan disalib, sebagaimana pernah ia ramalkan sendiri, adalah karena ia harus menghadapi ketidak dayaan kekuasaan. Tetapi sekali lagi, Al-Hallaj adalah penganut amaliyah Syariat yang sangat patuh, yang digambarkan, sebagai sosok yang hafidz Al-Qur’an, tekun sholat sepanjang malam, puasa sepanjang siang, dan melakukan ibadah haji berulang kali. Hukuman mati baginya, sama sekali tidak ada kaitannya dengan disabitkan bahwa dirinya salah dan benar.
Rasanya Tragedi Al-Hallaj menjadi hikmah yang luar biasa dalam perkembangan Tasawuf. Mereka akan mehamami substansi Al-Hallaj, manakala mereka juga menjalankan dan merasakan apa yang dialami oleh Al-Hallaj. Sekadar menghukum Al-Hallaj begini dan begitu, tanpa pernah menghayati pengalaman terdalam dalam kaedah Sufistik, siapa pun akan selalu gagal memahaminya.
Ada ungkapan Sufi yang sangat arif dan ia boleh menjadi renungan kita bersama untuk sekadar merasakan sedikit dari rasa Al-Hallaj. “Orang yang sedang tenggelam di lautan, tidak akan pernah bisa bicara, bercerita, berkata-kata, tentang tenggelam itu sendiri. Ketika ia sudah mentas dari tenggelam, dan sedar, baru ia bicara tentang kisah rahsia tenggelam tadi. Ketika ia bicara tentang tenggelam itu, posisinya bukan lagi sebagai amaliyah tenggelam, tetapi sekadar ilmu tentang tenggelam.
Bezakan antara amal dan ilmu. Sebab banyak kesalah pahaman orang yang menghayati tenggelam, tidak dari amalnya, tetapi dari ilmunya. Maka muncullah kesalahpahaman dalam memahami tenggelam itu sendiri.”
Diantara Ucapan-ucapan Al-Hallaj :
1. Allah menghijab mereka dengan Nama, lantas mereka pun menjadi hidup. Seandainya Dia menampakkan Ilmu Qudrat pada mereka, mereka akan hangus. Seandainya hijab hakikat itu disingkapkan niscaya mereka mati semua.
2. Tuhanku, Engkau tahu kelemahanku jauh dari rasa bersyukur kepadaMu, karena itu bersykurlah pada DiriMu bukan dariku, karena itulah sesungguhnya Syukur, bukan yang lain.
3. Siapa yang menyandarkan amalnya ia akan tertutupi dari yang menerima amal. Siapa yang menyandarkan Allah yang menerima amal, maka ia akan tertutupi dari amal.
4. Asma-asma Allah Ta’ala dari segi pemahaman adalah Nama sahaja, tapi dari segi kebenaran adalah hakikat.
5. Bisikan Allah adalah bisikan yang sama sekali tidak mengandung perbezaan.
6. Suatu ketika Al-Hallaj ditanya tentang al-Murid, “Ia adalah orang yang dilemparkan menuju kepada Allah, dan tidak akan berhenti naik sampai ketika ia sampai.”
7. Sama sekali tidak diperbolehkan orang yang mengenal Allah Yang Maha Tunggal atau mengingat Yang Maha Tunggal, lalu ia mengatakan, “Aku mengenal Al-Ahad” padahal ia masih melihat individu-individu lainnya.
8. Siapa yang dimabukkan oleh cahaya-cahaya Tauhid, ia akan tertutup dari ungkapan-ungkapan Tajrid (menyendiri bersama Allah). Bahkan, siapa yang dimabukkan oleh cahaya-cayaha Tajrid, ia akan bicara dengan hakikat Tauhid, kerana kemabukan itulah yang bicara dengan segala hal yang tersembunyi.
9. Siapa yang menempuh kebenaran dengan cahaya Iman, maka ia seperti pencari matahari dengan cahaya bintang gemilapan.
10. Ketika Allah mewujudkan jasad tanpa sebab, demikian pula Allah mewujudkan sifat jasad itu tanpa sebab, sebagaimana hamba tidak memiliki asal usul pekerjaannya, maka, hamba itu pun tidak memiliki pekerjaannya.
11. Sesungguhnya Allah Ta’ala, Maha Pemberi Berkah dan Maha Luhur, serta Maha Terpuji, adalah Zat Yang Esa, Berdiri dengan DiriNya Sendiri, Sendiri dari yang lain dengan Sifat QidamNya, tersendiri dari yang lainNya dengan KetuhananNya, tidak dicampuri oleh apa pun dan tidak didampingi apa pun, tidak diliputi tempat, tidak pula di temukan waktu, tidak mampu difikirkan dan tidak boleh tercetus dalam imaginasi, tidak pula boleh dilihat pandangan, tidak bisa darusi kesenjangan.
