Malam ni aku lepak minum dengan seorang kawan lama yang memang lama aku tak jumpa. Tak silap aku dekat 2 tahun lebihlah aku tak jumpa dia. Masa mula-mula aku mengenali dia dulu aku memang respek gila babaslah dengan member aku sorang ni. Perwatakan dia, gaya dia memang menampakkan ketokohan dia sebagai seorang ketua di pejabat, maklumlah sebagai seorang yang berjawatan besar sebagai GM di sebuah syarikat korporat terkenal tanah air sememangnya dia harus menampilkan sifat karismanya sebagai seorang bos atau ketua tapi bukan karisma kapoor yek..hehhehe..buat lawak jer. Tapi malam ni aku memang terkejut beruk dengan penampilan mamat ni yang dulunya memang seorang yang berpenampilan hebat tapi malam ni menggambarkan seolah-olah hidupnya tidak terurus selama ini dengan penampilan yang selekeh dan serabai aku tengok.
Aku sebenarnya serba salah jugak nak tulis kisah aku minum dengan member aku malam ni dalam blog aku yelah sebab mungkin bingkisan kartasis aku malam ni ada kaitan dengan kisah Aku dan GRO yang merupakan post paling top dalam blog aku ini. Tapi niat aku satu agar penulisan aku malam ni dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua terutama yang sudah berkahwin dalam mengharungi kehidupan berumah tangga. Kerana Al-Quran itu sendiri dipenuhi dengan sejarah-sejarah yang harus kita pegang sebagai pedoman dan panduan .
Allah SWT berfirman, “Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Rabb semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang diantara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.” (Asy Syu’araa: 195)
Asalnya dia mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia dengan dikurniakan anak-anak yang comel dan isteri yang baik. Suatu kehidupan yang cukup yang sempurna bagi insan. Semua telah berubah dalam sekelip mata apabila dia mula terjebak dengan hiburan malam yang pada mulanya sekadar untuk menemani kwn.Lama kelamaan mamat ni jadi ketagih dengan hiburan malam di sekitar Kuala Lumpur ni. Daripada seorang suami yang bertanggungjawab segala2nya telah berubah apabila dia terjerat dengan cinta wanita kupu-kupu malam. Perkenalan dengan seorang wanita kupu-kupu malam atau nama yang lebih popular GRO di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur telah menjalinkan satu hubungan yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah s.w.t.
Daripada kawan biasa terjalin hubungan sebagai kekasih gelap. Siang malam mamat ni duk bertenggek di kelab tempat GRO ni bekerja. Pernah satu malam tu sampai bermandi embun jantan lah duk tunggu GRO tu balik kerja. Isteri dan anak-anak terabai yelah dah hari-hari hidup yang dilalui hanya untuk menagih cinta dari GRO tu. Last sekali dia berjaya jugaklah dapat berkwn dengan GRO ni. Entahlah nak kata bercinta pung kira bolehlah dan kununnya dialah lelaki yang paling bertuah dalam dunia ni kerana dapat memikat GRO tu tapi dia tak sedar yang belakang dia GRO tu dah pasang berpuluh balak. Dia tu entah jantan yang keberapa.
Kenapa aku katakan hubungan mereka dikutuk dan dilaknat oleh Allah s.w.t dan dikutuk juga oleh seluruh makhluk langit dan bumi kerana mereka akhirnya bersekedudukan tanpa nikah dan zina tu kira rutin harian merekalah bak kata orang putih seks luar nikah ni kira sebagai sarapan pagi dan makan malamlah..hehheh..hancusss...last sekali dia pernah bagi tahu aku yang dia nak kahwin dengan GRO tu dan cuba nak suruh GRO tu berhenti kerja.. Alhamdulilah kalau betul niat dia mcm tu seperti yang aku kata dalam kisah Aku dan GRO tulah besar ganjaran pahalanya di sisi Allah s.w.t kalau dapat membimbing wanita seperti ini kejalan yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t tapi realitinya aku tengok bukan dia yang bimbing GRO tu tapi GRO tu yang membimbing dia...huhuhuhu.. Nasib kaulah labu. lepas tu aku terputus hubungan dengan mamat ni cuma dgr2 cerita dari kwn2 jerlah kisah dia.
Setelah hampir dua tahun berlalu dan aku ingatkan dia dah kahwin dengan GRO tu dan mungkin GRO tu sudah insaf dan telah memilih hidup sebagai seorang wanita Islam yang benar-benar mentaati perintah agama tapi Masya Allah, popuan tu still kerja sebagai GRO dan dia yang semakin parah aku tengok sehingga sanggup berhenti kerjalah semata-mata inginkan masa yang lebih lama dengan GRO...Masya Allah, aku tak tahu nak kata apa. Apbila aku tengok keadaan dia malam ni aku tahu dia menanggung azab dan bebanan mental dan emosi yang kritikal. Entahlah aku hanya mampu mendoakan semoga Allah beri kesedaran pada kawan aku ni.
Kalau cerita bab kahwin dengan wanita yang berkerjaya dalam keja-keja maksiat ni aku hanya respek sorang jer pada kawan aku ni yang boleh dikatakan aku panggil abang jugaklah. Bini pertama bekas GRO, Bini Kedua bekas gadis rumah urut dan Bini ketiga bekas pelacur tapi Allah memberi kekuatan kepada dia untuk mendidik ketiga2 bini dia ni dan Alhamdulilah aku pernah terjumpa kwn aku ni dgn ketiga-tiga bini dia. Ketiga bertudung labuh dan sorang buka taman asuhan, sorang jadi pembuat kek dan sorang guru mengaji Al-Quran. Subhanallah, memang benar hidayah itu milik mutlak Allah s.w.t. Selagi Allah tidak mencampak hidayah pada seseorang yang tersesat dalam hidup, tak payahlah kita duk nak bercerita perihal syurga nerakalah tak gunanya..Tapi kalau Allah campakkan hidayahnya pada seseorang hambanya yang tersesat, hambanya itu boleh kembalik ke jalanNya sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kepadanya.
Demi Allah bingkisan ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa kerana selagi kita hidup, kita akan sentiasa terdedah dengan ancaman berbentuk godaan dan tipu daya daripada Iblis dan Syaitan untuk kita terus melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kerana iblis pernah bersumpah “Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum aku tersesat, aku pasti benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus “ (Al-A’raf : 16).
Kita harus bersiap sedia dengan Iman dan Takwa kita untuk berhadapan dengan tipu daya iblis ini. Bingkisan ini sekadar pengajaran dan pedoman untuk kita agar sentiasa berwaspada dengan pintu-pintu kemaksiatan yang iblis dan syaitan menjadikannya suatu kelazatan dan kenikmatan walhal pintu-pintu maksiat itu adalah pintu kehancuran dan kecelakaan untuk kita sebagai hamba Allah......(Kembara Sufi)