Rumah

Sunday, November 27, 2011

Cerita Sebuah Cinta


Kadang-kadang kita terpaksa berkorban untuk kebahagian orang lain. Kenapa aku berkata begitu kerana  kalau disebutkan soal pengorbanan aku rasa akulah manusia yang paling banyak berkorban untuk hidup orang lain. Akhir sekali orang langsung tak menghargai pengorbanan aku..mungkin sapa2 yang membaca penulisan aku ni anggap aku poyo...lantak ko oranglah nak anggap aku poyo ke apa ke dah blog aku suka hati akulah...hehehhe..jangan mare, gurau jer...Aku pernah bercinta dan pernah bertunang dengan seorang anak tokoh jutawan yang asal dari Kuantan yang bergelar Dato'.. Kalau aku sebut tokoh tu mungkin ko orang kenal tapi biarlah rahsia. Biar aku gelarkan bekas tunang aku ni sebagai anies. Mak bapak dia memang tak suka gila dekat aku maklumkan aku baru habis U masa tu kerja pung tak ader hidup terkontang kanting kat KL ni. Kira anieslah banyak tanggung hidup aku selepas aku habis U dulu.  Aku sebenarnya takderlah perasaan sangat pada anies tapi mungkin  sebab kesungguhan dia mengambil berat pada aku masa tu menyebabkan aku juga turut mencintainya lama kelamaan.. Walaupun sebelah mata pung mak bapak dia tak pandang aku tapi sebab anak  dia orang nak jugak dekat aku maka bertunanglah aku..

Cinta memang ajaib, dalam banyak2 lelaki yang nak ayat si anies ni aku jugak yang dia nak. Mungkin sebab aku selalu  menjadi tempat dia meluahkan kesepian dan kesunyian hidupnya. Dia memang seorang anak gadis yang hidup dalam kemewahan, gila ko umur 19 tahun dah pakai Kereta Honda Jazz dalam sekitar 2003 masa tu. Belajar kat Kolej Damansara Utama pulak tu.  Aku terpaksa ikut sahaja kehendak si anies maklumlah segala2 hidup aku dia yang urus dan aturkan. Bagusnya si anies ni, dia  sangat ambik berat tentang mak ayah aku kat kampung. Tiap-tiap bulan ada saja barang-barang yang dia belikan sebagai hadiah untuk mak ayah aku dan mak aku amat sayang pada si anies ni. Tapi sikap dia yang amat mengokong aku buat aku jadi rimas. Last sekali dalam sekitar 2006, hubungan aku dengan anies jadi agak tak menentu sejak dia balik pindah kat kuantan. Kalau dulu dalam sehari dekat 30x dia akan tel aku, tanya aku duk buat apa..dah makan ke belum..cuak jugak aku perubahan mendadak si anies ni...dalam seminggu nak tel aku pun susah n than kalau aku tanya alasan dia dia akan kata dia sibuk dengan kuliah..Akhirnya, anies memutuskan pertunangan aku dengan dia tanpa apa2 alasan..puas aku cuba bertanyakan puncanya tapi aku gagal mendapat jawapan dari anies..sasau jugak aku dibuatnya... akhirnya aku pujuk hati aku dan redha dengan ketentuan tuhan.

Akhirnya aku berkenalan dengan Rohayu.  Pada mulanya aku ingin mengenali Rohayu hanya kerana simpati dengan kisah-kisah silam hidupnya. Aku terlalu ingin mendekati dan mengetahui kehidupan Rohayu sebagai seorang GRO. Aku menjadi rapat dengan Rohayu. Aku pernah bawak Rohayu berjumpa dengan family aku.. Aku memang tak kisah kalau semua family aku, makcik2 aku atau pakcik2 aku nak kutuk aku dan aku nekad nak kenalkan rohayu pada mereka. Aku amat bersimpati dengan hidup rohayu dan demi Allah aku nak bimbing dia tentang agama (hehhe..hidup aku pun tak betul masa tu nak bimbing orang kononnya..hehe). Aku selalu bagi tahu pada rohayu,  aku akan selalu ada jika dia memerlukan aku (Sekali lagi ayat poyo dan jiwang giler dari aku..heheh).Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memenuhi setiap permintaan rohayu dan sekiranya dia ada masalah, aku akan berusaha sebaik mungkin untuk cuba menyelesaikan masalah yang menimpa dia.  Setiap kali dia nak balik kampung aku tak pernah lupa untuk kirimkan buah tangan untuk mak dan ayahnya termasuk adik2nya.