12. Akulah Al-Haq, dan Al-Haq (Allah) Benar, Mengenakan ZzatNya, di sana tak ada lagi perbezaan.
13. Ketika ditanya tentang Tauhid,ia menjawab, “Memisahkan yang baru dengan Yang Maha Dahulu, lalu berpaling dari yang baru dan menghadap kepada Yang Maha Dahulu, dan itulah hamparan Tauhid.
(Gedung Sufi Ibnu Hussin)
Sunday, November 27, 2011
Cerita Sebuah Cinta
Kadang-kadang kita terpaksa berkorban untuk kebahagian orang lain. Kenapa aku berkata begitu kerana kalau disebutkan soal pengorbanan aku rasa akulah manusia yang paling banyak berkorban untuk hidup orang lain. Akhir sekali orang langsung tak menghargai pengorbanan aku..mungkin sapa2 yang membaca penulisan aku ni anggap aku poyo...lantak ko oranglah nak anggap aku poyo ke apa ke dah blog aku suka hati akulah...hehehhe..jangan mare, gurau jer...Aku pernah bercinta dan pernah bertunang dengan seorang anak tokoh jutawan yang asal dari Kuantan yang bergelar Dato'.. Kalau aku sebut tokoh tu mungkin ko orang kenal tapi biarlah rahsia. Biar aku gelarkan bekas tunang aku ni sebagai anies. Mak bapak dia memang tak suka gila dekat aku maklumkan aku baru habis U masa tu kerja pung tak ader hidup terkontang kanting kat KL ni. Kira anieslah banyak tanggung hidup aku selepas aku habis U dulu. Aku sebenarnya takderlah perasaan sangat pada anies tapi mungkin sebab kesungguhan dia mengambil berat pada aku masa tu menyebabkan aku juga turut mencintainya lama kelamaan.. Walaupun sebelah mata pung mak bapak dia tak pandang aku tapi sebab anak dia orang nak jugak dekat aku maka bertunanglah aku..
Cinta memang ajaib, dalam banyak2 lelaki yang nak ayat si anies ni aku jugak yang dia nak. Mungkin sebab aku selalu menjadi tempat dia meluahkan kesepian dan kesunyian hidupnya. Dia memang seorang anak gadis yang hidup dalam kemewahan, gila ko umur 19 tahun dah pakai Kereta Honda Jazz dalam sekitar 2003 masa tu. Belajar kat Kolej Damansara Utama pulak tu. Aku terpaksa ikut sahaja kehendak si anies maklumlah segala2 hidup aku dia yang urus dan aturkan. Bagusnya si anies ni, dia sangat ambik berat tentang mak ayah aku kat kampung. Tiap-tiap bulan ada saja barang-barang yang dia belikan sebagai hadiah untuk mak ayah aku dan mak aku amat sayang pada si anies ni. Tapi sikap dia yang amat mengokong aku buat aku jadi rimas. Last sekali dalam sekitar 2006, hubungan aku dengan anies jadi agak tak menentu sejak dia balik pindah kat kuantan. Kalau dulu dalam sehari dekat 30x dia akan tel aku, tanya aku duk buat apa..dah makan ke belum..cuak jugak aku perubahan mendadak si anies ni...dalam seminggu nak tel aku pun susah n than kalau aku tanya alasan dia dia akan kata dia sibuk dengan kuliah..Akhirnya, anies memutuskan pertunangan aku dengan dia tanpa apa2 alasan..puas aku cuba bertanyakan puncanya tapi aku gagal mendapat jawapan dari anies..sasau jugak aku dibuatnya... akhirnya aku pujuk hati aku dan redha dengan ketentuan tuhan.
Akhirnya aku berkenalan dengan Rohayu. Pada mulanya aku ingin mengenali Rohayu hanya kerana simpati dengan kisah-kisah silam hidupnya. Aku terlalu ingin mendekati dan mengetahui kehidupan Rohayu sebagai seorang GRO. Aku menjadi rapat dengan Rohayu. Aku pernah bawak Rohayu berjumpa dengan family aku.. Aku memang tak kisah kalau semua family aku, makcik2 aku atau pakcik2 aku nak kutuk aku dan aku nekad nak kenalkan rohayu pada mereka. Aku amat bersimpati dengan hidup rohayu dan demi Allah aku nak bimbing dia tentang agama (hehhe..hidup aku pun tak betul masa tu nak bimbing orang kononnya..hehe). Aku selalu bagi tahu pada rohayu, aku akan selalu ada jika dia memerlukan aku (Sekali lagi ayat poyo dan jiwang giler dari aku..heheh).Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memenuhi setiap permintaan rohayu dan sekiranya dia ada masalah, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk cuba menyelesaikan masalah yang menimpa dia. Setiap kali dia nak balik kampung aku tak pernah lupa untuk kirimkan buah tangan untuk mak dan ayahnya termasuk adik2nya.
Ramai kawan-kawan aku kata aku bodoh buat itu semua pada seorang GRO yang hanya layak untuk menjadi tempat lempias nafsu seks semata-mata. " Kau buat semua ni, apa yang kau dapat? bukannya kau boleh tidur dengan dia pung. Aku nampak mcm bodoh jer kau ni" berdesing telinga aku mendengar kata-kata tu tapi takper aku tetap sabar dan itulah harga yang terpaksa aku bayar. Biarlah orang nak kata apa pun dekat aku tapi aku puas dapat buat baik pada rohayu dan aku memang menghormati rohayu sebagai seorang wanita yang bermaruah walaupun aku tahu kerjaya dia itu menuntut dia berada dalam pelukan ramai lelaki.. Setiap malam dia akan bertukar lelaki untuk memeluknya. Adeiii...sebaklah pulak nak meneruskan penulisan ini.
Amat nyata aku telah mengherat hidup aku dalam kekalutan ini semua..tapi aku tertanya2 jugak betul ke ini semua sedangkan rohayu amat sopan apabila berada di sisi aku sedikit pun dia tidak menunjukkan perwatakan sebagai popuan liar...aku tertanya2 sendiri pada diri aku...Rohayu pernah ditangkap oleh polis kat Clubbing goyang kepala. Aku tercengang, dan melalui maklumat yang aku dapat dia positif Estsy. Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan seseorang itu apabila ambik Estsy dan masuk clubbing goyang kepala. Aku tanya dia kenapa ambik ini semua, tak fikir ke ibu dia kat kampung dan adik2 dia yang masih kecil. Macam mana kalau mak dia kat kampung tahu dia kena tangkap sebab telan Estsy. Dia menyesal buat itu semua. Dia cakaplah dan dia janji pada aku tak akan buat lagi benda ni. Berbuih mulut aku bagi kutbah agama kat rohayu masa tu. Aku cuba ikut geng-geng polis narkotik pergi satu tempat clubbing goyang kepala kat jalan klang lama. Atas ajakan kawan aku yang jugak bahagian perisikan narkotik Bukit Aman.
Adei..betapa terukkkkkkkkkk....betapa dah tak betul aku tengok minah-minah yang kena estsy dalam kelab tu....memang gila, mcm kena rasuk iblis sekor2 dalam tu dan semua telan estsy dah kokein duk beromen disegenap penjuru....Aku dah lah tak minum arak, minum air coke jerlah..buat2 layan kepala konon.. Setiap anak2 muda tak kira laki dan ppopuan menari dengan cukup lucah selucahnya setiap penjuru tempat dalam clubbing tu..Aku tunduk memandang lantai...aku pejam mata rapat-rapat....Mungkin inilah keadaan Rohayu waktu kena tangkap dengan polis kat clubbing goyang kepala ari tu. Kawan aku offer seorang GRO Cina untuk teman aku, tapi aku menolak cara baik, aku datang situ niat aku nak tengok bagaimana keadaan manusia yang telah estsy dan layan muzik membingitkan. Memang teruk dan memang dasyat perlakuan setiap mereka.. Aku menarik nafas panjang dan istigfar dalam2...aku mintak diri pada kwn2 polis aku yang dah tak berapa waras dah semua pada masa tu...
Pulang ke rumah aku meneruskan penulisan novel aku untuk bab seterusnya setelah melihat sendiri dengan kepala aku keadaan orang yang dah separuh gila telah pill tu. (Adeii, tiba-tiba mood aku hilang lagi malam ni untuk terus menulis kisah ini dalam blog aku...huhuhu..aku sambung baliklahn ada mood nanti...insya Aku habiskan kisah ni sehingga aku booking Flight Air asia untuk menziarah rohayu..sori yek...aku takder mood lagi menulis malam ni...hehehhe..)
Adei..betapa terukkkkkkkkkk....betapa dah tak betul aku tengok minah-minah yang kena estsy dalam kelab tu....memang gila, mcm kena rasuk iblis sekor2 dalam tu dan semua telan estsy dah kokein duk beromen disegenap penjuru....Aku dah lah tak minum arak, minum air coke jerlah..buat2 layan kepala konon.. Setiap anak2 muda tak kira laki dan ppopuan menari dengan cukup lucah selucahnya setiap penjuru tempat dalam clubbing tu..Aku tunduk memandang lantai...aku pejam mata rapat-rapat....Mungkin inilah keadaan Rohayu waktu kena tangkap dengan polis kat clubbing goyang kepala ari tu. Kawan aku offer seorang GRO Cina untuk teman aku, tapi aku menolak cara baik, aku datang situ niat aku nak tengok bagaimana keadaan manusia yang telah estsy dan layan muzik membingitkan. Memang teruk dan memang dasyat perlakuan setiap mereka.. Aku menarik nafas panjang dan istigfar dalam2...aku mintak diri pada kwn2 polis aku yang dah tak berapa waras dah semua pada masa tu...
Pulang ke rumah aku meneruskan penulisan novel aku untuk bab seterusnya setelah melihat sendiri dengan kepala aku keadaan orang yang dah separuh gila telah pill tu. (Adeii, tiba-tiba mood aku hilang lagi malam ni untuk terus menulis kisah ini dalam blog aku...huhuhu..aku sambung baliklahn ada mood nanti...insya Aku habiskan kisah ni sehingga aku booking Flight Air asia untuk menziarah rohayu..sori yek...aku takder mood lagi menulis malam ni...hehehhe..)
Wednesday, November 23, 2011
Jangan Sabotaj Blog aku...............
Kepada anasir-anasir jahat...jangan cuba sabotaj blog aku..aku tidak pernah komen apa-apa pasal politik di mana-mana blog politik.....aku terkejut apabila ada komen aku di beberapa blog balaci-balaci poltik..tolong sangat kepada anasir2 jahat itu...jangan babitkan blog aku dengan mana2 sengketa politik
Monday, November 7, 2011
Tawasul Dalam Islam: Satu Pencerahan
(Artikel ini telah diberi kebenaran oleh penulis asal untuk saya siarkan di blog saya. Penulisnya adalah Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (Kembara Sufi) )
Isu tawassul sebenarnya merupakan suatu isu yang berkaitan dengan bagaimana kaedah berdoa, bukan berkaitan dengan aspek aqidah seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah golongan Wahhabi dan orang-orang yang terpengaruh dengan pemikiran mereka, walaupun tidak mengaku Wahhabi.
Ada yang cuba memberi kesamaran kepada masyarakat awam, dengan mengatakan, tawassul dalam Islam hanya bermakna, kita meminta seseorang yang hidup untuk berdoa kepada Allah s.w.t. untuk kita.
Makna yang sempit ini bukanlah makna sebenar tawassul dalam Islam, bahkan ia merupakan satu bahagian daripada tawassul dalam Islam. Maka, takrif tawassul tersebut tidak merangkumi seluruh intipate tawassul dalam Islam.
Definisi Tawassul:
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa, tawassul dari segi bahasa ialah, mengambil wasilah (perantaraan) bagi mencapai sesuatu yang diingini.
Tawassul kepada Allah s.w.t. bermaksud: mengambil perantaraan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat pahala dengan mengambil jalan perantaraan dan sebab yang membawa kepadanya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan carilah wasilah (perantaraan) kepada-Nya. (Al-Ma'idah: 35)
Jenis-jenis tawassul yang disepakati ulama' tentang keharusannya:
1)Tawassul kepada Allah s.w.t. dengan zat Allah s.w.t.. Ianya berdasarkan firman Allah s.w.t.: "bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127)
2)Tawassul dengan nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "bagi Allah nama-nama yang mulia, maka berdoalah dengannya" (Al-A'raf: 180)
3)Tawassul dengan amal soleh. Hal ini berdasarkan doa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an "wahai Tuhan kami, sesunnguhnya kami beriman, maka ampunilah kami…" (Ali- Imran: 10)
Adapun jenis-jenis tawassul yang diperselisihkan oleh para ulama' tentangnya ialah, tentang tawassul kepada Allah s.w.t. dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi a.s., para malaikat dan para solihin.
Sheikh Syed Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki r.h.l. menegaskan bahawa, para ulama sebelum Ibn Taimiyah sepakat tentang keharusan bertawassul dengan diri Rasulullah s.a.w. dan para solihin, sehinggalah datang Ibn Taimiyah lantas menyalahi pendapat para ulama' sebelumnya.
Sebenarnya, kebanyakkan para ulama empat mazhab bersepakat tentang keharusan bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang soleh, menurut pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. mengharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. semata-mata, tidak boleh baginya, bertawassul dengan selain Rasulullah s.a.w.
Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengandaikan bahawa, golongan yang membenarkan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. sahaja, kerana bagi mereka, hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang telah dijamin sebagai ahli syurga dan diredhai Allah s.w.t., sedangkan orang-orang soleh yang lain belum pasti diredhai Allah s.w.t.
Menurut beliau, qiyasan ini tidak tepat kerana ianya menghukum tentang sesuatu perkara yang ghaib.
Hakikatnya, kita bertawassul kepada orang-orang yang soleh kerana husnu-dhon (pra sangka baik) kita terhadap Allah s.w.t. dan para solihin, yang mana, mudah-mudahan Allah s.w.t. meredhai mereka.
Adapun khilaf baru dalam Islam, tentang tawassul dengan Rasulullah s.a.w., lahir dari Ibn Taimiyah kerana menurutnya, tidak boleh bertawassul dengan si mati sedangkan Rasulullah s.a.w. telahpun wafat. Adapun tawassul yang dibolehkan hanyalah tawassul dengan orang-orang yang masih hidup. Dalil yang beliau gunakan ialah tentang hadis di mana Saidina Umar Al-Khattab bertawassul dengan Al-Abbas setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. dalam meminta hujan kepada Allah s.w.t. Sebelum Ibn Taimiyah, dapat dilihat kesepakatan ulama bahawa, diharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. samada ketika baginda hidup mahupun setelah kewafatan Baginda s.a.w.
Dalil Keharusan bertawasssul dengan Rasulullah s.a.w. sewaktu hidup dan setelah kewafatan Baginda s.a.w.:
Seorang buta bertemu Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah supaya Allah menyembuhkannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mengajarkannya tentang suatu amalan, agar Allah s.w.t. memperkenankan hajatnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ambillah wuduk dan perelokannya, kemudian solat dua rakaat. Setelah itu, berdoalah dengan doa ini: "Wahai Tuhanku, aku berdoa meminta kepada-Mu dengan Nabimu, Nabi rahmat, wahai Muhammad, aku mengadap Tuhan-Ku dengan (perantaraan) mu, dalam meminta hajatku, maka perkenankanlah hajatku…"
Setelah lelaki buta itu berdoa dengan doa itu, Allah s.w.t. menyembuhkan penyakitnya.
Hadis ini riwayat Ahmad, An-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Huzaimah.
Menurut Al-Baihaqi, Al-Haithami, At-Tabari, dan Az-Zahabi, hadis ini hadis sahih.
Hadis ini menunjukkan secara jelas, tentang kebolehan atau keharusan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan betawassul dengan Rasulullah s.a.w., secara mutlak, tanpa terbatas dengan kehidupan Baginda s.a.w. semata-mata.
Pendapat yang menolak tawassul setelah kewafatan Baginda s.a.w. tidak tepat kerana hadis ini mutlak, tentang doa bertawassul dengan Rasulullah s.a.w., tidak kira sama ada ketila Baginda s.a.w. hidup ataupun setelah Baginda s.a.w. wafat.
Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi r.a., Imam At-Tabari turut meriwayatkan bahawa, para sahabat masih menggunakan lafaz doa tawassul tersebut setelah kewafatan Baginda s.a.w. (Mafahim yajib an-tusohhah)
Dalil yang lain: Tawassul Adam dengan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Takkala Nabi Adam a.s. melakukan kesilapan, beliau berkata: : "Wahai Allah, dengan hak Muhammad, ampunkanlah aku." Allah s.w.t. berfirman: " Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad, sedangkan aku belum menciptakannya lagi?
Nabi Adam a.s. menjawab, takkala engkau menciptakan aku dengan tangan-Mu (kekuasaan-Mu), dan meniupkan ke dalamku roh-Mu, aku mengangkatkan kepalaku lantas terlihat di arasy ada tertulis, "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad ialah Rasulullah". Maka, aku tahu, engkau tidak akan meletakkan suatu nama beriringan dengan nama-Mu, melainkan engkau teramat mencintainya."
Allah s.w.t. berfirman: "benar wahai Adam. Dia (Muhammad) sangat ku cintai, maka, berdoalah dengan haknya, sesungguhnya aku telah mengampunimu. Ketahuilah bahawasanya, kalau tidak kerananya (Rasulullah s.a.w.) nescaya aku tidak menciptamu."
Hadis riwayat Al-Hakim, As-Suyuti dan Al-Baihaqi. Menurut Al-Hakim dan As-Suyuti, hadis ini hadis sahih. Menurut Al-Baihaqi, hadis ini tidak paslu. Hadis ini juga turut disahihkan oleh Al-Qostolani, Az-Zarqoni dan As-Subki.
