Rumah

Monday, September 30, 2013

Ulama Habaib Penyambung Dakwa Jalan Nabi



Tanggal bulan September 2013 baru-baru ini dunia Islam dikejutkan dengan kemangkatan Ulamak Ahlul Bait iaitu Al-Marhum Habib Munzir Al-Musawa. Kemangkatan Al-Marhum memberi kesan yang mendalam kepada mereka-mereka yang berada pada Manhaj Tasawuf atau Sufisme kerana al-marhum adalah ikon dalam menyebarkan dakwah tentang mahabbah dalam agama. Islam itu adalah agama kasih sayang. Aku sendiri sebanyak 2 kali pernah berada dalam majlis tausiah al-marhum. Setiap letusan nasihat yang keluar dari bibir al-marhum menusuk di qalbu sehingga airmata akan jatuh tanpa dipaksa. Keperibadian dan akhlak al-marhum sungguh indah. Genap usia 40 tahun al-marhum habib munzir telah pergi mengadap kekasihNya iaitu Tuhan Rabul Jalil dan Nabi Muhamad saw.

Sebelum dipanggil Sang Pencipta, Habib Munzir sempat menulis kisah mengenai mimpi bertemu Rasulullah Nabi Muhammad SAW:

"Saya sangat mencintai Rasulullah SAW, menangis merindukan Rasulullah SAW, dan sering dikunjungi Rasululullah SAW dalam mimpi, Rasul selalu menghibur saya jika saya sedih, suatu waktu saya mimpi bersimpuh dan memeluk lutut beliau dan berkata wahai Rasulullah SAW aku rindu padamu, jangan tinggalkan aku lagi, butakan mataku ini asal bisa jumpa denganMu ataukan matikan aku sekarang, aku tersiksa di dunia ini. Rasulullah SAW menepuk bahu saya dan berkata , "Munzir, tenanglah, sebelum usiamu mencapai 40 tahun kau sudah jumpa denganku
maka saya terbangun,"

Cuma aku agak geram dengan golongan-golongan wahabi yang memfitnah Al-Marhum dengan bermacam-macam fitnah. Ada yang menuduh al-marhum sebagai penyembah kubur, penyebar bidaah dan pelbagai lagi tuduhan puak wahabi mujasimah kepada al-marhum. Kami yang berdiri pada jalan sufi menziarah kubur-kubur para wali dan orang alim bukan untuk menyebah kubur mereka kerana perbuatan itu jelas syirik dan terkeluar daripada landasan akidah Islam. Tujuan para habaib dan guru-guru kami menziarah kubur para wali hanya kerana cinta dan kasih kami kepada para kekasih Allah itu. Harus diingat, setiap roh-roh yang telah meninggal dunia tetap hidup disisi Allah bergantung pada kadar darjat mereka di sisi Allah.

Syeikh Dr Ali Jumaah, Ulamak Besar dari Besar dari Mesir pernah menegaskan bahawa menziarah kubur para wali tidaklah menjatuhkan hukum syirik dan kufur.

Beliau menyebut tiga perkara asasi, “Andainya seseorang itu ingin berbicara tentang Ziarah, ia hendaklah tahu tiga masalah iaitu, pertamanya setiap amalan yang dilihat pada saudara seIslamnya hendaklah menjurus ke arah Tauhid dan Iman.

“Keduanya masalah antara Tawasul dan Wasilah adalah berbeza dengan Syirik. Allah (s.w.t) berfirman: «يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ» (Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah [Wasilah] yang boleh menyampaikan kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan- Al-Maidah ayat 35)”.

Beliau menerangkan maksud ayat ini sambil menegaskan bahawa Taqarrub kepada Allah dengan wasilah yang ditetapkan oleh Syara’, mengagungkan tanda kebesaran Allah dan apa sahaja yang Allah besarkan seperti tempat-tempat, waktu-waktu, individu-individu dan harta-harta adalah dibolehkan. Umat Islam mendekati Allah dengan berdoa di sisi makam Nabi (s.a.w) dan mencintai baginda.

Mengenai perbezaan pendapat tentang wasilah mendekatkan diri kepada Allah, ‘Ali Jum’ah berkata, “Kemungkinan ada pihak tidak sependapat terhadap Tawassul dengan kubur para Solehin, atau sujud di atas kubur, atau juga Tawaf di sekelilingnya sebagai Wasilah Taqarrub kepada Allah, namun mereka tidak boleh tukarkan orang dan tempat yang tidak sama pandangan dengan mereka ini dari daerah Wasilah ke daerah Syirik”.

Tentang masalah ke-tiga, Mufti Mesir berkata, “Terdapat perbezaan di antara penyebab dan Wasilah, dengan kepercayaan apa yang dikatakan sebagai Tuhan dan pemberi kesan. Contohnya umat Islam menganggap nabi Isa al-Masih adalah penyebab untuk menghidupkan orang mati, namun orang Kristian menganggap baginda sebagai tuhan dan pemberi kesan”.

Tambahan beliau lagi, “Oleh itu jikalau dilihat seorang muslim memohon nasib untung rugi kepada individu yang bukan Tuhan, hendaklah kita menganggap orang Islam ini berpendapat bahawa individu itu hanyalah sebab baik dan buruk, bukan Tuhan. Ini disebabkan umat Islam tahu dan beri’tiqad bahawa manfaat dan kebinasaan, keduanya berada di tangan Tuhan. Ia berada di kalangan makhluk memberikan baik dan buruk dengan izin Allah”.

Mufti besar Mesir ini menegaskan, “Ziarah Ahlul Bait Nabi (s.a.w) adalah amalan yang paling dekat, mempunyai lebih besar kemungkinan serta harapan diterima Allah. Nabi (s.a.w) telah mewasiatkan kepada umatnya tentang Ahlul Bait baginda dan Ziarah kubur. Baginda bersabda ‘Berziarahlah ke kubur, ia mengingatkan kematian’. Ziarah kubur yang lebih baik dari semua kubur ialah ziarah makam Rasulullah (s.a.w) di mana ziarah itu akan menyebabkan kecintaan dan kedekatan kepada Allah (s.w.t)

Bagaimanapun aku dah letih nak berhujah dengan golongan wahabi ni...lantak merekalah...banyak fitnah2 mereka terhadap tawasul dan sebagainya. Semoga Allah merahmati al-marhum habib munzir  dan semoga roh Al-marhum damai di sana bersama para solehin...Amin Allahumma Amin