Keadaan kesihatan aku agak tidak baik sejak akhir-akhir ini. Aku pun tak tahu kenapa. 3 klinik kerajaan aku dah pergi buat pemeriksaan kesihatan tapi doktor yang memeriksa aku kata aku tidak sakit apa-apa. Aku kembali teruk semalam waktu aku nak balik dari pejabat. Tiba-tiba datang perasaan gelisah yang sangat. Aku rasa macam roh aku meronta-ronta nak tercabut keluar dari jasad aku untuk terbang mencari seseorang. Otak aku seperti tidak berfungsi dan bagai ada sebilah pisau yang tajam ditikam pada umbun-umbun kepala aku. Betapa seksa dan azab yang aku tanggung pada masa tu Allah jua yang tahu.
Aku mengalir air mata tanpa disedari dan aku sedar ini adalah ujian Allah yang terpaksa aku tanggung selamat hampir 5 tahun ini. Last sekali otak aku jadi jem dan seluruh saraf aku seperti tidak berfungsi. Adakah kematian akan menjemput aku di saat aku keseorang sambil memandu. Kilauan cahaya mentari petang lebuhraya Mahameru mengkaburkan pemandangan mata aku. Hiruk pikuk kesesakan lalulintas lebuhraya Mahameru sudah aku tak pedulikan. Aku memperlahankan kereta aku ke tepi susur masuk ke geleri perdana. Aku pejamkan mata aku dan air mata aku mengalir. Seluruh anggota tubuh aku terlalu lemah.
Kepala aku sakit berdenyut dan ingatan pada sebuah objek datang bagaikan menggila dalam otak aku. Aku cuba melawan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran tapi Objek itu bagaikan menggila menerpa dalam otak aku. Aku pasrah sekiranya ajal aku telah tiba pada waktu tu. Setelah aku cuba menenangkan fikiran aku dan berulang2 membaca ayat qursi, 3 qul, surah al-hasyr dan beberapa zikir dari Ratib Al-Hadad, aku mendapat sedikit kekuatan untuk memandu sehingga ke rumah. Alhamdulilah selesai solat Magrib, aku membaca surah al-jin dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar melindungi aku dari kejahatan dan bahaya setiap makhluk ciptaanNya.
Aku gagahi jugak untuk berjemaah Isyak di Masjid. Selesai solat insyak di Masjid semalam, aku menghubungi guru-guru aku di beberapa buah Pondok Pengajian Agama di Kelantan. Tok Guru Ayah Mat anak kepada Almarhum Tok Guru Hj Daud Bukit Abbal akan buat Majlis Tahlil dan Taklim Hadat Iblis bersama anak-anak muridnya khusus untuk membantu aku bagi menghadapi serangan ini kata sahabat aku Ustaz Basir Pondok Moden Kandis.
Balik dari Masjid aku rasa tubuh aku lemah sangat dan tak semena seluruh tubuh aku meremang keseraman yang melampau. Last aku kena mcm ni masa 1 syawal ari tu. Aku kembali pulih selepas berubat dengan beberapa orang tok guru pondok di kelantan. Aku terkejut apabila ust basir kata ini semua angkara seseorang yg pernah rapat dengan aku satu ketika dulu dan orang itu ingin aku jadi gila atau mati. Lemah seluruh saraf aku apabila aku dgr kata-kata ust basir setelah mereka selesai membuat majlis Taklim dan Tahlil Hadat Iblis untuk membantu aku. Kadang2 aku juga jadi buntu dan bengong betul atau tidak kenyataan tu. Tapi kalau betul, apa dosa aku pada orang itu sehingga sejauh itu dia tergamak bertindak pada aku. Air mata aku mengalir deras, sambil aku menadah tangan berdoa " Ya Allah, andai ini takdirmu untuk hidup aku, aku terima dengan Redha Ya Allah".