Hadis ini juga ada jalan yang lain, melalui riwayat Ibn Abbas, dengan lafaz, kalau bukan kerananya (Muhammad), nescaya Aku tidak menciptakan Adam, Syurga dan Neraka." dan diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Jauzi dan Ibn Kathir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (jilid 1, m/s 180)
Walaupun ada sebahagian ulama yang mendakwa hadis ini hadis palsu, namun menurut ulama' muhaqqiqin, makna hadis tersebut tetap sahih, seperti yang dijelaskan oleh Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki dalam bukunya, Mafahim yajib An Tusohhah.
Dalil tentang keharusan bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.
Majoriti ulama Islam juga mengharuskan bertawassul kepada para solihin dan para wali Allah, selain daripada bertawasul dengan Rasulullah s.a.w.
Hal ini seperti yang dijelaskan di dalam hadis sahih Al-Bukhari r.a., di mana, Saidina Umar pernah berdoa meminta hujan kepada Allah s.w.t. dengan menyebut "Wahai Tuhan kami, kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan) Nabimu, maka Engkau menurunkan hujan, kini, kami bertawassul dengan bapa saudara Nabimu (Al-Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami".
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, keharusan berdoa dengan orang-orang soleh selain daripada bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.. Adapun Ibn Taimiyah menggunakan hadis ini untuk membela pendapat beliau bahawa, tawassul kepada Rasulullah s.a.w. tidak dibolehkan selepas kewafatan Baginda s.a.w. kerana Saidina Umar tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. lagi setelah ketiadaan Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut.
Kefahaman Ibn Taimiyah mengenai hadis tersebut disanggah oleh ramai para ulama yang muktabar. Hal ini kerana, telah terbukti di dalam hadis yang lain, di mana para sahabat masih lagi bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w., seperti yang dinukilkan oleh Shiekh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki.
Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki lagi, Saidina Umar r.a. tidak bertawassul kepada Allah dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta hujan dalam hadis tersebut untuk menjelaskan bahawa, kita boleh bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.
Saidina Umar tida bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dalam perkara meminta hujan kerana hujan merupakan rahmat dan keperluan bagi yang masih hidup, bukan bagi yang telah tiada. Maka, Saidina Umar bertawassul dengan Al-Abbas kerana Al-Abbas masih lagi hidup, dan beliau (Al-Abbas) berhajat juga kepada air pada musim kemarau tersebut. Jadi kefahaman Saidina Umar r.a. dalam situasi tersebut, menyebabkan beliau bertawassul kepada Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas di sisi Allah s.w.t. kerana pada ketika itu, Saidina Al-Abbaslah memerlukan air dari hujan, berbanding dengan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat pada ketika itu, yang tidak berhajat kepada hujan. Maka, beliau meminta belas kasihan Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas yang juga masih hidup dan memerlukan hujan pada ketika itu.
Maka, Saidina Umar r.a. bertawassul dengan Saidina Al-Abbas di hadapan Allah s.w.t. untuk menagih simpati Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan, dan memberi minum umat Islam yang masih hidup termasuklah kekasih Allah dan Rasulullah s.a.w., Al-Abbas, bukan kerana tidak boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w.
Dalil yang lain tentang keharusan bertawassul dengan orang-orang soleh, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a., tentang doa sewaktu keluar dari rumah menuju solat, iaitu "Wahai Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, dengan hak orang-orang yang berjalan (di atas jalan) menujumu, dengan hak orang yang berjalan ini… maka jauhilah kami dari azab neraka…" (Hadis riwayat Ibn Majah) Al-Hafiz Abu Hasan mengatakan, hadis ini, hadis hasan.
Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa, berdoa kepada Allah dengan perantaraan Rasulullah s.a.w., para solihin dan sebagainya, dibenarkan di dalam Islam. Ini kerana, tawassul tidak ada kaitan dengan aqidah, kerana, setiap orang yang bertawassul, hanya menyakini, hanya Allah s.w.t. lah yang mampu memberi manfaat dan kemudaratan kepada mereka. Tawassul cuma suatua kaedah, diantara pelbagai kaedah-kaedah dalam berdoa kepada Allah s.w.t.
Rahsia kaum sufi dalam persepsi Tawassul
Ada juga di kalangan masyarakat awam yang terkeliru dengan dakwaan Wahhabi, yang mengatakan bahawa, tawassul kepada Allah dengan para masyaikh seperti yang dilakukan oleh golongan sufi adalah syirik.
