Rumah

Wednesday, June 15, 2011

Apabila Allah berbicara dengan hambanya....






"Pada hari ini aku mula kenal tuhan setelah hampir bertahun lamanya aku melupakanNya, aku mula mendekati masjid, aku biasakan diri aku dengan majlis-majlis ilmu dan aku mula membudayakan amalan  membaca Al-Quran setiap kali lepas fardu Maghrib. Istigfar telah menjadi amalan harian wajibku.  Alhamdulilah, aku mula menemui sebahagian ketenangan yang aku cari selama ini". Aku tunduk merenung jauh sepasang kekasih sedang bergurau senda di seberang jalan.

Senyuman aku agak pahit hari ni.

"Baguslah kalau kau dah berubah mula mengenal agama. Masih belum terlambat untuk kau kembali ke Jalan Tuhan. Sekurang-kurangnya keinsafan itu hadir waktu kau masih sihat dan gagah". Yazid memecahkan kesunyian petang itu setelah beberapa minit kami tenggelam dalam dunia sendiri.

"Semakin aku cuba dekat dengan tuhan, semakin hebat ujian dan dugaan yang aku hadapi  zid. Aku rasa tuhan tak pernah uji aku seteruk ini waktu aku lalai dan lupa pada dia dulu. Kadang-kadang aku tengok teman-teman aku yang tak pernah solat, hidup dalam maksiat mudah jer hidup mereka". Yazid tersenyum pada aku.

"Jit, sekurang-kurangnya kau bersyukurlah pada tuhan kerana Dia telah memilih kau untuk berbicara denganNYA.  Tidak semua hambanya berpeluang untuk berbicara denganNya. DIA berbicara tentang kesabaran dan keikhlasan seseorang hambaNya itu.  Sekiranya hambanya faham maka akan semakin dekatlah seseorang hambanya itu kepadaNYA".

"Sekiranya hamba itu tidak memahami sewaktu tuhan berbicara dengannya, maka semakin jauhlah hambaNya itu denganNya lantaran datang perasaan berburuk sangka pada tuhan. Kalau kau lihat dalam sejarah dalam Islam sendiri, orang lurus, baik dan tidak pernah buat kejahatan itu akan sentiasa ditimpa ujian dan dugaan berbanding dengan mereka yang lalai dan jauh dariNya. Sedangkan Rasullulah sendiri tidak dapat lari dari perasaan sedih dan berduka ini kan pulak kita".

"Sentiasalah berbaik sangka pada Tuhan walau kau diuji oleh Tuhan kerana pada waktu itu tuhan sedang berbicara denganmu dan pasti akan ada jalan keluar dari setiap kesedihan dan kedukaan yang kita hadapi sekiranya kita redha dengaNya.

Aku menelan kata-kata sahabatku Yazid, Bila Allah berbicara dengan hambanya...Aku mula tersenyum..................(Kembara Sufi)

No comments: