Aku tak tahu nak mula menulis macam mana. Salina, nama seorang sahabat perempuan yang pernah menjadi sahabat baik aku sewaktu di sekolah dulu. Kami bersekolah sama semenjak Tadika sehingga UPSR tahun 1991. Kami bertemu kembali sekitar tahun 1997 hingga 1998 kerana mengambil STPM di sekolah yang sama dan tahun berikutnya kami terputus hubungan kerana sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti.
Nak dijadikan cerita aku dengan dia bertemu kembali dalam bulan ni tahun 2011. Dia masih macam dulu kecik molek orangnya tapi aku terkejut apabila dia menyatakan dia berstatus Ibu Tunggal ...Dari air muka dia aku tahu dia menyimpan 1001 penderita sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan seorang ibu. Aku cuba mencungkil rahsia hidupnya apabila dapat peluang untuk menyembang dengannya . Pertama sekali perkahwinan atas dasar pilihan orang tua sekitar awal tahun 2007 telah memulakan satu episod hitam dalam hidupnya. Bekas suaminya boleh dikatakan seorang yang panas baran, penagih tegar pil kuda dan seorang pengganggur.
Walaupun dirinya diabaikan oleh suami namun sebagai seorang isteri yang taat pada suami Salina hanya mendiamkan diri apabila dimaki hamun oleh sang suami. Bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti Utara tanahair menuntut Salina memberi pelbagai komitmen dalam kerjaya dan keluarga. Segala perbelanjaan harian, keluarga dan segala-galanyalah semua menjadi tanggungan Salina. Untuk menampung perbelanjaan keluarga Salina terpaksa mencari duit lebih dengan mengajar di kolej-kolej swasta, Hatinya tetap redha dan sabar menerima ujian ini. Aku hanya diam membisu mendgr luahan kisah hitamnya.
Sabar wanita itu ada batasnya...kemuncak kesabarannya apabila si isteri terjumpa beberap pil najis dadah menggegar iman seorang isteri. Sebelum ni dia tetap bersabar walaupun di maki hamun, dipukul dan menanggung bebanan hutang angkara suami durjana tetapi kali ini dia nekad untuk menuntut fasaks di Mahkamah Syariah sehingga jatuh talak 1 oleh seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Sekarang dia meneruskan perjuangan hidupnya sebagai seorang ibu tunggal. Dia ingin melupakan segala kisah pahit dan kisah dukanya dalam hidup berumahtangga walaupun hari ini dia terpaksa menanggung segala-galanya hasil perbuatan bekas suaminya dulu.
Aku hanya mampu tersenyum mendengar ceritanya. "Begitulah apabila Allah berbicara dengan hambanya tentang kesabaran dan keikhlasan". Jauh disudut hati aku, tercuit rasa kagum pada Salina atas ketabahannya sebagai seorang wanita. Allah menemukan dulu dengan jodoh yang salah pada dia sebagai bentuk ujian dan dugaan kepadanya. Insya Allah, jodoh yang tepat dan betul akan dia ketemui suatu hari nanti untuk menikmati sebuah rumah tangga yang akan berkekalan hingga ke syurga akhirat.
Itulah tabahnya seorang yang bernama wanita. (Kembara Sufi)