Sebenarnya, berdasarkan dalil-dalil yang dijelaskan sebelum ini, menunjukkan kepada kita bahawa, tawassul merupakan ajaran Islam. Tawassul bukanlah bererti menyembah selain daripada Allah s.w.t., tetapi tawassul merupakan salah satu kaedah berdoa kepada Allah s.w.t., dan salah satu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.
Para sufi yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah memahami makna tawassul dan rahsia disebalik tawasssul. Ia bukanlah bermakna, kita berdoa kepada selain Allah s.w.t., kerana tawassul dalam Islam hanya sekadar menggunakan kedudukan seseorang di sisi Allah, dalam berdoa kepada Allah s.w.t.
Persoalannya, mengapakah kita perlu menggunakan kedudukan orang lain antara kita dengan Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t. menegaskan bahawa, tiada sempadan antara kita dengan Tuhan?
Tawassul bukanlah sempadan antara kita dengan Tuhan. Tawassul bukanlah perantaraan dalam pengabdian kita kepada Tuhan. Tawassul sekadar kaedah berdoa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., kepada Allah s.w.t., dengan menjadikan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t., supaya Allah s.w.t. menerima hajat kita.
Tetapi, tanpa tawassul juga, tidak menafikan bahawa Allah s.w.t. mampu menunaikan hajat kita. Malah, tawassul juga tidak mewajibkan Tuhan menunaikan hajat kita. Samada kita bertawassul dengan seseorang atau tidak, doa kita tetap sampai kepada Allah s.w.t. selagi kita ikhlas dalam berdoa, dan terserah kepada Allah s.w.t. untuk menunaikan hajat kita atau tidak.
Adapun di sisi para sufi, tawassul merupakan suatu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Kita berdoa, misalnya, "wahai Tuhanku, dengan kedudukan Sheikhku di sisi-Mu, ampunkanlah aku."
Mengapa para sufi menganggap tawassul ialah adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Ini kerana, para sufi merasakan diri mereka sangat hina dan kerdil di hadapan Allah s.w.t., dan mereka teramat malu untuk mengadap Allah s.w.t. dengan dosa mereka yang menggunung, kemudian meminta pula daripada Tuhan untuk menunaikan hajat kita, sedangkan kita empunya dosa yang menggunung di hadapan Allah s.w.t.
Maka, para sufi merasa tidak layak untuk mengharapkan agar Allah s.w.t. menunaikan hajat mereka, sedangkan mereka juga yakin Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Namun, rasa rendah diri mereka di hadapan Allah s.w.t. membuatkan mereka bertawassul dengan orang-orang yang mempunyai kedudukan di sisi Allah, menurut prasangka mereka.
Seolah-olah, lafaz doa mereka di hadapan Allah s.w.t., Ya Allah, aku begitu hina di hadapan-Mu. Aku tidak layak untuk menghadap-Mu dengan tubuh badan yang diselaputi maksiat dan dosa ini. Namun, Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tetapi Engkau juga Maha Adil. Jika Engkau membenci aku sekalipun dengan kemaksiatanku, maka ampunilah dosaku dengan hak para guruku yang berkedudukan di sisi-Mu. Ampunilah aku kerana aku juga umat kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Aku juga anak murid kepada Sheikh Fulan bin Fulan yang aku rasakan mempunyai kedudukan di sisimu. Maka, ampunilah aku dengan kedudukan mereka di sisi-Mu."
Lihatlah, inilah makna sebenar tawassul dalam berdoa, iaitu beradab kepada Allah s.w.t. Siapalah kita untuk merasa besar dan hebat di sisi Allah s.w.t. Jika seseorang itu merasa kerdil di hadapan seorang raja sekalipun, dia akan mencari seseorang yang mempunyai kedudukan yang dekat di sisi raja tersebut, sebagai perantaraan untuk bertemu raja tersebut melalui orang tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan orang yang merasa kerdil di hadapan Allah s.w.t., salahkah dia mengunakan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.?
Maka, tawasssul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t., kerana merasa diri kita kerdil dan hina di sisi Allah s.w.t. Bukankah Allah s.w.t. memberitahu kepada kita tentang betapa hinanya kita di hadapan Allah s.w.t. dengan firman-Nya "kamu semua fuqoro' (faqir) di hadapan Allah"?
