Alhamdulilah, genap seminggu blog kembara sufi ini wujud dan yang paling buat aku terkejut apabila melihat post "Aku dan Gro" menjadi post yang paling hangat dan paling hit dalam blog aku sehingga mencecah 200 pembaca dalam satu hari yang membaca post "Aku dan Gro". Banyak respon yang menyatakan cerita "Aku dan Gro" boleh dikembangkan lagi sebagai sebuah cerpen atau novel.
Hakikatnya 'Aku dan Gro" adalah hanya secepis pengalaman yang aku kutip sepanjang aku berkelana di atas muka bumi Allah sepanjang 32 tahun . Penulisan "Aku dan Gro" bukanlah niat aku untuk menghentam wanita kupu-kupu malam atau nak menghukum mereka yang tidak bernasib baik ini, tidak sama sekali kerana manusia tidak layak untuk menghukum sesama manusia. Hanya Allah sahaja yang layak menghukum manusia. Kita harus ingat keampunan Allah itu terlalu luas untuk hamba-hambanya dan dalam hadith Qudsi Allah s.w.t ada menyatakan "Kasih Sayangku Mengatasi Kemarahanku"
Dalam Hadith Rasullulah juga ada menceritakan bagaimana seorang wanita pelacur yang telah memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan telah dipilih oleh Allah untuk memasuki syurga. Hidayah itu milik mutlak Allah s.w.t dan manusia tidak berhak untuk menilai syurga atau neraka seseorang itu dan mungkin hari ini mereka hidup dalam kesesatan dan kemaksiatan kepada Allah tapi Allah berkuasa untuk memilih mereka berada ditempat hamba-hambanya yang soleh dan mendapat keampunan dan keredhaanNya pada hari esok. Itu diluar jangkaan kita sebagai manusia yang lemah.
Ada yang memberi respon dan bertanya kepada aku dalam email siapa "Rohayu"...tidak perlulah aku mencerita lebih lanjut tentang siapa watak "Rohayu" dalam cerita "Aku dan Gro" dan biarlah watak "Rohayu" itu aku simpan dalam liputan sejarah aku...hehehe..pehhh ayat jiwang gila siottttt....ok..ok..kita serius balik.
Kalau kartunis Tembakau pernah menghasilkan karya Agungnya iaitu "lagenda Cinta Kartini", Dato' A.Samad Said dengan karya "Salina"nya sehingga diangkat sebagai karya Agungnya dan biarlah "Rohayu" menjadi karya Agung aku walaupun novel tentang kisah "Rohayu" tak dapat aku siapkan...huhuhuhu....oklah aku dan mengantuk bangat ni, jam telah menunjukkan pukul 1.20 pagi, esok aku keja bro n sis..hehhe..
oklah lupakanlah tentang cerita "Aku dan Gro" tu kerana Insya Allah banyak lagi cerita-cerita yang menarik yang boleh mendatang keinsafan yang akan aku paparkan dalam blog kembara sufi ini..Thanks for u all kerana support blog aku , dalam masa seminggu aku buat blog ni dah nak mencecah hampir seribu pembaca..Semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan-kejahatan yang hadir dari Iblis dan Syaitan yang dilaknat...Assalamualaikum,,,,,,, (Kembara Sufi)