Aku letih sangat malam tu, bulu romo aku meremang keseraman seolah-olah ada makhluk lain sedang ada dengan aku. Kepala aku berpusing2 seperti kena ganja. Aku tak keluar kemana-mana malam tu. Aku habiskan malam tu dengan melakukan solat hajat pohon pada Allah agar dilindungi aku daripada segala kejahatan-kejahatan dan bahaya setiap makhluk ciptaanNya seperi Ibilis, Syaitan, Jin dan Manusia. Berulang2 kali aku mengulangi bacaan zikir Ratib Hadad, surah Yassin dan Surah Al-Jin. Kepala aku semakin sakit yang amat sangat dan aku tak mampu berdiri seolah urat saraf aku telah dikunci.
Aku hanya mampu melawan benda ni dengan zikir-zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dijadikan ayat-ayat Ruqyah dalam perubatan Islam. Sekali lagi aku terima panggilan dari Ustaz Iqram yang merupakan pembantu kepada Syeikh Abdul Aziz Al-Fathani yng merupakan ulama tasawuf tersohor dari Thailand. Ustaz Iqram menasihati aku agar hati2 malam itu kerana aku dalam keadaan amat merbahaya dan mintak agar aku jangan putus hubungan dengan Allah kerana ada orang cuba menggunakan ilmu hitam untuk mengambil Roh aku agar aku jadi gila dan kalau boleh ingin aku mati.
Aku hanya mampu melawan benda ni dengan zikir-zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dijadikan ayat-ayat Ruqyah dalam perubatan Islam. Sekali lagi aku terima panggilan dari Ustaz Iqram yang merupakan pembantu kepada Syeikh Abdul Aziz Al-Fathani yng merupakan ulama tasawuf tersohor dari Thailand. Ustaz Iqram menasihati aku agar hati2 malam itu kerana aku dalam keadaan amat merbahaya dan mintak agar aku jangan putus hubungan dengan Allah kerana ada orang cuba menggunakan ilmu hitam untuk mengambil Roh aku agar aku jadi gila dan kalau boleh ingin aku mati.
Tapi siapa yang pernah rapat dengan aku yang tergamak buat ini semua???/ kenapa sampai tahap ini dia ingin lihat aku jadi gila ?? Rohayu??? walaupun ada di kalangan rakan-rakan mengagak mungkin semua ini berpunca dari rohayu. Tak mungkin malah aku tidak akan percaya Rohayu akan tergamak buat aku sampai tahap macam ni kerana aku tidak pernah berbuat jahat pada dia sepanjang aku mengenali dia malah aku sentiasa memberi sokongan kepada hidupnya. Aku juga tidak pernah mengambil kesempatan pada dirinya walaupun dia seorang GRO pada waktu tu. Aku menghormati dia sebagai wanita yang bermaruah. Memang aku memutuskan hubungan dengan dia secara mengejut kerana itu jalan yang terbaik untuk hidup aku..Cukuplah hampir 4 tahun hidup aku penuh dengan sengsara sepanjang berkawan dengan dia dan aku tak mahu jumpa dia lagi , aku ingin tinggalkan segala kisah2 buruk tentang hidup dia yang selalu singgah di telinga aku. Last aku jumpa dia ari tu masa aku bercuti di kampung halamanya di Utara tanahair, itu pun setelah didesak oleh dia berulang kali untuk aku datang ke sana.
Aku telah bertekad itu adalah yang terakhir aku menemui dia dan aku seboleh2nya tidak mahu mencetus apa-apa pergaduhan dengan dia sewaktu aku bercuti menemui dia dahulu dan aku ingin mengakhiri hubungan persahabatan dngn rohayu dengan cara baik agar tidak ada dendam antara kami. Alhamdulilah aku mengakhiri percutian itu dengan baik dan aku berulang2 kali mengucapkan terima kasih kepada rohayu dan juga keluarganya kerana melayani aku sebagai tetamu dengan sebaik mungkin. Aku telah memaafkan dia dan aku telah halalkan segala2nya.
Keadaan aku semakin baik walaupun keletihan itu masih ada. Aku tolak ketepi soal siapa dan mengapa orang itu mengenakan ilmu hitam ini pada aku, aku hanya menganggap ini semua ujian dari Allah untuk mengangkat darjah aku ketahap yang lebih tinggi di sisinya......Hari ini aku hanya ingin hidup di atas jalan keredhaan Allah dan Rasul........(Kembara Sufi)