Rumah

Tuesday, July 31, 2012

Catatan Ilmu 7 Kendi

 

Pagi ini, 12 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2012, agak keletihan pagi ni kerana semalam aku balik rumah agak lewat sekitar 2 pagi kerana membantu guruku yang sampai dari Kelantan untuk merawat isteri seorang jemaah dekat Kajang...Peristiwa merawat seorang akak dirumahnya tadi bermain di mindaku dan fikiran aku jugak agak terganggu dengan kejadian yang aku saksi semasa membantu guruku merawat akak tu..Menurut suaminya sebelum puasa lagi isteri nya sakit dan tidak boleh bangun kerana menghadapi gangguan saraf, puas berubat di hospital, dr mengatakan isterinya tidak sakit apa2 dan termasuk jugak dr pakar gagal mengesan sakit isterinya. Setelah puas berusaha melalui rawatan moden last sekali dr di hospital menyuruh suaminya berusaha menggunakan kaedah rawatan Islam.  

Melalui soal jawab akak tu dengan guruku, dia  menyatakan hampir tiap2 malam dia didatangi 2 orang makhluk lelaki yang pendek, muka hitam dan terlalu hodoh. Tiap2 malam akak tu akan bersetubuh dgn makhluk itu...Proses rawatan tadi berjalan hampir 2 jam dan akak tu sentiasa cuba untuk melarikan fokus guruku semasa sesi rawatan dijalankan. Aku sendiri tidak henti mulut berkumat kamik dengan membaca ayat Qursi 7 penjuru disamping membaca hizib2 seperti hizib Bahr bagi membantu guruku disamping membenteng diriku sendiri dari makhluk halus kerana tubuh aku agak sensetif dengan makhluk halus ni. Setelah menjalani rawatan bersama guruku tadi keadaan akak tu nampak agak lega...

Guru aku bertanya pada akak tu ada mengambil apa2 amalan sewaktu muda..akak tu tunduk lesu dan diam. Berkali-kali guru aku bertanya tetapi akak tu menafikan dia ada belajar-belajar apa ilmu semasa zaman mudanya. Setelah diasak bertubi2 oleh guruku barulah akak tu mengaku dia ada mengamalkan ilmu masa muda dulu iaitu ilmu penaik seri wajah di mana dia akan menarik perhatian setiap lelaki dan memana2 lelaki yang melihat wajahnya akan terpikat dgnNya. Ilmu itu jugak untuk memberi nikmat yang luar biasa seseorang pengamal dalam melakukan hubungan sex bersama lelaki, banyak kes-kes penceraian yang melibatkan pengamal ini berlaku kerana mereka gagal puas dalam hubungan seks bersama suami. Last sekali suami terpaksa menceraikan kerana tidak mampu memuaskan nafsu seks si isteri yang mengamalkan ilmu ini. Akhir sekali syaitan dan Iblis yang mendampingi wanita2 pengamal akan menuntut habuan mereka iatu ingin melakukan hubungan seks dengan wanita pengamal. Pengamal dengan iblis atau syaitan yang mendampinginya akan menjadi seperti suami isteri.

 Mana-mana saja wanita ini pergi dia akan sentiasa menjadi perhatian lelaki kerana ilmu 7 Kendi ini atau Ilmu penaik seri wajah ini. Ghairah lelaki juga akan menjadi melampau2 kalau melihat wajah si pengamal, Itulah serba ringkas tentang ilmu 7 Kendi yang akan faham setelah diterangkan oleh guruku .Begitulah yang berlaku pada kes akak ni, pada usianya sekarang lewat 50an, dia terpaksa menanggung akibat masa lampaunya. Dua orang lelaki pendek yang berwajah hitam dan hodoh yang datang padanya tiap-tiap malam untuk bersetubuh dengan dia adalah iblis dan syaitan yang mendampingi hidupnya selama ini....Guruku menyuruh akak itu perbanyakkan solat sunat taubat, mohon keampunan kepada Allah atas dosa2nya itu.. Suami akak itu mengalir airmata mendgr pengakuan ikhlas isterinya itu yang dinikahinya hampir 30 tahun. Kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa akak tu..(Kembara Sufi)