Bagi para sufi juga, mereka berdoa kepada Allah s.w.t. juga bukanlah kerana mereka inginkan sesuatu hajat, atau minta kepada Allah s.w.t. sesuatu hajat, tetapi mereka berdoa kerana Allah s.w.t. yang menyuruh mereka berdoa, dan menjadikan doa itu ialah salah satu simbol ibadah kepada Allah s.w.t. Jika tidak, nescaya mereka tidak berdoa kepada Allah s.w.t. kerana mereka faham dan yakini bahawa, Allah s.w.t. Maha Mengetahui hajat kita walaupun kita tidak memberitahu kepada-Nya dengan doa tersebut. Jadi, doa itu sendiri bagi para sufi, ialah untuk menunjukkan rasa rendah diri kita kepada Allah s.w.t., kerana meminta-minta merupakan suatu sifat yang hina, maka berdoa dan meminta di hadapan Allah s.w.t. merupakan adab dan simbol rendah diri kita di depan Allah s.w.t. Mereka tidak berdoa kerana menginginkan sesuatu, tetapi mereka berdoa juga untuk merendahkan diri mereka kepada Allah s.w.t., kerana mereka yakin Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang hajat kita, tanpa perlu kita memberitahunya.
Maka, kefahaman para sufi dalam masalah doa dan tawassul merupakan mutiara yang terang dan jelas tentang aqidah mereka yang utuh dan mantap kepada Allah s.w.t.
Jadi, tawassul kepada Allah s.w.t. dalam pengertian ini, bukanlah suatu perkara yang syirik ataupun boleh membawa kepada syirik. Golongan yang cuba mengharamkan tawassul yang merupakan ajaran Islam, semata-mata kerana takut umat Islam akan menyembah selain daripada Allah s.w.t. dan melakukan syirik dengan menyembah para wali dan berdoa kepada selain Allah s.w.t., merupakan suatu usaha yang batil dan melampui. Ini kerana, perjuangan mereka berdasarkan su'uk adhon (buruk sangka) terhadap umat Islam yang bertawassul.
Mereka cuba membuang tawassul yang merupakan adab dalam berdoa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., semata-mata kerana takut umat Islam jatuh ke jurang syirik, adalah tidak berasas sama sekali.
Rasulullah s.a.w. sediri tidak takut umat Baginda s.a.w. kembali syirik dan menyembah selain daripada Allah s.w.t., kerana perkara tersebut tidak akan berlaku dalam umat Islam.
Renungilah hadis ini:
Seorang sahabat bernama Syaddad bin Aus bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "apa yang menyebabkan aku lihat pada mukamu (iaitu kemuraman)?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "aku memikirkan tentang perkara yang paling aku takut, yang akan berlaku pada umatku, setelah ketiadaanku". Syaddad bertanya: " Apakah yang akan berlaku?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syirik dan syahwat yang tersembunyi". Syaddad bertanya lagi: " Wahai Rasulullah, adakah umat kamu akan kembali mempersekutukan Allah setelah ketiadaanmu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syaddad…mereka tidak akan menyembah matahari, bukan, berhala dan batu, tetapi (yang aku takut ialah) mereka riya' dalam amalan mereka" Syaddad bertanya lagi, "adakah riya' itu syirik?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "ya". Syaddad bertanya lagi: "apa pula syahwat yang tersembunyi itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "seseorang berpuasa pada waktu paginya, kemudian, apabila timbul keinginan syahwat kepada dunia, dia aka membuka puasanya". (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim, dan hadis ini sahih dari sudut sanadnya).
Oleh itu, tawassul bukanlah pintu kepada syirik jika kita memahami tawassul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t. Ini kerana, syirik tidak akan kembali ke dalam jiwa umat Islam, kerana perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Rasulullah .s.a.w. Apa yang ditakuti hanyalah syirik kecil, iaitu penyakit riya' dalam beribadah, di kalangan umat Islam.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita untuk ikhlas dalam pengabdian kita kepada-Nya. Isu tawassul ini merupakan suatu isu yang tidak perlu menjadi titik perpecahan umat Islam, kerana ianya masalah khilafiyah, dan tidak ada kaitan dengan aqidah. Ikutilah pendapat majoriti ulama' Islam yang membenarkan tawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan para solihin kerana hujah mereka amat kuat daripada Sunnah.
Semoga Allah membantu kita semua dalam menghirup secebis keredhaan dan rahmat-Nya.
Al-Faqir ila Allah…
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Al-Azhar…Mesir…
Sumber:
Mafahim yajib an Tusohhah (Shiekh Al-Arif billah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki)
Fusul fi Al-Aqidah baina As-Salaf wa Al-Khalaf (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
As-Salafiyah Al-Mu'asoroh, munaqosyat wa rudud ( Sheikh Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman)
As-Salafiyah (Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti)
La dharo'I' li hadmi al-athar an-nabawiyah (Dr. Umar Abdullah Kamil dll
Subscribe to:
Posts (Atom)