Ramai kawan-kawan aku kata aku bodoh buat itu semua pada seorang GRO yang hanya layak untuk menjadi tempat lempias nafsu seks semata-mata. " Kau buat semua ni, apa yang kau dapat? bukannya kau boleh tidur dengan dia pung. Aku nampak mcm bodoh jer kau ni" berdesing telinga aku mendengar kata-kata tu tapi takper aku tetap sabar dan itulah harga yang terpaksa aku bayar.  Biarlah orang nak kata apa pun dekat aku tapi aku puas dapat buat baik pada rohayu dan aku memang menghormati rohayu sebagai seorang wanita yang bermaruah walaupun aku tahu kerjaya dia itu menuntut dia berada dalam pelukan ramai lelaki.. Setiap malam dia akan bertukar lelaki untuk memeluknya. Adeiii...sebaklah pulak nak meneruskan penulisan ini.

 Amat nyata aku telah mengherat hidup aku dalam kekalutan ini semua..tapi aku tertanya2 jugak betul ke ini semua sedangkan rohayu amat sopan apabila berada di sisi aku sedikit pun dia tidak menunjukkan perwatakan sebagai popuan liar...aku tertanya2 sendiri pada diri aku...Rohayu pernah ditangkap oleh polis kat Clubbing goyang kepala. Aku tercengang, dan melalui maklumat yang aku dapat dia positif Estsy. Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaan seseorang itu apabila ambik Estsy dan masuk clubbing goyang kepala. Aku tanya dia kenapa ambik ini semua, tak fikir ke ibu dia kat kampung dan adik2 dia yang masih kecil. Macam mana kalau mak dia kat kampung tahu dia kena tangkap sebab telan Estsy. Dia menyesal buat itu semua. Dia cakaplah dan dia janji pada aku tak akan buat lagi benda ni. Berbuih mulut aku bagi kutbah agama kat rohayu masa tu.  Aku cuba ikut geng-geng polis narkotik pergi satu tempat clubbing goyang kepala kat jalan klang lama. Atas ajakan  kawan aku yang jugak bahagian perisikan narkotik Bukit Aman. 

Adei..betapa terukkkkkkkkkk....betapa dah tak betul aku tengok minah-minah yang kena estsy dalam kelab tu....memang gila, mcm kena rasuk iblis sekor2 dalam tu dan semua telan estsy dah kokein duk beromen disegenap penjuru....Aku dah lah tak minum arak, minum air coke jerlah..buat2 layan kepala konon.. Setiap anak2 muda tak kira laki dan ppopuan menari dengan  cukup lucah selucahnya setiap penjuru tempat dalam clubbing tu..Aku tunduk memandang lantai...aku pejam mata rapat-rapat....Mungkin inilah keadaan Rohayu waktu kena tangkap dengan polis kat clubbing goyang kepala ari tu. Kawan aku offer seorang GRO Cina untuk teman aku, tapi aku menolak cara baik, aku datang situ niat aku nak tengok bagaimana keadaan manusia yang telah estsy dan layan muzik membingitkan. Memang teruk dan memang dasyat perlakuan setiap mereka.. Aku menarik nafas panjang dan istigfar dalam2...aku mintak diri pada kwn2 polis aku yang dah tak berapa waras dah semua pada masa tu... 

Pulang ke rumah aku meneruskan penulisan novel aku untuk bab seterusnya setelah melihat sendiri dengan kepala aku keadaan orang yang dah separuh gila telah pill tu. (Adeii, tiba-tiba mood aku hilang lagi malam ni untuk terus menulis kisah ini dalam blog aku...huhuhu..aku sambung baliklahn ada mood nanti...insya Aku habiskan kisah ni sehingga aku booking Flight Air asia untuk menziarah rohayu..sori yek...aku takder mood lagi menulis malam ni...hehehhe..)






Wednesday, November 23, 2011

Jangan Sabotaj Blog aku...............

Kepada anasir-anasir jahat...jangan cuba sabotaj blog aku..aku tidak pernah komen apa-apa pasal politik di mana-mana blog politik.....aku terkejut apabila ada komen aku di beberapa blog balaci-balaci poltik..tolong sangat kepada anasir2 jahat itu...jangan babitkan blog aku dengan mana2 sengketa politik

Monday, November 7, 2011

Tawasul Dalam Islam: Satu Pencerahan



(Artikel ini telah diberi kebenaran oleh penulis asal untuk saya siarkan di blog saya. Penulisnya adalah Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (Kembara Sufi) )

Isu tawassul sebenarnya merupakan suatu isu yang berkaitan dengan bagaimana kaedah berdoa, bukan berkaitan dengan aspek aqidah seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah golongan Wahhabi dan orang-orang yang terpengaruh dengan pemikiran mereka, walaupun tidak mengaku Wahhabi.

            Ada yang cuba memberi kesamaran kepada masyarakat awam, dengan mengatakan, tawassul dalam Islam hanya bermakna, kita meminta seseorang yang hidup untuk berdoa kepada Allah s.w.t. untuk kita.

            Makna yang sempit ini bukanlah makna sebenar tawassul dalam Islam, bahkan ia merupakan satu bahagian daripada tawassul dalam Islam. Maka, takrif tawassul tersebut tidak merangkumi seluruh intipate tawassul dalam Islam.

Definisi Tawassul:

            Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa, tawassul dari segi bahasa ialah, mengambil wasilah (perantaraan) bagi mencapai sesuatu yang diingini.

            Tawassul kepada Allah s.w.t. bermaksud: mengambil perantaraan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat pahala dengan mengambil jalan perantaraan dan sebab yang membawa kepadanya.

            Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan carilah wasilah (perantaraan) kepada-Nya. (Al-Ma'idah: 35)

            Jenis-jenis tawassul yang disepakati ulama' tentang keharusannya:

1)Tawassul kepada Allah s.w.t. dengan zat Allah s.w.t.. Ianya berdasarkan firman Allah s.w.t.: "bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127)

2)Tawassul dengan nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya. Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "bagi Allah nama-nama yang mulia, maka berdoalah dengannya" (Al-A'raf: 180)

            3)Tawassul dengan amal soleh. Hal ini berdasarkan doa yang disebutkan di dalam Al-Qur'an "wahai Tuhan kami, sesunnguhnya kami beriman, maka ampunilah kami…" (Ali- Imran: 10)

            Adapun jenis-jenis tawassul yang diperselisihkan oleh para ulama' tentangnya ialah, tentang tawassul kepada Allah s.w.t. dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi a.s., para malaikat dan para solihin.

            Sheikh Syed Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki r.h.l. menegaskan bahawa, para ulama sebelum Ibn Taimiyah sepakat tentang keharusan bertawassul dengan diri Rasulullah s.a.w. dan para solihin, sehinggalah datang Ibn Taimiyah lantas menyalahi pendapat para ulama' sebelumnya.

            Sebenarnya, kebanyakkan para ulama empat mazhab bersepakat tentang keharusan bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang soleh, menurut pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

            Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. mengharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. semata-mata, tidak boleh baginya, bertawassul dengan selain Rasulullah s.a.w.

            Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengandaikan bahawa, golongan yang membenarkan tawassul kepada Rasulullah s.a.w. sahaja, kerana bagi mereka, hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang telah dijamin sebagai ahli syurga dan diredhai Allah s.w.t., sedangkan orang-orang soleh yang lain belum pasti diredhai Allah s.w.t.

            Menurut beliau, qiyasan ini tidak tepat kerana ianya menghukum tentang sesuatu perkara yang ghaib.

            Hakikatnya, kita bertawassul kepada orang-orang yang soleh kerana husnu-dhon (pra sangka baik) kita terhadap Allah s.w.t. dan para solihin, yang mana, mudah-mudahan Allah s.w.t. meredhai mereka.

            Adapun khilaf baru dalam Islam, tentang tawassul dengan Rasulullah s.a.w., lahir dari Ibn Taimiyah kerana menurutnya, tidak boleh bertawassul dengan si mati sedangkan Rasulullah s.a.w. telahpun wafat. Adapun tawassul yang dibolehkan hanyalah tawassul dengan orang-orang yang masih hidup. Dalil yang beliau gunakan ialah tentang hadis di mana Saidina Umar Al-Khattab bertawassul dengan Al-Abbas setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. dalam meminta hujan kepada Allah s.w.t. Sebelum Ibn Taimiyah, dapat dilihat kesepakatan ulama bahawa, diharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. samada ketika baginda hidup mahupun setelah kewafatan Baginda s.a.w.

Dalil Keharusan bertawasssul dengan Rasulullah s.a.w. sewaktu hidup dan setelah kewafatan Baginda s.a.w.:

            Seorang buta bertemu Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah supaya Allah menyembuhkannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mengajarkannya tentang suatu amalan, agar Allah s.w.t. memperkenankan hajatnya.

            Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ambillah wuduk dan perelokannya, kemudian solat dua rakaat. Setelah itu, berdoalah dengan doa ini: "Wahai Tuhanku, aku berdoa meminta kepada-Mu dengan Nabimu, Nabi rahmat, wahai Muhammad, aku mengadap Tuhan-Ku dengan (perantaraan) mu, dalam meminta hajatku, maka perkenankanlah hajatku…"

            Setelah lelaki buta itu berdoa dengan doa itu, Allah s.w.t. menyembuhkan penyakitnya.

            Hadis ini riwayat Ahmad, An-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Huzaimah.

            Menurut Al-Baihaqi, Al-Haithami, At-Tabari, dan Az-Zahabi, hadis ini hadis sahih.

            Hadis ini menunjukkan secara jelas, tentang kebolehan atau keharusan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan betawassul dengan Rasulullah s.a.w., secara mutlak, tanpa terbatas dengan kehidupan Baginda s.a.w. semata-mata.

            Pendapat yang menolak tawassul setelah kewafatan Baginda s.a.w. tidak tepat kerana hadis ini mutlak, tentang doa bertawassul dengan Rasulullah s.a.w., tidak kira sama ada ketila Baginda s.a.w. hidup ataupun setelah Baginda s.a.w. wafat.

            Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi r.a., Imam At-Tabari turut meriwayatkan bahawa, para sahabat masih menggunakan lafaz doa tawassul tersebut setelah kewafatan Baginda s.a.w. (Mafahim yajib an-tusohhah)

Dalil yang lain: Tawassul Adam dengan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

            Takkala Nabi Adam a.s. melakukan kesilapan, beliau berkata: : "Wahai Allah, dengan hak Muhammad, ampunkanlah aku." Allah s.w.t. berfirman: " Wahai Adam, bagaimana engkau mengenali Muhammad, sedangkan aku belum menciptakannya lagi?

            Nabi Adam a.s. menjawab, takkala engkau menciptakan aku dengan tangan-Mu (kekuasaan-Mu), dan meniupkan ke dalamku roh-Mu, aku mengangkatkan kepalaku lantas terlihat di arasy ada tertulis, "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad ialah Rasulullah". Maka, aku tahu, engkau tidak akan meletakkan suatu nama beriringan dengan nama-Mu, melainkan engkau teramat mencintainya."

            Allah s.w.t. berfirman: "benar wahai Adam. Dia (Muhammad) sangat ku cintai, maka, berdoalah dengan haknya, sesungguhnya aku telah mengampunimu. Ketahuilah bahawasanya, kalau tidak kerananya (Rasulullah s.a.w.) nescaya aku tidak menciptamu."

            Hadis riwayat Al-Hakim, As-Suyuti dan Al-Baihaqi. Menurut Al-Hakim dan As-Suyuti, hadis ini hadis sahih. Menurut Al-Baihaqi, hadis ini tidak paslu. Hadis ini juga turut disahihkan oleh Al-Qostolani, Az-Zarqoni dan As-Subki.

            Hadis ini juga ada jalan yang lain, melalui riwayat Ibn Abbas, dengan lafaz, kalau bukan kerananya (Muhammad), nescaya Aku tidak menciptakan Adam, Syurga dan Neraka." dan diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Jauzi dan Ibn Kathir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (jilid 1, m/s 180)

            Walaupun ada sebahagian ulama yang mendakwa hadis ini hadis palsu, namun menurut ulama' muhaqqiqin, makna hadis tersebut tetap sahih, seperti yang dijelaskan oleh Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki dalam bukunya, Mafahim yajib An Tusohhah.

Dalil tentang keharusan bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.

            Majoriti ulama Islam juga mengharuskan bertawassul kepada para solihin dan para wali Allah, selain daripada bertawasul dengan Rasulullah s.a.w.

            Hal ini seperti yang dijelaskan di dalam hadis sahih Al-Bukhari r.a., di mana, Saidina Umar pernah berdoa meminta hujan kepada Allah s.w.t. dengan menyebut "Wahai Tuhan kami, kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan) Nabimu, maka Engkau menurunkan hujan, kini, kami bertawassul dengan bapa saudara Nabimu (Al-Abbas), maka turunkanlah hujan kepada kami".

            Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, keharusan berdoa dengan orang-orang soleh selain daripada bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.. Adapun Ibn Taimiyah menggunakan hadis ini untuk membela pendapat beliau bahawa, tawassul kepada Rasulullah s.a.w. tidak dibolehkan selepas kewafatan Baginda s.a.w. kerana Saidina Umar tidak bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. lagi setelah ketiadaan Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut.

            Kefahaman Ibn Taimiyah mengenai hadis tersebut disanggah oleh ramai para ulama yang muktabar. Hal ini kerana, telah terbukti di dalam hadis yang lain, di mana para sahabat masih lagi bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w., seperti yang dinukilkan oleh Shiekh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki.

            Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki lagi, Saidina Umar r.a. tidak bertawassul kepada Allah dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta hujan dalam hadis tersebut untuk menjelaskan bahawa, kita boleh bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.

            Saidina Umar tida bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dalam perkara meminta hujan kerana hujan merupakan rahmat dan keperluan bagi yang masih hidup, bukan bagi yang telah tiada. Maka, Saidina Umar bertawassul dengan Al-Abbas kerana Al-Abbas masih lagi hidup, dan beliau (Al-Abbas) berhajat juga kepada air pada musim kemarau tersebut. Jadi kefahaman Saidina Umar r.a. dalam situasi tersebut, menyebabkan beliau bertawassul kepada Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas di sisi Allah s.w.t. kerana pada ketika itu, Saidina Al-Abbaslah memerlukan air dari hujan, berbanding dengan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat pada ketika itu, yang tidak berhajat kepada hujan. Maka, beliau meminta belas kasihan Allah s.w.t. dengan kedudukan Al-Abbas yang juga masih hidup dan memerlukan hujan pada ketika itu.

            Maka, Saidina Umar r.a. bertawassul dengan Saidina Al-Abbas di hadapan Allah s.w.t. untuk menagih simpati Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan, dan memberi minum umat Islam yang masih hidup termasuklah kekasih Allah dan Rasulullah s.a.w., Al-Abbas, bukan kerana tidak boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w.



            Dalil yang lain tentang keharusan bertawassul dengan orang-orang soleh, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a., tentang doa sewaktu keluar dari rumah menuju solat, iaitu "Wahai Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, dengan hak orang-orang yang berjalan (di atas jalan) menujumu, dengan hak orang yang berjalan ini… maka jauhilah kami dari azab neraka…" (Hadis riwayat Ibn Majah)  Al-Hafiz Abu Hasan mengatakan, hadis ini, hadis hasan.


            Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa, berdoa kepada Allah dengan perantaraan Rasulullah s.a.w., para solihin dan sebagainya, dibenarkan di dalam Islam. Ini kerana, tawassul tidak ada kaitan dengan aqidah, kerana, setiap orang yang bertawassul, hanya menyakini, hanya Allah s.w.t. lah yang mampu memberi manfaat dan kemudaratan kepada mereka. Tawassul cuma suatua kaedah, diantara pelbagai kaedah-kaedah dalam berdoa kepada Allah s.w.t.

Rahsia kaum sufi dalam persepsi Tawassul

            Ada juga di kalangan masyarakat awam yang terkeliru dengan dakwaan Wahhabi, yang mengatakan bahawa, tawassul kepada Allah dengan para masyaikh seperti yang dilakukan oleh golongan sufi adalah syirik.

            Sebenarnya, berdasarkan dalil-dalil yang dijelaskan sebelum ini, menunjukkan kepada kita bahawa, tawassul merupakan ajaran Islam. Tawassul bukanlah bererti menyembah selain daripada Allah s.w.t., tetapi tawassul merupakan salah satu kaedah berdoa kepada Allah s.w.t., dan salah satu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.

            Para sufi yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah memahami makna tawassul dan rahsia disebalik tawasssul. Ia bukanlah bermakna, kita berdoa kepada selain Allah s.w.t., kerana tawassul dalam Islam hanya sekadar menggunakan kedudukan seseorang di sisi Allah, dalam berdoa kepada Allah s.w.t.

            Persoalannya, mengapakah kita perlu menggunakan kedudukan orang lain antara kita dengan Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t. menegaskan bahawa, tiada sempadan antara kita dengan Tuhan?

            Tawassul bukanlah sempadan antara kita dengan Tuhan. Tawassul bukanlah perantaraan dalam pengabdian kita kepada Tuhan. Tawassul sekadar kaedah berdoa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., kepada Allah s.w.t., dengan menjadikan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t., supaya Allah s.w.t. menerima hajat kita.

            Tetapi, tanpa tawassul juga, tidak menafikan bahawa Allah s.w.t. mampu menunaikan hajat kita. Malah, tawassul juga tidak mewajibkan Tuhan menunaikan hajat kita. Samada kita bertawassul dengan seseorang atau tidak, doa kita tetap sampai kepada Allah s.w.t. selagi kita ikhlas dalam berdoa, dan terserah kepada Allah s.w.t. untuk menunaikan hajat kita atau tidak.

            Adapun di sisi para sufi, tawassul merupakan suatu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Kita berdoa, misalnya, "wahai Tuhanku, dengan kedudukan Sheikhku di sisi-Mu, ampunkanlah aku."

            Mengapa para sufi menganggap tawassul ialah adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Ini kerana, para sufi merasakan diri mereka sangat hina dan kerdil di hadapan Allah s.w.t., dan mereka teramat malu untuk mengadap Allah s.w.t. dengan dosa mereka yang menggunung, kemudian meminta pula daripada Tuhan untuk menunaikan hajat kita, sedangkan kita empunya dosa yang menggunung di hadapan Allah s.w.t.

            Maka, para sufi merasa tidak layak untuk mengharapkan agar Allah s.w.t. menunaikan hajat mereka, sedangkan mereka juga yakin Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Namun, rasa rendah diri mereka di hadapan Allah s.w.t. membuatkan mereka bertawassul dengan orang-orang yang mempunyai kedudukan di sisi Allah, menurut prasangka mereka.

            Seolah-olah, lafaz doa mereka di hadapan Allah s.w.t., Ya Allah, aku begitu hina di hadapan-Mu. Aku tidak layak untuk menghadap-Mu dengan tubuh badan yang diselaputi maksiat dan dosa ini. Namun, Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tetapi Engkau juga Maha Adil. Jika Engkau membenci aku sekalipun dengan kemaksiatanku, maka ampunilah dosaku dengan hak para guruku yang berkedudukan di sisi-Mu. Ampunilah aku kerana aku juga umat kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Aku juga anak murid kepada Sheikh Fulan bin Fulan yang aku rasakan mempunyai kedudukan di sisimu. Maka, ampunilah aku dengan kedudukan mereka di sisi-Mu."

            Lihatlah, inilah makna sebenar tawassul dalam berdoa, iaitu beradab kepada Allah s.w.t. Siapalah kita untuk merasa besar dan hebat di sisi Allah s.w.t.  Jika seseorang itu merasa kerdil di hadapan seorang raja sekalipun, dia akan mencari seseorang yang mempunyai kedudukan yang dekat di sisi raja tersebut, sebagai perantaraan untuk bertemu raja tersebut melalui orang tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan orang yang merasa kerdil di hadapan Allah s.w.t., salahkah dia mengunakan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.?

            Maka, tawasssul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t., kerana merasa diri kita kerdil dan hina di sisi Allah s.w.t. Bukankah Allah s.w.t. memberitahu kepada kita tentang betapa hinanya kita di hadapan Allah s.w.t. dengan firman-Nya "kamu semua fuqoro' (faqir) di hadapan Allah"?

            Bagi para sufi juga, mereka berdoa kepada Allah s.w.t. juga bukanlah kerana mereka inginkan sesuatu hajat, atau minta kepada Allah s.w.t. sesuatu hajat, tetapi mereka berdoa kerana Allah s.w.t. yang menyuruh mereka berdoa, dan menjadikan doa itu ialah salah satu simbol ibadah kepada Allah s.w.t. Jika tidak, nescaya mereka tidak berdoa kepada Allah s.w.t. kerana mereka faham dan yakini bahawa, Allah s.w.t. Maha Mengetahui hajat kita walaupun kita tidak memberitahu kepada-Nya dengan doa tersebut. Jadi, doa itu sendiri bagi para sufi, ialah untuk menunjukkan rasa rendah diri kita kepada Allah s.w.t., kerana meminta-minta merupakan suatu sifat yang hina, maka berdoa dan meminta di hadapan Allah s.w.t. merupakan adab dan simbol rendah diri kita di depan Allah s.w.t. Mereka tidak berdoa kerana menginginkan sesuatu, tetapi mereka berdoa juga untuk merendahkan diri mereka kepada Allah s.w.t., kerana mereka yakin Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang hajat kita, tanpa perlu kita memberitahunya.

            Maka, kefahaman para sufi dalam masalah doa dan tawassul merupakan mutiara yang terang dan jelas tentang aqidah mereka yang utuh dan mantap kepada Allah s.w.t.

            Jadi, tawassul kepada Allah s.w.t. dalam pengertian ini, bukanlah suatu perkara yang syirik ataupun boleh membawa kepada syirik. Golongan yang cuba mengharamkan tawassul yang merupakan ajaran Islam, semata-mata kerana takut umat Islam akan menyembah selain daripada Allah s.w.t. dan melakukan syirik dengan menyembah para wali dan berdoa kepada selain Allah s.w.t., merupakan suatu usaha yang batil dan melampui. Ini kerana, perjuangan mereka berdasarkan su'uk adhon (buruk sangka) terhadap umat Islam yang bertawassul.

            Mereka cuba membuang tawassul yang merupakan adab dalam berdoa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., semata-mata kerana takut umat Islam jatuh ke jurang syirik, adalah tidak berasas sama sekali.

            Rasulullah s.a.w. sediri tidak takut umat Baginda s.a.w. kembali syirik dan menyembah selain daripada Allah s.w.t., kerana perkara tersebut tidak akan berlaku dalam umat Islam.

            Renungilah hadis ini:

            Seorang sahabat bernama Syaddad bin Aus bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "apa yang menyebabkan aku lihat pada mukamu (iaitu kemuraman)?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "aku memikirkan tentang perkara yang paling aku takut, yang akan berlaku pada umatku, setelah ketiadaanku". Syaddad bertanya: " Apakah yang akan berlaku?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syirik dan syahwat yang tersembunyi". Syaddad bertanya lagi: " Wahai Rasulullah, adakah umat kamu akan kembali mempersekutukan Allah setelah ketiadaanmu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Syaddad…mereka tidak akan menyembah matahari, bukan, berhala dan batu,  tetapi (yang aku takut ialah) mereka riya' dalam amalan mereka" Syaddad bertanya lagi, "adakah riya' itu syirik?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "ya". Syaddad bertanya lagi: "apa pula syahwat yang tersembunyi itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "seseorang berpuasa pada waktu paginya, kemudian, apabila timbul keinginan syahwat kepada dunia, dia aka membuka puasanya".  (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim, dan hadis ini sahih dari sudut sanadnya).

            Oleh itu, tawassul bukanlah pintu kepada syirik jika kita memahami tawassul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t. Ini kerana, syirik tidak akan kembali ke dalam jiwa umat Islam, kerana perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Rasulullah .s.a.w. Apa yang ditakuti hanyalah syirik kecil, iaitu penyakit riya' dalam beribadah, di kalangan umat Islam.

            Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita untuk ikhlas dalam pengabdian kita kepada-Nya. Isu tawassul ini merupakan suatu isu yang tidak perlu menjadi titik perpecahan umat Islam, kerana ianya masalah khilafiyah, dan tidak ada kaitan dengan aqidah. Ikutilah pendapat majoriti ulama' Islam yang membenarkan tawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan para solihin kerana hujah mereka amat kuat daripada Sunnah.

            Semoga Allah membantu kita semua dalam menghirup secebis keredhaan dan rahmat-Nya.

Al-Faqir ila Allah…

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
Al-Azhar…Mesir…

Sumber:

Mafahim yajib an Tusohhah (Shiekh Al-Arif billah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki)
Fusul fi Al-Aqidah baina As-Salaf wa Al-Khalaf (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
As-Salafiyah Al-Mu'asoroh, munaqosyat wa rudud ( Sheikh Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman)
As-Salafiyah (Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti)
La dharo'I' li hadmi al-athar an-nabawiyah (Dr. Umar Abdullah Kamil dll

Thursday, November 3, 2011

Sebuah Catatan Penderitaan





Keadaan kesihatan aku agak tidak baik sejak akhir-akhir ini. Aku pun tak tahu kenapa. 3 klinik kerajaan aku dah pergi buat pemeriksaan kesihatan tapi doktor yang memeriksa aku kata aku tidak sakit apa-apa. Aku kembali teruk semalam waktu aku nak balik dari pejabat. Tiba-tiba datang perasaan gelisah yang sangat. Aku rasa macam roh aku meronta-ronta nak tercabut keluar dari jasad aku untuk terbang mencari seseorang. Otak aku seperti tidak berfungsi dan bagai ada sebilah pisau yang tajam ditikam pada umbun-umbun kepala aku. Betapa seksa dan azab yang aku tanggung pada masa tu Allah jua yang tahu.

 Aku mengalir air mata tanpa disedari dan aku sedar ini adalah ujian Allah yang terpaksa aku tanggung selamat hampir 5 tahun ini. Last sekali otak aku jadi jem dan seluruh saraf aku seperti tidak berfungsi. Adakah kematian akan menjemput aku di saat  aku keseorang sambil memandu. Kilauan cahaya mentari petang lebuhraya Mahameru mengkaburkan pemandangan mata aku. Hiruk pikuk kesesakan lalulintas lebuhraya Mahameru sudah aku tak pedulikan. Aku memperlahankan kereta aku ke tepi susur masuk ke geleri perdana. Aku pejamkan mata aku dan air mata aku mengalir. Seluruh anggota tubuh aku terlalu lemah.

Kepala aku sakit berdenyut dan ingatan pada sebuah objek datang bagaikan menggila dalam otak aku. Aku cuba melawan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran tapi Objek itu bagaikan menggila menerpa dalam otak aku. Aku pasrah sekiranya ajal aku telah tiba pada waktu tu.  Setelah aku cuba menenangkan fikiran aku dan berulang2 membaca ayat qursi, 3 qul, surah al-hasyr dan beberapa zikir dari Ratib Al-Hadad, aku mendapat sedikit kekuatan untuk memandu sehingga ke rumah. Alhamdulilah selesai solat Magrib, aku membaca surah al-jin dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar melindungi aku dari kejahatan dan bahaya setiap makhluk ciptaanNya. 

 Aku gagahi jugak untuk berjemaah Isyak di Masjid. Selesai solat insyak di Masjid semalam, aku menghubungi guru-guru aku di beberapa buah Pondok Pengajian Agama di Kelantan.  Tok Guru Ayah Mat anak kepada Almarhum Tok Guru Hj Daud Bukit Abbal akan buat Majlis Tahlil dan Taklim Hadat Iblis bersama anak-anak muridnya khusus untuk membantu aku bagi menghadapi serangan ini kata sahabat aku Ustaz Basir Pondok Moden Kandis.

Balik dari Masjid aku rasa tubuh aku lemah sangat dan tak semena seluruh tubuh aku meremang keseraman yang melampau. Last aku kena mcm ni masa 1 syawal ari tu. Aku kembali pulih selepas berubat dengan beberapa orang tok guru pondok di kelantan. Aku terkejut apabila ust basir kata ini semua angkara seseorang yg pernah rapat dengan aku satu ketika dulu dan orang itu ingin aku jadi gila atau mati. Lemah seluruh saraf aku apabila aku dgr kata-kata ust basir setelah mereka selesai membuat majlis Taklim dan Tahlil Hadat Iblis untuk membantu aku.  Kadang2 aku juga jadi buntu dan bengong betul atau tidak kenyataan tu. Tapi kalau betul, apa dosa aku pada orang itu sehingga sejauh itu dia tergamak  bertindak pada aku. Air mata aku mengalir deras, sambil aku menadah tangan berdoa " Ya Allah, andai ini takdirmu untuk hidup aku, aku terima dengan Redha Ya Allah". 

Aku letih sangat malam tu, bulu romo aku meremang keseraman seolah-olah ada makhluk lain sedang ada dengan aku. Kepala aku berpusing2 seperti kena ganja.  Aku tak keluar kemana-mana malam tu. Aku habiskan malam tu dengan melakukan solat hajat pohon pada Allah agar dilindungi aku daripada segala kejahatan-kejahatan dan bahaya setiap makhluk ciptaanNya seperi Ibilis, Syaitan, Jin dan Manusia. Berulang2 kali aku mengulangi bacaan zikir Ratib Hadad, surah Yassin dan Surah Al-Jin. Kepala aku semakin sakit yang amat sangat dan aku tak mampu berdiri seolah urat saraf aku telah dikunci.

 Aku hanya mampu melawan benda ni dengan zikir-zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang dijadikan ayat-ayat Ruqyah dalam perubatan Islam. Sekali lagi aku terima panggilan dari Ustaz Iqram yang merupakan pembantu kepada Syeikh Abdul Aziz Al-Fathani yng merupakan ulama tasawuf tersohor dari Thailand. Ustaz Iqram menasihati aku agar hati2 malam itu kerana aku dalam keadaan amat merbahaya dan mintak agar aku jangan putus hubungan dengan Allah kerana ada orang cuba menggunakan ilmu hitam untuk mengambil Roh aku agar aku jadi gila dan kalau boleh ingin aku mati.


Segala puji bagi Allah, aku yakin makhluk tidak ada hak untuk mengambil nyawa makhluk yang lain kecuali dengan izin Allah. Semua dengan izin Allah. Aku yakin Allah yang maha hebat dan maha berkuasa di atas segala2nya. Alhamdulilah menjelang pukul 4 pagi gangguan halus itu semakin hilang setelah aku membaca ayatul qursi dengan memagar diri aku 6 penjuru dengan ayatu qursi  di samping memagar rumah aku dengan kalimah-kalimah Bismillah 5 dan Bismillah 6. Aku amat keletihan setelah beberapa jam bertarung mempertahankan diri aku dari serangan halus itu. Aku ambil wudhuk selepas itu dan bersolat tahjud dan di akhiri dgn solat sunat taubah. Aku menangis semahu2nya dalam sujud yang terakhir mengadu kepada pemilik dunia ini, .. ALLAH AZZAWAJALLA....aku pohon pada Allah agar diberi kekuatan pada aku untuk menghadapi ujian ini. Aku hampir gila dan hampir sasau dengan ujian ini tapi aku tetap yakin ujian ini hanya untuk menghapus dosa-dosa aku yang terlalu.



Tapi siapa yang pernah rapat dengan aku yang tergamak buat ini semua???/ kenapa sampai tahap ini dia ingin lihat aku jadi gila ?? Rohayu??? walaupun ada di kalangan rakan-rakan mengagak mungkin semua ini berpunca dari rohayu.  Tak mungkin malah aku tidak akan percaya Rohayu akan tergamak buat aku sampai tahap macam ni kerana aku tidak pernah berbuat jahat pada dia sepanjang aku mengenali dia malah aku sentiasa memberi sokongan kepada hidupnya. Aku juga tidak pernah mengambil kesempatan pada dirinya walaupun dia seorang GRO pada waktu tu. Aku menghormati dia sebagai wanita yang bermaruah. Memang aku memutuskan hubungan dengan dia secara mengejut kerana itu jalan yang terbaik untuk hidup aku..Cukuplah hampir 4 tahun hidup aku penuh dengan sengsara sepanjang berkawan dengan dia dan aku tak mahu jumpa dia lagi , aku ingin tinggalkan segala kisah2 buruk tentang hidup dia yang selalu singgah di telinga aku. Last aku jumpa dia ari tu masa aku bercuti di kampung halamanya di Utara tanahair,  itu pun setelah didesak oleh dia berulang kali untuk aku datang ke sana.

 Aku telah bertekad itu adalah yang terakhir aku menemui dia dan aku seboleh2nya tidak mahu mencetus apa-apa pergaduhan dengan dia sewaktu aku bercuti menemui dia dahulu dan aku ingin mengakhiri hubungan persahabatan dngn rohayu dengan cara baik agar tidak ada dendam antara kami. Alhamdulilah aku mengakhiri percutian itu dengan baik dan aku berulang2 kali mengucapkan terima kasih kepada rohayu dan juga keluarganya kerana melayani aku sebagai tetamu dengan sebaik mungkin.  Aku telah memaafkan dia dan aku telah halalkan segala2nya.

Keadaan aku semakin baik walaupun keletihan itu masih ada. Aku tolak ketepi soal siapa dan mengapa orang itu mengenakan ilmu hitam ini pada aku, aku hanya menganggap ini semua ujian dari Allah untuk mengangkat darjah aku ketahap yang lebih tinggi di sisinya......Hari ini aku hanya ingin hidup di atas jalan keredhaan Allah dan Rasul........(Kembara Sufi)