Ada sorang kawan aku tanya aku semenjak bila aku bergiat aktif dalam penulisan blog ni. Aku jawablah baru sebulan jer aku mula belajar-belajar jadi penulis blog ni bukan apa sekadar mengisi masa yang terluang sebab aku memang minat menulis semenjak belajar universiti lagi dan kalau tak silap aku adalah 2 atau 3 cerpen aku pernah keluar dalam akhbar masa belajar kat universiti dulu tapi tu dah lama benar dah tu. Ada yang suruh aku menulis hal-hal politik tapi aku kurang berminat untuk menulis hal-hal politik dalam blog aku ni.
Tujuan aku buat blog hanyalah satu untuk aku menulis tentang kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan kesedaran kepada orang lain terhadap apa jua kisah yang pernah aku tempuhi sepanjang kehidupan aku atau kisah orang-orang disekeliling aku kerana aku sendiri pung bukannya baik sangat dulu cuma hari ini aku ada kesedaran untuk kembali berada atas landasan agama di mana aku peranah tersasar suatu ketika dulu dari landasan itu. Alhamdulilah hari ini aku kembali mengenal tuhan, kembali mengenal apa itu dosa dan pahala dan kembali mengenal diri sebagai hamba tuhan yang sebenarnya.
Dan boleh dikatakan semua cerita-cerita dalam blog aku ini ada kaitan dengan hidup aku kerana bagi aku, manusia yang baik ialah manusia di mana orang lain boleh mengambil iktibar pedoman daripada hidupnya.
Dan boleh dikatakan semua cerita-cerita dalam blog aku ini ada kaitan dengan hidup aku kerana bagi aku, manusia yang baik ialah manusia di mana orang lain boleh mengambil iktibar pedoman daripada hidupnya.
Aku berkawan dengan semua lapisan masyarakat, ada yang ustaz, ada yang kaki maksiat, ada yang kaki pukul, ada yang jadi mat dadah, ada yang jadi kutu berhak kat KL dan itu semua adalah pengalaman hidup aku yang cukup mahal dan tak boleh dijual beli dgn wang ringgit. Aku masih teringat kata-kata seorang kawn aku pada aku yang mengakui aku telah khatam dalam Universiti Kehidupan.
Sebab itu blog aku dinamakan kembara sufi kerana ia merupakan sebuah catatan kembara kehidupan manusia yang ingin mencari redha tuhannya. Aku menulis blog bukan untuk apa-apa tapi niat aku hanya satu untuk menjadikan ia sebagai medium dakwah kerana aku ingin berkongsi segala-galanya cerita yang boleh menimbulkan keinsafan kepada manusia agar kembali kepada jalan agama dan kembali sujud kepada pemilik dunia ini dengan hati yang benar-benar ikhlas tanpa ada sifat-sifat munafik dalam diri.
Adeii..jam telah menunjukkan pukul 1.30 pagi dah ni...aku rasa cukup setakat ini dulu catatan diari kehidupan aku hari ni. Insya Allah kita bersua lagi...semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam bermujahadah untuk mencari redhanya. wasssalam (Kembara Sufi)